Peristiwa 3 Ramadan 350H
*Gambar monumen Al-Hakam II di Plaza Campo Santo de los Mártires, Cordoba.
Hari ini 1,093 tahun Hijrah yang lalu, Al-Hakam II naik takhta sebagai Khalifah Cordoba.
Beliau menjadi Emir ke-9 Empayar Umayyah & Khalifah ke-2 Cordoba menggantikan ayahnya, Abdurrahman III. Al-Hakam II memerintah selama 16 tahun dari 350H hingga 366H, tempoh yang dianggap sebagai zaman gemilang keilmuan Islam di Sepanyol.
Beliau amat mencintai ilmu & sastera, membangunkan perpustakaan awam yang terbesar di Eropah pada ketika itu. Dikatakan beliau memiliki lebih 400,000 buku & katalog buku di perpustakaan diraja sahaja sepanjang 44 jilid & sekitar 500 orang bekerja di situ.
Beliau juga menggerakkan usaha penterjemahan buku-buku Latin & Greek ke bahasa Arab secara besar-besaran, membentuk jawatankuasa bersama yang dianggotai orang Islam Muwallad dengan Kristian Mozarab Iberia untuk usaha itu.
Selain cintakan buku & mahir dalam beberapa bidang ilmu seperti sains & sastera, Al-Hakam II juga amat memberi penekanan terhadap kepentingan sejarah. Malah beliau sendiri menulis sebuah buku tentang sejarah kerajaan Islam Al-Andalus.
Al-Hakam juga II dikenang sebagai pemimpin terbilang dengan kemahiran diplomasinya. Beliau berjaya menyelesaikan pertikaian antara negeri-negeri kecil Sepanyol bawah kekuasaannya, juga mengikat hubungan baik dengan kerajaan Katolik di utara semenanjung Iberia.
Bawah pimpinan panglima Ghalib Abd al-Rahman, kerajaan Islam Cordoba berjaya mengesahkan kekuasaan ke atas wilayah Afrika Utara selepas empat tahun berperang dengan kerajaan Syiah Fatimiah di Maghribi.
Al-Hakam II meninggal dunia pada usia 61 tahun, menyerahkan takhta kepada anaknya Hisham II yang berusia 11 tahun.
Sumber: Al Arabiya, Republika ID, Britannica, Encyclopedia
#PeristiwaHariIni
#IlhamRamadan
#RamadanSLK
Pautan artikel yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment