Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 27 October 2022

27 OKTOBER 1968 PEMBUKAAN RASMI DERMAGA AIR DALAM BUTTERWORTH


Keadaan pada masa kini

Pada hari ini dalam tahun 1968, Dermaga Air Dalam Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin ibni AI Marhum Sultan Zainal Abidin. Pembukaan dermaga air dalam ini membuktikan satu lagi kemajuan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan. Dermaga ini juga merupakan satu kejayaan yang besar bagi kerajaan kerana dapat mengadakan berbagai kemudahan pengangkutan moden sesuai dengan kehendak zaman dan keperluan negara. Projek membina dermaga ini berharga $57 juta.

la mengandungi lima tambatan iaitu tiga tambatan di Selatan untuk kargo biasa dan dua tambatan di utara bagi kargo-kargo kontena. Tambatan ini dilengkapi dengan gudang-gudang persinggahan, gudang simpanan, juga gudang untuk menyimpan kayu-kayu balak yang akan dieksport. Dengan pembukaan Dermaga Air Dalam Butterworth kerja-kerja mengendalikan barangan eksport dan import Pelabuhan Pulau Pinang telah dapat dilaksanakan dengan cepat dan cekap. Di samping itu perhubungan perdagangan dengan negara-negara asing terutamanya negara-negara dalam pakatan ASEAN dapat dipertingkatkan lagi.

Sejak memulakan perkhidmatannya pada 17 September hingga ke hari perasmian ini, sebanyak 155 buah kapal dagangan telah menggunakan kemudahan Dermaga Air Dalam Butterworth. Ini menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang antara pelabuhan yang mempunyai kemudahan terbaik di rantau ini.
  
#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Gambar sewaktu pembukaan ketika itu

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

21 OKTOBER 1816 PEMBUKAAN SECARA RASMI PENANG FREE SCHOOL

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...