Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 12 September 2021

Aku & Vaksin

AKU & VAKSIN


Road To Herd Immunity, "My Sejahtera Way" by Azman Naim 44 Mantra

Aku sebelum ini pernah meneliti segala maklumat yang aku boleh capai sejak bermulanya penyebaran Wabak Covid-19 di Malaysia. Pelbagai teori yang kemukakan sejak bermulanya pandemik ini sehinggalah timbul isu vaksin. Aku lihat masyarakat di Malaysia ini telah berbelah bagi sama ada perlu menerima vaksin ataupun menolak.

Para pengkaji teori konspirasi banyak mengaitkan isu vaksin ini adalah satu agenda jahat daripada para konspirator dunia yang mahu menegakkan New World Order (NWO). Ini adalah salah satu antara dakwaan daripada mereka untuk menegakkan hujah mereka. Selain itu, antara hujah lain yang popular dikaitkan juga dengan permulaan kepada Pandemik Covid-19. Hmmm, entahlah.

Kita tidak menafikan bahawa, pada permulaan penularan wabak ini, kita sama-sama dapat mengekang dan membantu di pihak kerajaan dalam usaha mencegahnya. Akan tetapi, episod baharu bermula selepas Pilihanraya Negeri Sabah (PRN). Ini telah menyebabkan perubahan drastik hidup masyarakat di Malaysia. Permulaan hidup Norma Baharu bermula dari sini...

Rakyat Malaysia telah pun dapat menilai dan mereka juga cepat meletakkan keputusan untuk membetulkan langkah yang telah silap dibuat. Bukan sahaja mereka, tapi kita semua menolak sekiranya terlibat mana-mana individu yang tidak mematuhi garis panduan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Rakyat menanggung beban, tapi mereka yang tidak mematuhi SOP tersebut masih bebas. Tapi perkara ini tidak berlangsung begitu lama.

Tuhan itu Maha Adil. Dia mendengar keluhan yang telah diluahkan oleh insan-insan yang beriman dan beramal soleh. Setiap doa yang dipanjatkan dimakbulkan oleh Nya. Bukankah, selemah-lemah iman bagi seorang Muslim ialah dengan berdoa? Alhamdulillah, aamiin. Kita kini berada dalam Fasa Baharu, iaitu Fasa Keluarga Malaysia. Sudah kurang kedengaran perkataan seperti 'Kita Jaga Kita'. Akan tetapi kibaran Bendera Putih masih berlangsung tapi kesedaran daripada pihak masyarakat yang bertanggungjawab adalah penting dengan tidak meminggirkan golongan yang memerlukan bantuan. Alhamdulillah, aamiin.

Berbalik kepada isu vaksin, pada diri aku, aku telah pun mengambil keputusan untuk mengambil keputusan yang berat ini. Walaupun banyak perkara yang negatif ini dapat aku baca dan dengar daripada pihak di sebelah sana, namun keputusan haruslah dibuat demi masa depan aku dan juga keluarga yang aku tanggung iaitu isteri dan anak-anak aku. Aku yakin, jodoh, rezeki dan kematian adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Aku tidak peduli semua perkara yang mereka cuba kaitkan lagi iaitu ambil vaksin tak lama lagi akan mati. Aku tidak nafikan dalam diri aku sudah mula ada petanda menjadi pesakit yang mengalami darah tinggi dan juga diabetes (kencing manis), walaupun dalam garisan sempadan (borderline).


