Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 8 October 2021

JOKER : The Killing Joke


 "The worst part of having a mental illness is people expect you to behave as if you don't"

Filem : JOKER. Pendapat Saya Tentang Filem Ini

Kesihatan Mental

Kesihatan Mental kurang dititik beratkan oleh masyarakat secara umum. Ia tidak diperkatakan dengan jelas. Mereka dari segi luaran nampak seperti manusia normal. Cuma keadaan mereka agak terasing dan juga pada satu ketika yang tertentu kelibat dan perilaku mereka agak ganjil dan menjengkelkan. (Contohnya tiba-tiba ketawa depan orang awam). Salah satu contoh perilaku ganjil. Hmmm...

Pesakit Kesihatan Mental Perlu Dirawat

Mereka yang sakit perlu dapatkan rawatan. Ini bukan rawatan sakit luaran, tapi rawatan sakit dalaman. Perlukan tetapi. Perlukan pemantauan. Perlukan perhatian masyarakat setempat. Paling dekat ialah dengan keluarga. Sekiranya mereka tiada keluarga, siapa yang seharusnya memberikan perhatian kepada mereka ini? Sahabat handai? Rakan taulan?

Takut Kepada Bayang-bayang Sendiri

Mereka banyak berinteraksi dengan dunia khayalan (delusion) mereka sendiri. Dunia yang mereka sendiri cipta untuk lari daripada masalah mereka daripada dunia nyata. Sekiranya tanpa kawalan rapi, mereka boleh bertindak dengan ganas dan mencederakan orang lain. Ini salah satu perkara yang bahaya sekali dan paling menakutkan sehingga membunuh!

Perubatan Moden Vs. Perubatan Alternatif

Dari segi perubatan moden dan rawatan perubatan alternatif saling berlawanan antara satu dengan yang lain. Perubatan moden menyelesaikan masalah pesakit dengan ubat. Kaedah rawatan moden juga boleh selesaikan masalah pesakit dengan terapi kaunseling dan psikologi. Mereka adalah pesakit dan mereka perlu dirawat. Perubatan alternatif bagi Muslim ialah dengan berjumpa dengan Ustaz yang mahir mengubat istilah gangguan makhluk halus (Jin dan syaitan). Mereka akan diubati dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Mereka akan bertindak balas selepas ayat-ayat suci dibacakan dengan pergerakan sama ada agresif ataupun secara ketawa tanpa henti ataupun histeria (luar kawalan mereka sendiri). Wallahu'alam.

Filem ini adalah salah satu karya yang terbaik. Mengangkat subjek Kesihatan Mental sebagai tema utama. Joker ini adalah salah satu watak fiksyen penjahat dalam filem Batman di DC Extended Universe (DCEU) daripada penerbit filem Warner Bros.

--------------------------------------------------------------------


Watak Joker ini dijulang bukanlah kerana dia ikon yang terbaik untuk dijadikan idola. Akan tetapi masalah mental yang dihadapinya adalah satu perkara yang luar biasa kepada insan-insan lain yang juga mengalaminya. Ini adalah sebagai sebahagian daripada kisah keperitan hidup di dunia yang penuh mencabar ini.

Antara yang menarik daripada pendapat penonton-penonton filem The Joker di DCEU daripada Facebook : Vocket.

  1. "People expect me to behave as if you don't"
  2. Kalau kau minat Marvel & dah terbiasa dengan movie sana, dinasihatkan jangan tengok Joker.. sebab cerita dia agak slow plot. 
  3. Rating peribadi aku bagi 9.1 out of 10. Hebat lakonan dia. Jalan cerita best.
  4. Best! For those yang suka kutuk appearance or peribadi orang lain, must watch this movie JOKER, take as a lesson!
  5. Filem berat. Bukan filem tipikal superhero ye. Tak ada watak Batman dalam ini. Kisah orang yang ditindas.
  6. Joker abang Batman...(???). Rupanya Batman dengan Joker adik beradik. 😂 (😳)
  7. No Batmen Joker is nothing! (Without Batman, Joker 🃏 is nothing)
  8. Selama ini sebelum wayang ini, saya amat benci sekali watak Joker. Dalam DC Comics bukan ada apa-apa power pun. Kekuatan dia hanyalah kebenciannya yang meluap-luap terhadap kemanusiaan. He has and show no mercy. Asyik membunuh dan membinasa. Especially kepada hero kesukaan saya, Batman. 

