Saya sudah bersedia. I am ready
1. SITUASI SEBELUM KEPUTUSAN PENGHAKIMAN DIUMUMKAN
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Luahan Rakyat Berikutan Dengan Kes Yang Sedang Dihadapi oleh DSN di Mahkamah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. SITUASI SEBELUM KEPUTUSAN PENGHAKIMAN DIUMUMKAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Esok 10 pagi penghakiman kes SRC saya di Kompleks mahkamah KL.
Saya tahu apa di minda semua, apa yang ditulis, apa yang diperkatakan.
Sejak hari pertama saya telah kata.
Inilah peluang saya untuk membersihkan nama saya.
Dalam kes yang akan diputuskan esok, saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong keputusan lembaga SRC meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011 supaya saya boleh tunggu 4 tahun untuk menerima RM42 juta (1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014 dan seterusnya dibelanjakan sepenuhnya untuk kegiatan CSR dan politik.
Wang itu dibayar kepada saya oleh sebuah syarikat swasta yang telah dibayar oleh sebuah lagi anak syarikat SRC untuk tujuan CSR.
Walau apapun keputusannya esok di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir di sini.
Sekiranya didapati tidak bersalah, sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Sebaliknya jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada saya, sudah tentu saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan esok.
2 tahun yang berlalu ini bagaikan kegelapan dengan permainan politik kotor dan kekejaman PH.
Hanya dengan sinar daripada sokongan rakyat selama ini yang memberikan saya kekuatan untuk bangkit melawan dan mendorong saya terus ke hadapan.
Terima kasih saudara-saudari.
Saya tidak putus asa.
Ya, lepas ini kita ke Mahkamah Rayuan.
Saya sudah bersedia. I am ready.
Saya tidak mahu mana-mana kes saya digugurkan seperti kerajaan PH menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng walaupun sudah bermula prosiding di mahkamah.
Demi DAP dan Lim Guan Eng, undang-undang dan sistem kehakiman dimainkan begitu sahaja oleh PH.
Saya tidak mahu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu.
Saya mahukan keadilan. Saya mahu membersihkan nama saya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Luahan Rakyat Berikutan Dengan Kes Yang Sedang Dihadapi oleh DSN di Mahkamah
Esok, jam 10 pagi adalah hari yang penting untuk DS Najib Razak kerana keputusan samada beliau didapati bersalah atau tidak dalam kes #SRC akan diketahui.
Mari kita imbas kembali hujah penting oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh TS Shafee dalam hujah penggulungan beliau:
1. TS Shafee menegaskan bahawa anak guamnya adalah mangsa penipuan (victim of scam) Jho Low, rakan subahatnya di dalam bank dan juga pengurusan tertinggi SRC.
2. Jelas DS Najib ditunjukkan keadaan yang tidak tepat (misrepresntation) oleh BOD SRC mengenai operasi syarikat dan juga pihak Ambank mengenai akaun beliau.
3. Logiknya, jika tidak dimaklumkan oleh bank, bagaimana DSN tahu jumlah sebenar di dalam akaun beliau? Untuk pengetahuan, akaun tersebut adalah untuk tujuan CSR.
4. Mengapa Najib perlu bersusah payah membantu mendapatkan pinjaman RM4 billion dari KWAP untuk SRC, dan kemudian mendapat habuan daripada jumlah itu iaitu RM42 juta hanya setelah 3 tahun setengah kemudian.
5. Adalah tidak logik dalam sesebuah kes rasuah, RM4 billion dihantar ke luar negara, kemudian DS Najib Razak meminta membawa kembali RM42 juta dan dimasukkan kedalam akaun peribadinya.
6. Di dalam kes rasuah, mestilah pelaku mempunyai personal benefit atau interest, tetapi pendakwaraya tidak dapat membuktikan Najib mempunyai personal interest dalam kes ini.
7. Pasukan pendakwaan turut gagal membuktikan bahawa Najib mengarahkan duit RM42 juta dimasukkan ke dalam akaunnya.
8. Pasukan pendakwaan juga tidak dapat membuktikan bahawa Najib mempengaruhi jemaah kabinet untuk meluluskan pinjaman jaminan keraajan dari KWAP berjumlah RM4 billion kepada SRC.