Aku telah berdaftar untuk menerima vaksin dalam MySejahtera

Aku  perhatikan juga keadaan kepada kedua-dua orang tua aku, iaitu Abah dan Mak aku. Mereka sudah tentulah menjadi golongan yang mudah terdedah kepada kesan selepas penerimaan vaksin. Mereka adalah termasuk dalam kategori yang aku sebutkan tadi iaitu, golongan yang sudah pun mempunyai simptom darah tinggi dan kencing manis. Mereka telah pun menerima dos 1 pada awal bulan Mei dan pada bulan Jun 2021 mereka telah pun lengkap dengan 2 dos vaksin. Mereka telah menerima vaksin daripada jenis Pfizer

Tarikh pendaftaran kali pertama dalam MySejahtera pada 10 Mei 2021

Sejak dari itu, sehinggalah ke hari ini tiada simptom-simptom yang negatif kepada mereka. Sedangkan para anti vaksin menegaskan bahawa vaksin yang dihantar ke seluruh dunia masih lagi dalam fasa ujian klinikal. Manusia yang mula-mula menerima vaksin untuk dos 1 dan dos 2 adalah seperti tikus makmal dan hanya menunggu keputusan akhir keberkesanan vaksin yang digunakan. Ini adalah dakwaan mereka. Akan tetapi, sehingga ke hari ini, tiada simptom yang negatif kepada diri mereka iaitu Mak dan Abah aku sendiri. Alhamdulillah, aamiin. Allah Maha Berkuasa kepada makhlukNya.

Penerimaan SMS untuk temujanji kali pertama pada 08 Ogos 2021

Walaupun aku telah pun mendaftarkan diri secara sukarela untuk menerima vaksin sebagai imunisasi aku terhadap wabak Covid-19 ini, namum masih belum terima vaksin. Aku daftar pada Mei 2021 yang lepas. Akan tetapi, apabila mendapat tahu bahawa yang masih belum dapat vaksin ini boleh mendaftar sekali lagi untuk mempercepatkan proses tersebut. Kini, aku telah pun mendapat temujanji pada 11 Ogos 2021 yang lepas untuk dos yang pertama. Aku terima vaksin Pfizer. Anda boleh rujuk seperti langkah-langkah di bawah ini :-

𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡

Yang dah lama daftar vaksin tapi masih tak dapat lagi tarikh, buka app MySejahtera dan cuba cara ini :

  1. Klik pada ‘Covid-19 Vaccination
  2. Pilih ‘Vaccine Information
  3. Pilih ‘Helpdesk’ kemudian tekan ‘Start
  4. Scroll paling bawah sekali dan pilih ‘Other Queries?
  5. Kemudian pilih ‘Other Issues’ 
  6. Dekat ruang kosong tu tulis dah register sejak bulan berapa, dan masih belum dapat appointment pada tarikh hari ni. 
  7. Kemudian tekan “Submit
Dah dapat result 3 hari lepas tu..cuba share result korang ye. Selamat mencuba.

Tarikh temujanji untuk Dos 1 pada 11 Ogos 2021

Menunggu giliran untuk menerima Dos 1

Angka giliran yang aku dapat pada ketika itu

Berkumpul di sini terlebih dahulu untuk pengesahan penerimaan vaksin

Berbalik semula kepada kisah aku menerima vaksin tadi. Bohonglah kalau tak ada rasa gentar dalam diri. Baca bermacam-macam info yang menakutkan daripada para anti vaksin buatkan aku rasa gementar. Aku bukannya tidak pernah menerima vaksin, kerana sejak kecil lagi aku telah pun mengikuti jadual yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Mak dan Abah aku tak pernah terlepas semua program imunisasi yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Cuma pada masa kini, era Pandemik Covid-19 badan manusia yang hidup pada zaman ini memerlukan lagi vaksin tambahan untuk menghalang penularan wabak ini daripada merebak lagi. Ini adalah realiti kehidupan kini.

Selesai menerima dos 1

Selepas menerima dos yang pertama, tiada tanda-tanda negatif dalam diri aku. Aku pun tunggu sehingga dalam tempoh 2 minggu. Perkara yang aku alami ialah terasa lenguh-lenguh pada lengan sebelah kanan aku. Aku memang memilih untuk diberikan suntikan vaksin pada tangan kanan aku. Ini adalah kerana aku nak elakkan daripada tangan kiri aku menerima vaksin. Aku adalah manusia yang bertangan kidal iaitu menggunakan tangan kiri aku untuk menulis. Tapi perlu diingat, walaupun aku guna tangan kiri aku masih menggunakan tangan kanan untuk menyuapkan nasi dalam mulut.


