Melayu Bersatu Islam Berdaulat : Penyatuan Ummah 2018
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Penyatuan Ummah adalah satu perkara yang menjadi keutamaan dalam Islam. Islam tidak membeza-bezakan di antara satu dengan yang lain. Hanya mereka yang bertakwa, beriman dan beramal soleh serta ikhlas beribadat khusyuk dan tawaduk akan mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah s.w.t.
Kekukuhan tali persaudaraan sesama Muslim akan memberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran musuh-musuh Islam yang sentiasa menunggu peluang dan ruang bagi merobek-robek dan memecah belahkan tali persaudaraan sesama insan.
Tiga persoalan utama ini haruslah sentiasa bermain di fikiran kita semua berulang kali agar kita terus bertindak positif pada masa yang akan datang.
• Tidakkah kita lupa bahawa kita pernah menjadi bangsa yang begitu mudah dipermainkan oleh penjajah-penjajah asing?
• Adakah kita masih sanggup melihat masa depan generasi yang kita tinggalkan akan kembali semula dipermainkan seperti yang pernah berlaku kepada nenek moyang kita yang terdahulu?
• Masihkah perlu kita mengekalkan perbezaan kita masing-masing sehingga membuatkan kita sukar untuk ketepikan perbezaan tersebut demi untuk penyatuan ummah?
Keruntuhan Ummah adalah disebabkan perbezaan pendapat dan perbalahan yang tidak berakhir dengan mendapatkan kata sepakat yang baik. Seperti kata pepatah Melayu, 'Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh', dan juga 'Sepakat Membawa Berkat'.
Marilah kita semua menghayati semula perjuangan nenek moyang kita dahulu yang sanggup mempertahankan agama Islam, agar agama ini terus berterusan menjadi agama yang kekal dianuti oleh generasi depan hingga ke Hari Kiamat. Selain itu, kita juga haruslah menghayati semula perjuangan Rasulullah s.a.w. yang berjaya mempersatukan kaum Ansar dan Muhaijirin di Madinah iaitu sebaik sahaja Madinah dibina sebagai Kota Muslim yang pertama selepas kerasulan Baginda Rasulullah s.a.w.
Sekiranya kita berpandukan kisah-kisah tersebut itu tadi, ini bermakna kita telah membina kekuatan dalam tentang pentingnya kesatuan umat dan memperkuatkan lagi tali persaudaraan sesama Muslim. Lupakan sahaja persengketaan dan bina semula kekuatan untuk berkumpul sebagai sebuah umat yang sepakat dalam apa juga isu yang timbul. Tanpa mengambil kira persoalan yang remeh temeh hingga memutuskan ikatan persaudaraan maka tunggulah masa yang akan tiba. Masa yang bakal tiba untuk bangkit kembali bersinar mematahkan serangan-serangan luar musuh-musuh Islam yang kekal untuk berperang dengan golongan Muslim. Golongan musuh-musuh ini tidak akan berpuas hati dengan orang Muslim sehinggalah kita keluar daripada jalan yang lurus ini (Agama Islam) iaitu jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Sebagai penutup, untuk melanjutkan lagi perbincangan dan penulisan kata-kata semangat di ruang ini, maka di sini dikongsikan segala maklumat dan info yang penting buat renungan dan tatapan semua pembaca di sini. [melalui Saluran Maklumat di Telegram ini, t.me/InfoProdukMuslim dan ini, https://t.me/joinchat/Ahd_3FKfSdexaCy1UV7v1A]
Segala penulisan yang dikongsikan di sini adalah bertujuan untuk menyedarkan semua pihak. Ini adalah kerana untuk memberikan semangat kepada kita semua agar bangkit menjadi sebuah bangsa yang bermaruah di bawah kalimah "Tiada tuhan yang melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap penulisan akan di sini, [https://t.me/joinchat/Ahd_3FKfSdexaCy1UV7v1A] bahagikan kepada 4 kategori utama iaitu :-
• Kategori A : Bahan-bahan Arkib Sejarah
Koleksi yang berbentuk penulisan, gambar ataupun dalam bentuk audio dan video. Bahan-bahan ini merupakan arkib sejarah yang dicatatkan secara maklumat rasmi seperti di dalam catatan bertulis yang diiktiraf daripada sudut kajian ilmiah
• Kategori B : Bahan-bahan Sejarah Tambahan
Koleksi yang berbentuk penulisan, gambar ataupun dalam bentuk audio dan video. Ini adalah juga merupakan bahan-bahan yang berfakta, akan tetapi tidak direkodkan secara rasmi dalam bentuk kajian ilmiah.
• Kategori C : Kisah-kisah Akhir Zaman
Koleksi yang berbentuk penulisan, gambar ataupun dalam bentuk audio dan video. Ini adalah juga merupakan bahan-bahan yang merujuk kepada dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang Muslim yang beriman, kita wajib mempercayai adanya Hari Kiamat. Kepercayaan kepada Hari Kiamat adalah merupakan salah satu rukun di dalam Rukun Iman.
• Kategori D : Teori Konspirasi / Isu-isu Semasa
Koleksi yang berbentuk penulisan, gambar ataupun dalam bentuk audio dan video. Ini adalah bukan merupakan bahan-bahan yang berfakta, akan tetapi kebanyakannya bahan-bahan yang direkodkan ini mempunyai kebetulan dan kesinambungan berkenaan peristiwa yang berlaku masa kini. Bahan-bahan bacaan ini boleh juga dikategorikan sebagai bahan-bahan perkongsian artikel-artikel yang terancang sejak dahulu sehingga telah berkesan pada hari ini tanpa kita sedari.
Semoga perkongsian berkenaan dengan maklumat yang dikongsikan di ruangan ini dapat memberikan manfaat dan panduan buat semua pada masa depan.
Sebagai peringatan, kita telah pun berada pada sisi menjelang Fasa Akhir Zaman. Maka, seharusnyalah kita mengambil berat berkenaan segala perkara yang berlaku di sekeliling kita setiap hari supaya kita tidak menjadi seperti peribahasa, "katak di bawah tempurung". Sekian, wassalam.
#info #prakata #pengenalan #pejuang #muslim
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makluman Untuk Semua
Anda boleh sertai mana-mana pautan Telegram yang disediakan kerana info diposkan dan dikemaskinikan di sini.
Di sini, adalah saluran bagi ahli yang berminat untuk membaca dan dapatkan maklumat.
Anda boleh sertai saluran info di :-
1. Kempen Beli Produk Muslim [t.me/InfoProdukMuslim]
Antara info-info yang dikongsikan di sini :-
• Produk-produk Keluaran Muslim
• Kisah-kisah Berbentuk Motivasi
• Koleksi Video Kuliah-kuliah Agama
2. Kumpulan Penyatuan Ummah 2018 [https://t.me/joinchat/Ahd_3FKfSdexaCy1UV7v1A]
Antara info-info yang terkandung di sini :-
• Kisah-kisah Akhir Zaman
• Bahan-bahan Arkib Sejarah
• Cerita-cerita Konspirasi Politik di Seluruh Dunia
#info #channel #telegram #muslim #intro
No comments:
Post a Comment