9. Tiada siapa dapat mengesahkan siapa yang mengarahkan agar wang dari Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd di masukkan ke dalam akaun DS Najib.
10. Joanna Yu juga dalam kenyataan saksinya berkata beliau juga percaya yang Jho Low tidak berhubung dengan Najib mengenai urusan akaun beliau dan Jho Low bermatian matian tidak mahu akaun itu ditutup walaupun diminta oleh pihak bank seperti kenyataan Joanna kepada Harvinder Singh pada 5 Ogos 2019.
Harvinderjit: Adakah kamu bersetuju jika semasa kamu berurusan dengan Jho Low, kamu mempunyai perasaan syak yang kuat bahawa beliau (Jho Low) tidak berkomunikasi dengan pemegang akaun (Najib), kamu akan memaklumkannya kepada bank.
Yu: Saya akan memaklumkannya kepada (bekas pengarah urusan kumpulan Ambank Group) Cheah Tek Kuang.
Harvinderjit: Dan kamu akan menjadi amat, amat keberatan untuk berurusan dengan Jho Low bagi perkara yang berkait dengan akaun (akaun Najib) itu?
Yu: Ya.
Sebagai kesimpulan, TS Shafee pernah berhujah didalam mahkamah menggunakan penghakiman Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim yang berbunyi;
"Jika anda terima atau mempercayai penjelasan tertuduh, bebaskan beliau. Jika anda tidak menerima atau mempercayai penjelasan tertuduh tetapi tetap menimbulkan keraguan munasabah mengenai kesalahannya, mohon bebaskan beliau."
Jadi, jika tanya pada saya apakah keputusan esok memihak kepada Najib atau tidak, saya katakan marilah perbanyakkan doa dan "prepare for the worst."
RF
KMKL
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SURAT TERBUKA KEPADA DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
Apa khabar Dato Seri,
Sebelum perbicaraan Dato Seri diputuskan oleh pihak mahkamah, saya adalah di antara jutaan rakyat Malaysia mengikuti perkembangan perbicaraan dan aktiviti harian Dato Seri melalui media.
Selama 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, saya merasa kesal dan simpati apabila Dato Seri Najib dan keluarga sentiasa dimalukan, dihina, dicerca, difitnah dan ditekan habis-habisan hingga sedemikian rupa seolah-olah Dato Seri adalah penjenayah no.1 dunia sepanjang zaman.
Malahan Dato Seri sekeluarga telah "dibicara dan dijatuhkan hukuman bersalah" secara berjemaah oleh pemimpin dan penyokong PH pada setiap masa tanpa melalui proses undang-undang yang sewajarnya.
Saya masih ingat lagi ketika rumah Dato Seri digeledah pada bulan Ramadan 2018 walhal waktu dan ketika itu umat Islam sedang berjemaah beribadah bertarawih di masjid dan surau hinggakan timbul tanggapan berbentuk fitnah oleh penyokong PH bahawa Dato Seri sekeluarga mahu melarikan diri ke luar negara pada malam tersebut.
Namun begitu Dato Seri sekeluarga kuat dan tabah menghadapi ujian dan dugaan "tsunami" ini serta beristiqomah berjuang untuk kebenaran.
Pada penghujung perbicaraan kes mahkamah Dato Seri ini, saya berdoa kepada Allah swt agar Dato Seri sekeluarga diberikan keselamatan, perlindungan dan rahmat daripada Allah swt di dunia dan akhirat. Kebenaran akan menyusul. InsyaAllah.
Aamiin YRA.
Ikhlas daripada
Bendahara Nusantara @ FB
Jumaat, 24 Julai 2020
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kebanjiran daripada para penyokong DSN di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Screenshot daripada Yana Najib yang mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa mendoakan agar DSN dapat pembelaan yang sewajarnya dari pihak pengadilan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. SITUASI SELEPAS KEPUTUSAN PENGHAKIMAN DIUMUMKAN
Keputusan Kes SRC : Najib Razak Bersalah
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
PAS mengambil sikap akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini.
PAS menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) yang didukung oleh Kerajaan Perikatan Nasional.
PAS yakin Datuk Seri Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya.
