Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 5 December 2022

02 DISEMBER 1951 PILIHANRAYA PERBANDARAN GEORGETOWN

Pada hari ini dalam tahun 1951, satu pilihanraya Perbandaran Georgetown telah diadakan buat pertama kalinya semenjak tahun 1901.Pilihanraya yang diadakan ini ialah untuk memilih 9 orang ahli Pesuruhjaya Perbandaran Georgetown. Sebelum pilihanraya ini diadakan, ahli-ahli di dalam Majlis Perbandaran adalah dilantik oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat.Perlantikan ini adalah berdasarkan kepada Ordinan Perbandaran 1913, di mana memperuntukkan perlantikan 7 orang Pesuruhjaya termasuk Pengerusi oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat.Ahli-ahli Pesuruhjaya telah bertambah dari setahun ke setahun, diVmana sehingga 1951 terdapat 13 orang ahli. Hari pendaftaran pemilih telah diadakan selama enam minggu mulai 17 Mei hingga 30 Jun 1951. Sebanyak 10 buah tempat telah disediakan untuk tujuan pendaftaran tersebut. Sambutan orang ramai terhadap pendaftaran pemilih ini walau bagaimanapun tidak memuaskan hingga minggu yang kelima.

Dua hari sebelum tempoh tamat, sambutannya sungguh menggalakkan sehingga tempat pendaftaran pemilih terpaksa dibuka hingga ke malam. Seramai 14,514 orang pengundi telah mendaftarkan diri untuk membuang undi dalam pilihanraya ini. Seramai 24 orang calon telah bertanding untuk merebut 9 buah tempat di dalam Majlis Perbandaran tersebut. Daripada 24 orang calon yang bertanding, 8 orang dari Parti Radikal, 8 orang dari Parti Buruh, 5 orang dari UMNO dan 3 orang sebagai calon bebas.

Dalam pilihanraya ini, Parti Radikal telah memenangi 5 buah kerusi, Parti Buruh memenangi 2 buah kerusi manakala UMNO dan Bebas masing-masing memenangi satu kerusi. Sesungguhnya Pilihanraya Perbandaran Georgetown yang diadakan pada hari ini dalam tahun 1951 merupakan langkah permulaan kearah pentadbiran bercorak demokrasi dan menjadi contoh kepada perbandaran yang lain di negeri-negeri Melayu untuk mengadakan pilihanraya.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

26 SEPTEMBER 1955 PILIHANRAYA NEGERI YANG PERTAMA DI SELANGOR

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...