Terkini ! [22 April 2021]
#rap #kualalumpur Filem arahan Mamat Khalid, 18 Puasa Di Kampung Pisang mencipta kejayaan baru apabila berjaya mencatat kutipan RM2 juta selepas enam hari tayangan di saluran Astro First
https://www.facebook.com/211591442051/posts/10159583615802052/
-----------------------------------------------------------------------------------------
Tulisan ini mengandungi kandungan 'spoiler alert' !
DISEBALIK KARYA : MESEJ NASIHAT, SINDIRAN & KRITIKAN MASYARAKAT DALAM 18 PUASA DI KAMPONG PISANG
Bagi yang belum tengok, tak perlulah baca. Nanti spoil pula. Sebab artikel ni, berkemungkinan besar akan ada spoiler yang sukar ditapis.
Karya Mamat Khalid, sememangnya tidak asing dengan mesej nasihat, sindiran dan kritikan masyarakat. Sama ada ia disampaikan secara tersurat mahupun tersirat.
Mungkin ada di kalangan anda yang perasan, dan mungkin juga tidak. Mungkin yang tak perasan tu, asyik bergelak ketawa sahaja semasa menontonnya.
Kali ini, brother mahu "membedah" mesej yang terdapat dalam karya 18 Puasa Di Kampong Pisang ni.
1. Sindiran mengenai masyarakat kita yang suka "melebel" orang lain. Terutamanya apabila mengungkit kesilapan silam orang lain. Mereka merasakan, bahawa orang yang melakukan dosa atau kesilapan, akan berdosa dan hina sampai mati. Ini dapat dilihat pada awal cerita. Karakter Kiambang telah dihina oleh geng makcik bawang, yang "mengecop" Kiambang dan ibunya sebagai perempuan "caberet" yang tidak layak untuk berniaga di kampong itu.
2. Nasihat mengenai kematian yang boleh berlaku secara tiba-tiba, tanpa kita jangka dan sangka. Ini adalah antara mesej yang terbesar yang nak disampaikan oleh sutradaranya (Abang Mamat lah, siapa lagi) kepada penonton. Dipaparkan agak panjang lebar, kisah Barkoba yang "mati" dan dibawa oleh "syaitan" dari masa ke masa tertentu, bagi menunjukkan dosa-dosa Barkoba.
3. Mengenai zakat. Apabila Tyson menerangkan kepada Barkoba kenapa zakat fitrah mesti ditunaikan oleh umat Islam, walaupun hanya bernilai 7 - 8 ringgit. Adakalanya, kita hanya tahu bayar zakat. Tapi tidak pula tahu dengan lebih lanjut kepentingan, siapa yang menguruskannya dan ke mana wang itu akan disalurkan.
4. Mengenai sifat manusia yang suka berdalih dan banyak cerewet walaupun sudah tahu melakukan dosa besar. Ini dapat dilihat ketika Barkoba asyik "menakwil" kata-kata Tyson tentang dosa-dosa yang telah dilakukannya. Oleh kerana itulah, apabila di alam akhirat nanti, mulut manusia akan dikunci serapat-rapatnya. Manakala anggota badan lain pula yang akan "bercakap" bagi pihak tuannya.
5. Sindiran kepada sebahagian besar peniaga di bulan Ramadan yang tidak jujur dan ambil kesempatan terhadap pembeli. Ini dapat dilihat ketika Abang Jay memeriksa kuih muih jualan Barkoba yang sangat teruk. Sudahlah meletakkan harga yang mahal, untuk dapatkan keuntungan yang tinggi.
6. Sindiran mengenai sikap sebahagian besar manusia yang membantu tapi tidak ikhlas. Ini dapat dilihat pada sikap mak sedara Kiambang. Mak sedaranya, memang memberi sedikit bantuan kepada Kimbang, apabila memberi pinjam barang dapur untuk Kiambang memulakan perniagaan. Tetapi mulutnya tidak henti menghina, menandakan dia tidak ikhlas semasa memberi dan membantu.
7. Nasihat, supaya kita hendaklah punya sikap prihatin dalam masyarakat. Jangan membiarkan orang susah sendirian tanpa bantuan. Ini dapat dilihat, pada anak Kiambang yang langsung tidak dibantu dan dipedulikan, apabila dia berlari-lari mohon bantuan ibunya yang sedang sakit tenat.
8. Mengenai kluster (golongan) yang masuk neraka. Perbualan antara syaitan mengenai mereka yang dihumban kedalam neraka. Iaitu kluster politik dan kluster filem. Sindiran sutradara kepada golongan politik dan juga di kalangan sahabat handainya sendiri.
9. Sindiran kepada golongan pemimpin yang menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri. Ini dipaparkan ketika ex YB yang diikat dalam neraka kerana salah guna tanah wakaf yang dijualnya untuk dijadikan jirat cina.
Takut bini punya pasal, sanggup jual tanah air untuk mengikut kehendak bini. Dahsyat sindiran ni.
10. Adakalanya... Manusia masuk neraka kerana menzalimi binatang, walaupun kuat beribadah. Ini dapat dilihat pada watak Pak Din yang dianggap ahli masjid, tapi masuk neraka kerana menzalimi seekor kucing.
11. Sindiran kepada pihak AJK masjid. Kebiasaannya, wang tabung masjid biasanya hanya ditumpukan kepada baik pulih dan renovasi masjid besar dan cantik. Sedangkan, masih ramai golongan miskin yang tak cukup makan di kawasan terdekat. Ini dapat dilihat, apabila Pak Din memohon maaf pada Kiambang, kerana banyak menumpukan kepada renovasi masjid, sehingga terlepas pandang pada orang yang memerlukan.
12. Sindiran kepada sesetengah pihak yang "memilih bulu" dalam membantu orang lain. Ini dapat dilihat, ketika watak yang dibawa oleh Joey Daud yang tidak berpuas hati apabila hanya Kiambang si janda muda yang dibantu. Tetapi si janda tua yang miskin tidak dipedulikan pula.
Dan yang terakhir......
Adalah mengenai rahmat Allah kepada manusia. Pada akhir cerita, kita dipaparkan dengan karakter sebenar "syaitan" yang hadir dalam hidup Barkoba. Sebenarnya, mereka bukanlah syaitan, tetapi sebenarnya adalah "utusan Allah" untuk menegur kesilapan dan memperbetulkan hidup Barkoba.
Sesungguhnya... Rahmat Allah itu, lebih besar daripada kemurkaan Nya.
#DisebalikKaryaBraderFilem
https://www.facebook.com/2010663642589517/posts/2949798578676014/
No comments:
Post a Comment