Walau dalam apa keadaan sekalipun, PAS menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 7 Zulhijjah 1441 / 28 Julai 2020
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber-sumber lain yang berkaitan :
Cincanews :
Pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah, kata mahkamah
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/pasukan-pembelaan-najib-gagal-timbulkan-keraguan.html
Telegram: t.me/cincanews
Facebook: facebook.com/cincanews
Sumber YouTube : https://youtu.be/YgJI7_wXUXo
Kenyataan Peguam Najib Terhadap Kes SRC - Tan Sri Shafee Abdullah
𝐓𝐄𝐑𝐉𝐄𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐄𝐄 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒 𝐒𝐑𝐂 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟖 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟎.
TSSA: Memandangkan DSN telah bercakap dalam bahasa Melayu, saya akan berbicara dalam bahasa Inggeris supaya semua orang (wartawan asing) di sini juga faham. Tetapi anda bebas bertanya saya soalan dalam Bahasa Melayu dan saya akan jawab dalam Bahasa Melayu kepada anda.
Saya mulakan kenyataan saya begini...
Anda semua amat kenal saya. Saya bekerja lebih cekap dengan tekanan. Ini adalah merupakan cabaran yang serius. Sungguhpun saya kecewa, saya belum tumbang. Sekiranya ada persamaan antara saya dan DSN, kami identikal dari aspek bekerja dengan paling efisien apabila adanya tekanan yang besar.
Jadi, cabaran kami untuk melakukan rayuan nanti akan dilakukan dengan format yang lebih tinggi dan gear yang lebih tinggi. Kerana kami percaya kes kami ini sangat kuat sejak permulaan lagi. Tapi kami gusar apabila dipanggil untuk pembelaan dengan asas-asas yang dijadikan alasan. Kerana alasannya nampaknya tidak.... (TS cepat-cepat susun kata untuk elak menghina mahkamah)....
Ia adalah merupakan satu penghakiman yang jujur ya! Biar saya katakan ini supaya saya tidah berhadapan tindakan. Saya rasa hakim ini adalah seorang yang jujur. Tetapi saya rasa beliau telah secara jujur melakukan beberapa kesilapan penghakiman.
Bermula dari penghakiman di peringkat pembelaan malah sejak pendakwaan sehingga terkini, kami dapati kekhilafan telah terkumpul. Mungkin ini adalah kerana beliau tidak mampu untuk memperbetulkan alasan-alasan sebelum ini yang telah diberikan.
Jadi saya fikir kita mempunyai peluang paling kuat untuk memenangi rayuan ini.
Ini adalah sebuah kes yang mana hakimnya sendiri telah mengatakan tanpa ragu bahawa kes ini adalah kes yang mengandungi fakta matriks dan isu perundangan yang tidak ada satu pun kes seumpamanya sebelum ini.
Dan apabila saya katakan (di mahkamah tadi) bahawa ini adalah kes perbicaraan terbesar dunia, saya tidak menokok tambah. Dan terdapat beberapa isu perundangan yang anda perlu pertimbangkan dalam penilaian anda kepada senario ini.
Ini adalah kes pertama sepanjang zaman yang mana seorang Pengarah Bayangan (Shadow Director) yang bukan Pengarah SRC...telah dianggap sebagai individu yang boleh membuat arahan dan keputusan melangkaui lembaga pengarah syarikat.
Ini adalah prinsip yang saya tak pernah dengar sebelum ini! Sungguhpun Pengarah Bayangan adalah merupakan satu konsep, tetapi prinsip seperti ini tidak pernah terpakai terutamanya dalam kes jenayah.
Itu yang pertama. Keduanya, ini juga adalah satu kes yang mana prinsip perundangan syarikat telah dibuang ke tepi kerana hakim mengatakan bahawa seorang pemegang saham boleh secara literal mengambil alih fungsi lembaga pengarah dan lembaga pengarah tidak perlu bertanggungjawab.
Kita semua tahu, bahawa di dalam mana-mana syarikat, terutamanya syarikat seperti SRC...lembaga pengarah adalah merupakan orang-orang utama yang akan membuat keputusan dan mereka yang bertanggungjawab, bukan pemegang saham.
Jadi, ini hanyalah dua perkara yang saya berikan kepada anda sebagai contoh perkara yang menggusarkan kami (pihak pembelaan) kerana nampak secara jelas kekhilafan penghakiman telah dilakukan.