Tapi...itu dulu. Masa tengok wayang itu, saya tepuk tangan bila dia tembak 3 lelaki yang jahat tu. Bila dia turun tangga dan menjadi Joker yang sebenar, saya ikut menari dengannya. Macam itulah kesan cerita in kepada saya. Saya dah jadi penyokong Joker... pemuda O.K.U. 😜

https://www.facebook.com/1424930434430599/posts/2447518738838425/


Antara babak menarik dalam filem ini ialah pertemuan antara Arthur Fleck dengan Bruce Wayne

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10216026829559153&id=1101123111

The greatest rivals in comic history meet for the first time.💚

This scene was pure goosebumps. The audience went crazy and It felt like the theatre exploded when he said 'I'm Bruce'.

#2YearsOfJoker #Joker2019 #TheJoker #JoaquinPhoenix #ToddPhillips #Batman #DCComics #DCEU #DCFansKerala

https://www.facebook.com/820195835026215/posts/1483445072034618/

--------------------------------------------------------------------

Lagi Pendapat Daripada Ahli Di Facebook Bekas Pesakit Psikiatri Tentang Filem Joker.

Tak pernah pernah aku tulis review pasal filem filem yang pernah aku tonton. Sebab aku tak pandai dan biarkan pengkritik filem sahaja yang buat kerja begini. Bukan kepakaran aku.

Tapi filem 'Joker' ini bagi tamparan hebat buat aku sebagai pesakit mental. Macam kena tampar bertalu-talu. Kesan dia menusuk sampai ke dalam urat belikat. Jadi aku sekadar nak kongsi pendapat peribadi aku tentang filem ini. 

Hinggakan ia mengimbau memori silam aku sendiri dan punca terjadinya penyakit ini.

Ia digarap hebat oleh pengarahnya Todd Philips. Mamat ni terkenal dengan filem komedi macam 'Road Trips' dan 'Starsky and Hutch'. Tak sangka pula dia juga berkebolehan bikin filem yang meruntun perasaan dengan padu. 

Pelakon Joaquin Phoenix bagi aku berjaya membawakan watak stand alone sebagai Joker atau Arthur Flex seorang pesakit mental dengan sangat berkesan. Wataknya hidup dan tak nampak 'try hard'. Filem terakhir yang aku tonton mamat ni berlakon ialah The Paradise.

Kalau korang bayangkan cerita ini seperti filem Marvel atau DC Comics yang lain ini bukan filemnya. Filem ini tak ada adegan aksi terlampau dan tak menggunakan effect layar hijau sepertimana selalu. Tak ada semua itu.

Aku bukan nak puji lebih lebih akan filem ini, tapi aku memang suka. Filem ini menggambarkan kisah realiti kes buli, penderaan mental dan fizikal yang sering terjadi dalam kehidupan hari ini. Its' real thing. Itulah yang membuatkan filem ini menjadi bagi aku. 

Kisah ini memberi impak besar kepada kita semua supaya sedar akan kesan negatif yang mungkin bakal terjadi terhadap seseorang individu jika dibuli dan didera secara mental dan fizikal. 

Ya, memang filem ini akan membawa 'triggered effect' kepada segolongan besar pesakit mental terutamanya mereka yang mengalami depresi. Filem ini sarat dengan kemurungan dari awal hinggalah ke akhir cerita. Aku sendiri terkesan dan tersangat sebak sepanjang menonton. Yang power nya aku boleh tahan tak menangis dalam wayang. Aku layan filem ini seorang diri.

Setiap manusia itu ada monster yang tersorok dalam diri mereka. Filem ini menggambarkan betapa bagaimana seorang manusia yang selama ini hanya membiarkan dirinya menderita dengan penyakit mentalnya itu mampu mengeluarkan monster yang mendiami dirinya itu berkembang menjadi satu watak yang mampu menggegarkan Gotham City dan diangkat sebagai hero masyarakat akibat kesakitan yang tak mampu dibendung lagi.

Kisah ini sangat sangat mengingatkan aku tentang penderitaan yang aku sendiri alami. Mungkin filem sebegini mampu membuka minda masyarakat supaya membuang stigma terhadap pesakit mental. Ia bukan sesuatu yang ringan untuk ditanggung. 

Seperti quotes yang tertulis dalam buku journal Arthur Flex 'Semoga kematian aku lebih memberi erti dari kehidupan aku' begitulah sadisnya penderitaan yang dia lalui. 

