Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 2 December 2022

27 NOVEMBER 1826 CHARTER OF INCORPORATION

 

27 November 1826 – Pada hari ini dalam tahun 1826, melalui satu piagam Pembentukan Negeri-Negeri Selat yang dipanggil Charter of Incorporation, negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah tadbirkan di bawah satu pentadbiran yang disebut sebagai Negeri-negeri Selat.

Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh Gabenor dengan dibantu oleh sebuah majlis (council) dan sejumlah besar kakitangan awam. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura masing-masing ditadbir oleh Resident Councillor selaku pembantu kepada Gabenor.

Pentadbiran Negeri-Negeri Selat mengamalkan polisi perdagangan bebas dan ini menyebabkan timbulnya masalah kewangan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran kerana sebahagian besar sumber pendapatan negara hanya bergantung kepada cukai ke atas candu, judi dan arak. Akibatnya Kerajaan Inggeris di India terpaksa membantu menampung perbelanjaan pentadbiran Negeri-Negeri Selat tersebut.

Oleh itu dalam tahun 1830 Kerajaan Inggeris mengambil keputusan untuk menjadikan Negeri-Negeri Selat sebagai Residensi yang ditadbir oleh Kerajaan Inggeris di Bengal. Akibat dari pertubuhan taraf ini jawatan Gabenor telah diturunkan kepada jawatan Residen, manakala jumlah kakitangan awam telah dikurangkan untuk mengurangkan perbelanjaan pentadbiran. Walau bagaimanapun jawatan Gabenor diwujudkan semula dalam tahun 1832. Pada tahun ini juga pusat pentadbiran Negeri-Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura.

Pada tahun 1851, Negeri-Negeri Sleat ditadbirkan pula oleh Gabenor General di India. Dalam tahun 1858, pentadbirannya diubah pula di mana Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah pemerintahan Viceroy di Calcutta. Akhirnya dalam tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dijadikan tanah jajahan British apabila pentadbirannya diambil alih oleh Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office) di London.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


---------------------------------------------


Strait 
Government Gazette
Published by Authority
Notification

Candidates for employment under the Straits Government will be required to possess a fair colloquial knowledge of one of the following languages :-

HINDUSTANI
TAMIL
BENGALI
CHINESE 
TELOOGOO

2. Every Officer, whether belonging to the Civil Military or Uncovenanted Service, will in the first instance be appointed to his Office on probation and within twelve months of his appointment, will be called upon to pass an examination in the Malay language, conducted by a Committe under the following Rules.

1st. The Candidate will read and translate a passage from the Sujara Malayu (Sejarah Melayu).
2d. He will carry on conversation on some subject, selected by the Examiners, with a Malay.
3d. After reading and translating a simple, Malay Patition, he will pass his orders upon it in writing in...

Warta Kerajaan Negeri-Negeri Selat yang mewajibkan lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu kepada pegawai kerajaan 1859


---------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

18 NOVEMBER 1874 NEGERI SELANGOR DI BAWAH NAUNGAN INGGERIS


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...