Dan tidak ada bukti langsung, bahawa DSN telah megarahkan RM 42 juta dibayar kepada beliau. Sekiranya ia adalah rasuah, anda mesti tertanya-tanya, mengapa tidak dinyatakan siapa yang telah memberi rasuah kepada DSN? Siapakah yang telah bersetuju bahawa DSN perlu diberikan rasuah?
Caj pertuduhan tidak menyatakannya dan begitu juga penghakiman tadi. Siapakah yang telah memutuskan untuk membayar kepada DSN? Jadi ini hanyalah sedikit iklan kepada anda, supaya anda boleh fikirkan tentang bagaimana secara jujurnya hakim telah terkhilaf dalam membuat penghakiman.
Jadi jika anda tanya kepada saya, saya rasakan bahawa melihat kepada keputusan hakim yang mendapati DSN bersalah ke atas SEMUA TUJUH PERTUDUHAN, bagi saya, SAYA GEMBIRA....kerana kini saya mempunyai peluang yang lebih tinggi (di peringkat rayuan) kerana beliau telah memutuskan DSN bersalah ke atas SEMUA PERTUDUHAN.
Beliau telah menafikan setiap satu point pembelaan pihak kami. Langsung tidak diterima oleh hakim ini.
Jadi bagi saya, ini adalah senario yang lebih baik untuk kami lawan di Mahkamah Rayuan nanti. Kita ada lagi 10 orang hakim untuk mendengar kes ini. Ini hanyalah penghakiman seorang hakim sahaja. Di Mahkamah Rayuan nanti ada 3 hakim dan di Mahkamah Persekutuan nanti akan ada 7 orang hakim tertinggi.
Wartawan (audio kurang jelas): Berapa lamakah proses ini (rayuan) akan berlangsung. Apakah ramalan kamu?
TSSA: Saya telah beritahu hakim bahawa saya mahukan rayuan ini dapat dilakukan dalam tempoh 3 bulan. Itu adalah pusingan pertama. Pusingan kedua mungkin akan makan masa 4 bulan lagi. Jadi keseluruhan rayuan bagi kes ini akan mungkin mengambil masa 7 bulan. Dan saya sangat ternanti-nanti proses rayuan ini berbanding dengan semua kes lain yang pernah saya kendalikan seumur hidup saya. Kerana ini adalah kes rayuan yang sangat menarik dan kami mahu ia dilakukan secapat mungkin.
Soalan wartawan: TS, apa pandangan kamu tentang hukuman yang telah dijatuhkan, hukuman pemenjaraan dan denda sebanyak RM 210 juta.
TSSA: Ok. Saya tidak fikir hakim ini ada pilihan. Kerana ia adalah berdasarkan pandangan yang telah diambil olehnya. Jumlah wang yang dipertikaikan adalah RM 42 juta, ia bukan RM 4 billion yang diperkatakan. Namun beliau dipengaruhi oleh pandangan bahawa salah guna kuasa dalam wang 2 billion + 2 billion (KWAP) sungguhpun wang yang dipertikaikan adalah RM 42 juta.
Saya fikir beliau terperangkap dengan keputusannya sendiri dan oleh itu beliau telah menjatuhkan hukuman sedemikian. Kami sudah semestinya akan merayu bagi kedua-dua, pensabitan dan juga hukuman yang telah dijatuhkan. Kami fikir kami ada peluang yang cerah untuk kedua-duanya.
Soalan wartawan (audio tak jelas)
Jawapan TSSA: Perbicaraan di hadapan hakim ini adalah adil. Kita harus beri kredit kepada beliau untuk itu. Beliau beri ruang luas untuk mendengar kes...
Satu saja yang saya ingin mengadu.
Beliau kelihatan tidak mengaplikasikan konsep jenayah dan konsep falsafah perundangan. Beliau telah mengaplikasikan konsep sivil dalam kes ini. Kerana dalam perundangan jenayah, sekiranya ada keraguan munasabah atau sedikit keraguan pun, anda perlu buang kes tersebut.
Berbeza dengan kes sivil...anda akan buat pertimbangan dan kebarangkalian. Siapa yang lebih mungkin berkata benar dan siapa ada kes yang lebih kuat. Kemudian ia akan dinilai dan diimbangkan. Jika beza antara kedua pihak hanya dengan kelebihan 10%, maka pihak itu yang menang.
