Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 5 December 2022

02 DISEMBER 1912 PEMISAHAN PENTADBIRAN PULAU LABUAN DARI NEGERI-NEGERI SELAT

 

Pada hari ini dalam tahun 1912, pentadbiran Pulau Labuan, Sabah telah dipisahkan dari Negeri-negeri Selat. Pemisahan ini dibuat berikutan kerugian yang dialami oleh Inggeris dalam mentadbir pulau tersebut. Labuan diambil alih oleh Inggeris dari Kesultanan Brunei dalam tahun 1846. Semasa mengambil pulau ini, Inggeris mempunyai tiga tujuan utama, iaitu untuk menjadikannya sebagai pembekal arang batu untuk kapal-kapal Inggeris, pusat menghapuskan gerakan lanun dan pusat perdagangan.

Tetapi memandangkan kepada kegagalan Labuan memenuhi ketiga-tiga tujuan tersebut, pada tahun 1860-an, Inggeris bercadang memulangkan semula Labuan kepada Kesultanan Brunei. Bagaimanapun, cadangan ini tidak dilaksanakan. Pada tahun 1890, pentadbiran Labuan diserahkan kepada Syarikat Inggeris Borneo Utara. Tetapi tindakan ini tidak memberi kesan, Inggeris terus mengalami kerugian. Kemudiannya, pada tahun 1907, Labuan telah diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-negeri Selat bersama Singapura. Tindakan ini juga tidak membawa keuntungan kepada Inggeris. Dengan itu, pada hari ini dalam tahun 1912, pentadbiran Labuan dipisahkan dari Negeri-negeri Selat.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

27 NOVEMBER 1826 CHARTER OF INCORPORATION



29 OKTOBER 1983 PERJANJIAN SEMPADAN SABAH & SARAWAK


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...