Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 25 July 2020

KESAN JANGKA....

Mesej yang tular di kumpulan-kumpulan media sosial termasuk WhatApp

KESAN JANGKA PANJANG 'TEMBAK' DI KEPALA

Adakah Infra Red scanner berupaya memberikan kesan buruk kepada otak sekiranya terlalu kerap digunakan dalam jangka masa panjang? Sama-sama kita fikirkan.

KURANGKAN SCAN SUHU DI KEPALA


Sedang tular di WhatsApp, audio yang mengatakan laser scan tembak di kepala (termometer infrared) boleh menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak. Ramai share di grup-grup sekolah anak-anak.

Fakta dalam audio itu boleh dipertikai kerana terdapat kesilapan dalam kefahaman tentang mekanisme peranti itu menyukat suhu.

Pertama : Tiada pancaran laser yang dikeluarkan oleh peranti termometer infrared. Malah termometer infrared tak memancarkan apa-apa. Tubuh kita yang memancarkan infrared, dan infrared itu dibaca oleh termometer. Bukan sebaliknya.

Kedua : Sesetengah termometer infrared memancarkan cahaya merah, itu adalah lampu untuk menanda di permukaan mana suhu diimbas. Cahaya ini tidak bertenaga tinggi dan tidak  menembusi kepala sehingga ke dalam otak.

Ketiga : Audio itu mencadangkan agar suhu di imbas di nadi pada tangan. Ini tidak mengikut saranan pembuat  peranti. Peranti itu dicipta dan diselaraskan untuk baca suhu pada dahi, maka lebih tepat jika kita guna di dahi. Jika guna di tempat lain, maka ada ralat.

Keempat : Pada tahun 2012, KKM telah melakukan penilaian terhadap peranti termometer infrared jenis menyukat suhu di gegendang telinga dan di dahi. Penilaian itu mendapati, tiada bukti peranti berkenaan mendatangkan mudarat.

Kesimpulan : Kekhuatiran, penjelasan dan saranan berkaitan termometer infrared yang terdapat dalam audio yang sedang tular di media sosial itu, tidak berpandukan fakta yang sahih. Penyebarannya perlu dihentikan.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...