Soalan wartawan (audio tak jelas)...
Jawapan TSSA: Saya dapati ia adalah suatu kenyataan yang ‘fantastic’ yang dikeluarkan oleh hakim terutamanya dalam keadaan berikut...
Anda masih ingat bahawa kami kekurangan bukti. Tetapi kami tampilkan 4 orang saksi (tanpa mengira DSN). Dan terdapat satu pertemuan dengan King Abdullah. Dan dalam mesyuarat itu, terdapat satu lagi pertemuan kecil di dewan utama melibatkan beberapa orang personaliti. Dan King Abdullah telah bertitah di dalam bahasa Arab bahawa bantuan akan diberikan.
Bantuan yang akan diberi semestinya bantuan kewangan kerana terdapat bukti apabila Menteri Luar ketika itu Anifah Aman telah katakan, begitu juga dengan DSN dan juga DS Jamil Khir...kesemua mereka telah mengatakan bahawa serta merta selepas pertemuan itu, DSN telah bertanya kepada mereka yang lain, “Apakah saya dengar dengan betul tadi bahawa Raja Abdullah mahu saya buka akaun peribadi untuk menerima wang ini?”
Dan Anifah Aman mengesahkannya kepada DSN.
Bagaimana anda boleh mengetepikan pertemuan ini telah berlaku hanya berdasarkan pertikaian pertemuan itu berlaku pada 10, 11 atau 12hb kerana orang tak berapa ingat disebabkan ini adalah pertemuan tidak rasmi. Pertemuan rasmi sebenar berlaku pada 13hb. Jadi anda boleh katakan pertemuan ini berlaku sejurus sebelum pertemuan rasmi.
Ketidak seragaman tarikh ini adalah tidak relevan sebenarnya. Kerana sekiranya kita mahu reka bukti, sekiranya kita mahu menipu, kita boleh lakukan tugas lebih baik. Boleh saja kita plan dengan semua saksi supaya tetapkan satu tarikh khusus. Kewujudan ketidakseragaman tarikh yang sedikit ini adalah merupakan satu bukti bahawa para saksi-saksi ini tidak berpakat untuk mereka bukti.
Itu satu contohnya. Contoh kedua adalah, pertemuan di Istana yang sama setelah kemangkatan Raja Abdullah antara 2 putera Raja Saudi dan pegawai-pegawai SPRM, peguam-peguam dan beberapa orang lain.
Pertemuan ini juga benar-benar berlaku. Tetapi hakim tidak mengambilkira dan memberi kredibiliti terhadap versi ini!
Sungguhpun pegawai SPRM mengesahkannya!
Soalan wartawan: DSN telah bersumpah lagi menafikan kesalahan di mahkamah hari ini. Apakah sumpah ini akan mempengaruhi keputusan rayuan?
TSSA: Sepatutnya! Jika anda tahu falsafah seorang Muslim dan agama Islam, ini bukanlah perkara main-main dan mudah bagi seorang Muslim untuk bersumpah dengan nama Allah. Kerana akibatnya sekiranya anda menipu adalah sangat dahsyat. Orang Islam percayakannya.
Jadi DSN telah melafazkannya dan terdapat satu lagi lafaz yang beliau ucapkan di sebuah masjid sebelum ini berkenaan kes Altantuya. Beliau berani dan bersedia melafazkan ini kerana itulah kebenarannya.
Jadi ia memberi impak kepada kredibiliti tertuduh. Sama ada anda boleh percaya saksi itu atau tidak, inilah antara elemen yang anda lihat.
Sekian Terima kasih.
Diterjemahkan oleh Nabeel Naqie.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Najib sumpah tak tahu RM42 juta depan hakim
“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau ditawarkan RM42 juta itu.
“Saya bersaksi kepada Allah, saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu.
Telegram: t.me/cincanews
Facebook: facebook.com/cincanews
Sumber YouTube : https://youtu.be/7NCSJVU_Zqg
'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tak tahu RM42 juta itu' - Najib
'Jika saya berdusta, maka laknat Allah s.w.t. atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah s.w.t. di dunia dan akhirat'. Najib Razak
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Luahan Rakyat : Daripada sumber Facebook
Lek lu, korang janganlah sedih atau gembira sangat.