Mungkin ada yang berpendapat aku terlalu emosi dalam memberi review filem ini. Tapi thats the facts though. Ini hanyalah sekadar pendapat peribadi. Dari hati kecil aku sebagai seorang pesakit mental.

Bila aku tengok Arthur menangis, aku pandang itu diri aku yang sedang menangis seorang diri, bila aku tengok Arthur jalan penuh bergaya dan penuh yakin aku pandang itu diri aku ketika manic, bila aku tengok Arthur bercerita dengan psikiatris aku pandang itu diri aku dalam setiap sesi dengan doktor aku. 

Hinggakan bila aku tengok Arthur tembak orang yang mempermainkan dia, aku membayangkan yang aku juga mampu buat begitu pada orang yang sering buat aku triggered! Insya Allah tak adalah sampai tahap itu. Yang itu mampu imagine sajelah.

Bab lain, filem ni memang digarap dengan baik dengan muzik score yang mantap dan sinematografi yang padu.

Rating aku bagi 9/10. Aku tak bagi 10/10 sebab aku tak puas tengok. Kalau tambah 2-3 jam lagi pun aku boleh cegang mata tengok sampai habis. Filem ni memang pencetus fenomena baru bagi filem tentang mental illness.

Filem ini juga buat aku rasa nak merokok selepas menonton. Gurau je. 

Hanan Mikhael Azman

First time review movie

Sekian.

Sumber : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10220087618089588&id=1498939827

Dipetik daripada

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10216064419258872&id=1101123111

--------------------------------------------------------------------


Heath Ledger as Joker in The Dark Knight film (left). 
Joaquin Phoenix as The Joker in Joker film (right)

Depresi + Rejection = Mental Ilness

Ini adalah hantaran terakhir aku berkaitan filem Joker.

Kesemua filem yang aku tonton, yang menyebabkan aku mentakrifkan bahawa filem itu bagus atau tidak apabila aku menjiwai watak yang dibawa oleh setiap pelakon.

Menonton filem Joker bukan mudah bagi aku untuk memahami karakter Joker. Apabila jiwa aku dan jiwa karakter menyatu menjadi satu, aku akan bersenggama di dalam kotak perasaan dan berjaya merasai kepahitan yang dilalui oleh Joker.

Didera dari kecil, ditindas masyarakat, dilayan dengan buruk serta penipuan oleh ibunya yang turut mengalami delusi akibat mental ilness.

Arthur yang sebelum menjadi Joker adalah seorang pejuang. Menelan sebanyak 7 jenis ubat hanya semata-mata untuk melawan penyakit kemurungan.

Buku notanya penuh dengan nukilan dan skrip-skrip lawak. Arthur tiada teman untuk berbual. Kesannya, dia mencipta karakter untuk menemani dia ketika dia berseorangan. Untuk scene Arthur keluar temu janji bersama ibu tunggal itu kau akan rasa itulah momen yang paling indah untuk dikenang di dalam filem ini.

Depresi yang umpama bara dalam sekam akhirnya bertukar menjadi api yang besar apabila manusia yang kasihan ini menerima pelbagai penolakkan besar di dalam hidupnya.

Arthur mengidolakan ibunya. Rupa-rupanya, dia 'ditipu' hidup-hidup oleh ibunya.

Arthur mengasihi 'bapanya'. Bapanya melayan Arthur tidak ubah seperti sampah.

Arthur mengidolakan pengacara rancang komedi siaran langsung. Pengacara itu sebenarnya menjadi opportunist dan menjemput Arthur untuk menaikkan rating rancangannya.

Kau beritahu pada aku,

Manusia mana yang apabila dia dilayan seperti sampah, ditambahkan dengan penyakit mental yang sedia ada, akan membalas dengan bunga atas setiap hal buruk yang dia terima?

Penyakit mental bukanlah bahan jenaka.

Ada 3 scene yang buat aku menangis, ada dua scene yang buatkan aku berasa puas dan kesemua lagu Original Sound Track (OST) yang digunapakai oleh pengarah tersangat serasi dengan perjalanan cerita.

Aku keluar dari panggung wayang dengan berharap aku tidak kembali merokok.

Celaka, cool bukan apabila kau tengah serabut dan dapat merokok.

Rating saya masih sama: 8/10



Aku jenis pendiam dan tak ambil port benda yang remeh dan kecil. 
Tapi jangan sampai setan aku keluar disebabkan perangai bodoh kau yang sangat melampau !

