Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 28 July 2020

28 Julai 2018

Hari ini dalam sejarah : 28 Julai 2018

Mungkin ramai yang tidak ingat, hari ini merupakan ulang tahun (28 Julai 2018) Himpunan Kebangkitan Ummah yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman oleh NGO-NGO Islam dan disertai oleh ribuan rakyat.

Ini merupakan himpunan pertama selepas kejatuhan Barisan Nasional dan merupakan detik paling awal penyatuan UMNO dan PAS. Malah, ada juga pemimpin BERSATU yang turun walaupun mendapat kritikan. Pendekatan inilah sumbangan NGO-NGO Melayu/Islam kepada agenda Perpaduan Ummah.

Peristiwa bersejarah ini berlaku tatkala parti-parti politik Melayu masih murung dan bersedih. Malah, parti-parti komponen mereka seperti MCA dan MIC sudah mula menekan mereka untuk menendang UMNO keluar dari Barisan Nasional. Tatkala ini jugalah tekanan demi tekanan terutamanya dari DAP dan PH semakin kuat  Maka, dari sinilah kami, NGO-NGO bangkit untuk menyatukan ummah termasuk parti-parti politik.

Walaupun pada peringkat awalnya ini, terdapat keraguan di kalangan ahli politik terhadap himpunan ini dan agenda penyatuan ummah, kami tetap meneruskannya juga walaupun teruk dikritik. Malah, sebelum itu mereka masih segan-segan dan saling menafikan mereka akan bekerjasama dan bersatu. Namun, mereka perlu akui bahawa himpunan inilah yang mencetuskan semangat dan momentum penyatuan ummah di kalangan rakyat dan para pemimpin, sehinggalah apa yang kita nikmati sekarang. Alhamdulillah.

Ketika itu, kami sangatlah daif. Kami hanya berbekalkan tulang empat kerat dan belanja poket masing-masing untuk menganjurkan himpunan ini. Kelab Sultan Sulaiman sekali lagi menjadi saksi kepada sejarah kebangkitan ummah sebagaimana Kongres Melayu Pertama 1946, iaitu perhimpunan anjuran persatuan-persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu yang resolusinya ialah penubuhan UMNO itu sendiri untuk menuntut kemerdekaan.

Objektif perhimpunan pada 2 tahun lalu itu pada asalnya bertujuan untuk menyatupadukan orang Melayu dan alhamdulillah pemimpin-pemimpin pelbagai parti politik Melayu juga turut hadir.

Kepenatan menguruskan himpunan ini masih kian terasa. Cuma agak sedih mengenangkan ada rakan kami yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu. Namun, kesedihan ini terubat jua apabila melihat ada rakan-rakan seperjuangan yang lain sudah berada dalam kerajaan.

Saya mendoakan kepada yang sudah pergi ini agar diredhai Allah dan diterima segala amal, perit jerih perjuangan kita selama ini.

Kepada rakan-rakan yang sudah memegang tampuk kuasa, saya nasihatkan supaya ingatlah saat-saat kita berjuang dahulu. Sentiasa ingat apa yang kita benar-benar perjuangkan selama ini. Jangan persiakan segala peluang yang Allah berikan ink. Kalian akan dipertanggungjawabkan kelak oleh Allah, dan juga oleh generasi hadapan jika kalian gagal memanfaatkan kuasa yang ada di tangan.

Jangan angkuh dan lupa daratan kerana kuasa itu hanyalah sementara, tetapi sebaliknya binalah jati diri ummah dan perkasakanlah agama Islam yang tercinta.

Jangan lupa saat kalian susah dulu, dan siapa setia bersama kalian menghadapi kesusahan tersebut.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
28 Julai 2020

#MembangunUmatBeragenda
#MengangkatSuaraUmat
____


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...