Kita baru dekat Hentian Pertama: Mahkamah Tinggi.
Pembelaan mesti minta tangguh sabitan ke Mahkamah Rayuan pula.
Kalau kalah di Mahkamah Rayuan di hadapan 3 hakim, sambung di Mahkamah Persekutuan dengan 5 hakim pula.
Selagi penghakiman masih bukan Mahkamah Persekutuan yang buat, maka ceritanya belum habis.
Belajar dari penghakiman Anwar. Lepas ketiga-ketiga mahkamah kalah, baru Anwar masuk penjara.
Itupun lepas tukar kerajaan dapat pula pengampunan Agong.
Yang mana faham, faham lah ya.😉
Sekian.
Sumber : fb Khairul Azri.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini DSN bersumpah sekali lagi menyatakan dirinya tidak bersalah di mahkamah. Sumpah itu sebenarnya tidak laku di dalam sistem keadilan dunia. Tetapi ia adalah usaha terakhir seorang Muslim untuk mempertahankan dirinya.
Sumpah adalah senjata terakhir di saat kita sudah tidak mempunyai apa-apa. Sumpah adalah jalan terakhir untuk dia merintih kepada Tuhan di hadapan dunia.
Saya tidak akan ulas penghakiman hari ini secara terbuka. Saya tahu had saya sebagai seorang rakyat biasa. Pendapat saya dalam penghakiman hari ini hanya akan disalurkan pada tempatnya
Tetapi saya hairan dengan sikap sebahagian PH yang berjenaka dengan sumpah Najib kepada Tuhannya. Konon ini sumpah buaya. Ini sumpah yang tiada harga.
Jika kita lupa, saya nak ingatkan semua:
Sumpahnya yang pertama juga berlaku ketika dia tiada apa-apa untuk dibuktikan. Tetapi selepas itu Latheefa Koya kehilangan jawatan, kerajaan PH tumbang dan Mahathir terlucut daripada kekuasaan.
Saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas sumpah kali keduanya hari ini.
Tetapi saya tahu. Jika dia benar-benar teraniaya, maka Zat yang Maha Berkuasa tidak akan meninggalkannya begitu sahaja.
Selamat berjuang DS Najib.
Sesungguhnya naikmu tidak memijak lawan. Dan jatuhmu tidak mengheret kawan.
--
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini seorang hakim telah menjatuhkan hukuman ke atas Dato' Sri Najib.
Hakim ini telah mensabitkan kesalahan ke atas kesemua tujuh pertuduhan ke atas Dato' Sri Najib dan menyatakan bahawa pada pandangannya pihak pembelaan telah gagal mewujudkan sebarang syak dalam hujah-hujahnya.
Dalam penghakimannya, beberapa asas dalam keputusan hakim tersebut adalah berdasarkan andaian-andaian dengan menggunakan ayat-ayat seperti "the inference is overwhelming" (kiasan atau andaian yang besar), "improbable" (kebarangkalian tidak benar), "too far fetched" (tidak boleh difikirkan"), dan sebagainya untuk menidakkan hujah pembelaan.
Saya serah kepada pakar-pakar undang-undang jenayah untuk menentukan sama ada andaian-andaian sebegini boleh digunakan sebagai asas untuk mensabitkan kesalahan dalam sesuatu kes jenayah.
Saya juga serah kepada para peguambela Dato' Seri Najib untuk mengulas lanjut berkenaan butiran penghakiman ini dari perspektif undang-undang jenayah dengan lebih terperinci.
........
Tidak spesifik kepada kes ini tetapi merujuk kepada sistem keadilan secara amnya, bagi saya dalam sesuatu kes jenayah, keputusan perlu dibuat berdasarkan "evidence" atau bukti dan bukannya "inference" atau andaian.
Sebab andaian seseorang manusia adalah berbeza-beza di antara manusia yang lain.
Oleh itu, jika bukti tidak kuat atau tiada, tidak boleh menghukum seseorang dengan berasaskan pelbagai andaian.
Ini untuk mengelakkan seseorang yang tidak bersalah dianiaya dan dihukum berdasarkan andaian dan bukannya berlandaskan bukti yang kukuh.