--------------------------------------------------------------------

Arkib : 10 Oktober 2019. Di bawah ini adalah pendapat terbaik daripada penonton filem The Joker. 

https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/permalink/2500539559983184/ (kandungan mungkin telah pun dipadamkan daripada Facebook)

Sinopsis : Joker (2019) [Spoiler Alert !]

Ketidakadilan sosial berlaku di sini. Yang kaya bertambah kaya. Orang yang sederhana dan miskin hidup melarat. Mereka bertarung setiap hari untuk mendapatkan upah dan gaji setiap hari. Mereka bukan orang kaya dan mereka perlu bekerja untuk mendapatkan duit. Tambah memburukkan keadaan golongan kaya dan hidup mewah mengorak langkah untuk menjadi pemimpin politik. Kononnya bila dapat jawatan akan membantu orang-orang yang miskin dan susah. Di sini sudah berlaku kata-kata janji politik untuk menyelesaikan masalah Penduduk di Bandar Gotham. Mereka semakin tertekan dengan masalah pengangguran yang semakin rumit.

Arthur Fleck, mengharapkan bantuan ubat-ubatan dan juga sesi terapi dan kaunseling untuk teruskan kehidupan seperti biasa. Dia juga telah membuat satu jurnal kehidupan dia setiap kali sesi rawatan berlangsung. Pada satu ketika, Arthur boleh nampak sesi kaunseling itu gagal. Kenapa gagal? Sebab dia boleh kenal pasti soalan yang timbul daripada kaunselor tersebut hampir sama setiap kali pertemuan berlangsung. "Bagaimana dengan keadaan anda hari ini" dan "Adakah anda berfikir positif pada hari ini?" Dia berasakan seperti membuang masa untuk hadir dalam kaunseling seperti itu.

Sesi kaunseling ditamatkan tanpa penutup disebabkan kekurangan dana bantuan perubatan. Sewaktu perkara ini berlaku Arthur terus berhenti mengambil ubat psikiatri. Kesan semakin teruk selepas itu kerana dia hilang kawalan ke atas diri dia lalu membunuh mangsa pertama dia sebanyak 3 orang dalam keretapi. Pembunuhan 3 orang mangsanya itu telah merubah sikap dan pendiriannya terhadap masyarakat sekelilingnya. Dia akan menyelesaikan ancaman daripada sekeliling dengan membunuh mereka dengan tangannya sendiri.

Arthur terdorong untuk membunuh apabila dia mendapat nasihat daripada rakan sekerja dia tentang pistol. Kononnya daripada nasihat rakannya itu sekiranya jiwa dia tak tenteram boleh gunakan pistol untuk membunuh orang yang mengganggu hidup dia. Sehinggakan pistol diberikan kepadanya itu membuatkan dia sentiasa membawanya itu di mana-mana sahaja sehingga ke hospital dalam wad kanak-kanak. Sebelum dipecat, majikan telah mendapat tahu daripada Randall (kawan Arthur) bahawa Arthur sentiasa membawa pistol ke mana sahaja dia pergi. Pada Arthur, sahabatnya itu telah mengkhianatinya kerana sanggup menceritakan fitnah dan keburukannya (walaupun Randall sendiri serahkan pistol kepadanya).

Selepas itu Arthur dipecat oleh majikannya. Cerita ini tidak habis di sini. Randall dan seorang lagi rakan sekerjanya hadir di rumah selepas bersimpati dengan kematian ibu angkatnya (yang Arthur sendiri bunuh di hospital). Peluang tak dilepaskan Arthur begitu sahaja kerana Randall seperti takut kerana mungkin Arthur berikan maklumat kepada pihak polis berkenaan dengan sepucuk pistol yang digunakan adalah daripada Randall. Akhirnya Randall dibunuh dengan kejam di hadapan sahabatnya yang seorang lagi itu.

Babak seterusnya ialah Arthur telah menerima tawaran untuk hadir dalam rancangan tv yang digemarinya sejak dahulu lagi. Akan tetapi dia ingin menampilkan dirinya dalam bentuk yang diingininya iaitu watak seorang Joker. Ini adalah peluang yang diambil dengan sebaik-baiknya untuk menonjolkan diri dan wataknya yang sebenar. Peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Walaupun sebelum dia ke studio untuk sesi tersebut, dia masih tidak terkecuali daripada cuba disoal siasat berhubung dengan kes kematian mengejut ibunya itu. Namun, dia dapat menyelamatkan dirinya daripada terperangkap situasi tersebut.

Pada permulannya watak Joker yang ingin ditampilnya itu tidak mendapat persetujuan daripada pihak penerbit, akan tetapi atas kebenaran oleh hos rancangan tersebut telah pun mengizinkan dia berpenampilan seperti itu. Sesuatu yang tragik terjadi apabila Arthur tidak dapat mengawal emosinya apabila menerima provokasi daripada hos rancangan sewaktu program tersebut sedang disiarkan secara langsung. Bahan lawak jenaka yang ditonjolkan dalam sebuah pertandingan menjadi bahan jenaka ejekan daripada para hadirin dan juga hos rancangan telah mendatangkan kesan negatif dalam dirinya. Selain itu, dia masih mempertahankan pendirian dia bahawa tindakan dia adalah tepat dengan membunuh para pekerja syarikat Wayne Enterprise. Ini adalah antara punca utama dia melepaskan kegeramannya terhadap hos rancangan tersebut dengan menamatkan riwayatnya melalui tembakan pistol yang disimpannya.

Siaran langsung telah ditamatkan begitu sahaja. Arthur telah pun diberkas dan dibawa oleh pihak polis untuk terus disoal siasat di balai polis berdekatan. Akan tetapi keadaan Bandar Gotham sudah menjadi tidak terkawal. Akibat permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan kejadian jenayah menjadi begitu berleluasa. Watak Joker akhirnya diangkat dan menjadi simbol masyarakat awam. Simbol ini telah berjaya menbawa suara rakyat menentang unsur kleptokrasi, rasuah dan juga sosok ahli perniagaan yang sombong tapi ingin menjadi juara rakyat untuk mendapatkan jawatan sebagai pemimpin ataupun Datuk Bandar. Perkara ini menjadi kebencian rakyat dan golongan kaya yang mati di tangan penjenayah bertopeng Joker ini menjadi satu perjuangan menentang golongan yang tidak prihatin kepada golongan bawahan.

Akhir sekali, Joker @ Arthur telah pun dipenjarakan di dalam Arkhum Asylum di atas kesalahan jenayah yang dia telah lakukan. Selain itu, dia masih dalam mendapatkan rawatan psikatrik sebagai langkah-langkah pemantauan sikap dan tindakannya kepada orang-orang di sekelilingnya. TAMAT.

Arkib : 08 Oktober 2019.

TAHNIAH !

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10216045250019653&id=1101123111

--------------------------------------------------------------------

2 years of JOKER

05th October 2019

#OnThisDay, celebrating 2 years of Todd Phillips' Joker (2019), the movie that gave us Joaquin Phoenix's legendary performance as The Clown Prince for the first time.💚

The movie also made a lot of achievements, including ;

  • The Highest grossing R-rated movie of all time. 
  • The First R-rated movie to cross 1 billion at the box office. 
  • The second most award winning comic book movie of all time (after Dark Knight)
  • One of the most profitable movies of all time (with a budget less than $70 million)

🎨: Krishna Prakash

( Also check out 2 Years of Joker special video 'Parabellum of Joker: https://youtu.be/kBruU9k90QM )

#Joker2019 #TheJoker #JoaquinPhoenix #ToddPhillips #Batman #DCComics #DCEU #DCFansKerala

https://www.facebook.com/820195835026215/posts/1483318952047230/

--------------------------------------------------------------------

Joaquin Phoenix is unsure if a ‘JOKER’ sequel will actually happen.

There are some things we could do with this guy and could [explore] further. But as to whether we actually will? I don’t know.”

https://www.facebook.com/groups/129587407602005/permalink/1017387838821953/

Joaquin seem all set for Joker 2. Waiting for the official confirmation.💚

#Joker2019 #Joker2 #JoaquinPhoenix #ToddPhillips #DCMultiverse #DCEU #DCFansKerala

https://www.facebook.com/groups/706398562704949/permalink/4805363972808367/

--------------------------------------------------------------------


Kisah REALITY Di Sebalik Watak JOKER....

https://www.youtube.com/watch?v=L4dET3PNZoQ

HIDUPNYA KELAM, DRAMATIS DAN TRAGIS! | JOKER REWATCH

https://www.youtube.com/watch?v=pvUHyPYRmpc

Peringatan ! Jangan tenung gambar ini lama-lama !

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

World Mental Health Day

10 Oktober Setiap Tahun : Hari Kesihatan Mental Sedunia

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/10/world-mental-health-day.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...