Dalam sejarah dunia, ramai pemimpin politik dan orang berpengaruh telah dihukum berdasarkan andaian dan fitnah kerana hasad dengki seteru politik mereka yang berkuasa.
Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Alexander Solzhenitsyn, Sir Walter Raleigh, Alcamenes dan lain-lain telah dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihukum penjara secara tidak betul kerana politik.
Jika perkara ini berlaku sekarang terutama di negara ini, ia perlu ditentang dengan perjuangan yang gagah dan istiqamah.
........
Saya percaya yang Dato' Sri Najib mempunyai asas yang kuat dalam rayuan kepada Mahkamah Rayuan kelak.
Saya akan terus berdiri teguh bersama-sama Dato' Sri Najib dalam meneruskan perjuangan ini untuk mencari keadilan dan menegakkan kebenaran.
ISHAM JALIL
28 Julai 2020
https://www.facebook.com/220524935369705/posts/771398093615717/?d=n
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ringkasan rangkuman berita sepanjang 28 Julai 2020 :-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ringkasan rangkuman berita sepanjang 28 Julai 2020 :-
- Terima kasih la, dulu kuat lawan PH sampai jadi menteri, Najib sindir KJ | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/terima-kasih-la-dulu-kuat-lawan-ph-sampai-jadi-menteri.html
- Najib sumpah tak tahu RM42 juta depan hakim | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/najib-sumpah-tak-tahu-rm42juta-depan-hakim.html
- Hakim benar tangguh hukuman, ikat jamin Najib dinaikkan RM1 juta | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/hakim-benar-tangguh-hukuman-ikat-jamin-naik-1juta.html
- Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/najib-dipenjara-12tahun-denda-rm210juta.html
- Kes Najib: Zahid gesa penyokong UMNO bertenang | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/kes-najib-zahid-gesa-penyokong-umno-bertenang.html
- Penyokong Najib emosi selepas mahkamah umum Najib bersalah | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/penyokong-najib-emosi-selepas-umum-najib-bersalah.html
- Syabas, berbaloi, kata Rafizi selepas mahkamah isytihar Najib bersalah | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/syabas-berbaloi-rafizi-najib-salah.html
- Penyokong Najib badut, bodoh – Cucu Dr M | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/penyokong-najib-badut-bodoh-cucu-dr-m.html
- Prosiding hukuman terhadap Najib ditangguhkan 2 petang ini | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/prosiding-hukuman-najib-tangguh-2pm.html
- Nabi bukan pelarian, Menteri Agama bidas Mat Sabu | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/nabi-bukan-pelarian-menteri-agama-bidas-mat-sabu.html
- Amanah pecat Adun Sabak | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/amanah-pecat-adun-sabak.html
- Kes SRC : Najib didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan – Hakim | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/kes-src-najib-didapati-bersalah-7pertuduhan.html
- Pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah, kata mahkamah | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/pasukan-pembelaan-najib-gagal-timbulkan-keraguan.html
- Kronologi kes SRC | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/kronologi-kes-src.html
- Najib tiba di mahkamah, penuh dengan ribuan penyokong | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/najib-tiba-di-mahkamah-penuh-dengan-penyokong.html
- Ahmad Maslan, Asyraf Wajdi, Ahmad Razif tiba di mahkamah beri sokongan Najib | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/ahmad-maslan-asyraf-wajdi-ahmad-razif-tiba-mahkamah-sokong-najib.html
- Kes Najib: Orang ramai mula berkumpul di luar mahkamah | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/kes-najib-orang-ramai-mula-berkumpul-luar-mahkamah.html
- Saksi mengaku tidak dapat sebarang projek dari Zahid | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/saksi-mengaku-tak-dapat-projek-zahid.html
- Saya dapat pahala,” kata saksi kes Zahid | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/saya-dapat-pahala-kata-saksi-kes-zahid.html
- [LIVE] Persidangan Dewan Rakyat 28 Julai 2020 | Sesi Pagi | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/live-persidangan-dewan-rakyat-28julai-pagi.html
- [LIVE] Persidangan Dewan Rakyat 28 Julai 2020 | Sesi Petang | https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/live-persidangan-dewan-rakyat-28julai-petang.html
Telegram : t.me/cincanews
Facebook : facebook.com/cincanews
No comments:
Post a Comment