Tarikh temujanji untuk Dos 2 pada 01 September 2021

Aku semak semula dalam aplikasi MySejahtera aku. Kini, untuk penerimaan dos kedua pula tarikhnya ialah pada 01 September 2021, iaitu sehari selepas tarikh Kemerdekaan Malaysia, 31 Ogos. Tempat untuk penerimaan masih sama cuma tempat aku ialah di Hospital Swasta, di Anson Bay Medical Centre. Jam pertemuan masih lagi ditetapkan pada pukul 10.30 pagi.

Menunggu giliran untuk menerima Dos 2

Pada pertemuan kali kedua, aku tidak perlu untuk tandatangan untuk mengesahkan bahawa aku menerima vaksin secara sukarela. Perkara ini telah diselesaikan pada pertemuan untuk dos yang pertama. Memang pada pertemuan kali kedua ini, aku lihat semakin ramai manusia yang berpusu-pusu untuk mengambil vaksin tidak seperti sebelum ini. Mungkin kesedaran tentang isu vaksinasi telah pun mula timbul di dalam masyarakat setempat di kawasan tempat tinggal aku. Siapalah yang boleh bertahan sahaja duduk di dalam rumah tanpa menerima vaksin. Tanpa vaksin memang tidak boleh ke mana-mana tempat awam. 

Angka giliran yang aku dapat pada ketika itu

Pada kali ini, aku fikir doktor yang memberikan vaksin kepada aku adalah bukan Muslim. Tidak seperti kali pertama yang berikan vaksin kepada aku ialah jururawat wanita Muslim. Sejuk hati aku apabila sebelum aku terima vaksin kali pertama, dibacakan selawat supaya dipermudahkan urusan penerimaan dos pertama. Bagi dos kedua, aku sendiri yang baca selawat Nabi untuk diri aku sendiri supaya aku tidak gemuruh sepanjang proses sebab aku tahu yang bertugas itu bukan orang Muslim. Aku tak boleh nak elak untuk beritahu doktor yang bertugas supaya aku terima vaksin pada tangan kanan. Aku berbisik dalam hati aku untuk terima dan redha.


Saya telah divaksin

Selepas 2 hari menerima vaksin, aku telah pun mendapat kesan ke atas diri aku. Aku ada tengok dalam aplikasi MySejahtera sekiranya aku terima alahan ataupun kesan haruslah dilaporkan di dalam aplikasi tersebut. Namun aku menolak untuk menghantar laporan. Rasa nak demamlah untuk dos kedua ini. Dia sungguh berbeza berbanding dengan dos yang pertama. Aku pernah bagitahu hal ini kepada Mak aku. Aku rasa nak demam. Hmmm...

Mak aku membalas pertanyaan daripada aku bahawa dia tidak mempunyai sebarang kesan ataupun alahan seperti yang aku alami. Tapi aku tanya sekali lagi kepada mak aku, Mak terima dos kedua pada tangan yang berbeza ataupun sama? Mak aku jawab pada tangan yang sama. Aku bagitahu pada Mak aku semula yang aku terima dos kedua pada tangan kiri aku. Dos pertama pula pada tangan kanan aku. Mungkin ini antara kesan yang berlaku kepada mereka yang terima dos yang berbeza pada tangan mereka.

Sewaktu aku hampir rasa nak demam secara tiba-tiba, memang aku ambil masa 2 hari untuk berehat di rumah. Aku habiskan masa dengan berehat dengan tidur sahaja di rumah. Kebetulan aku berpuasa sunat seperti biasa pada hari Isnin dan Khamis. Pada hari Khamis 2 September 2021, aku perlukan minum air kelapa untuk kurangkan kesakitan dalam diri aku yang hampir-hampir untuk buatkan aku demam !

Saya telah lengkap menerima 2 dos vaksin

Alhamdulillah, aamiin. Pada hari yang kesepuluh, iaitu pada hari ini, 11 September 2021, aku tidaklah punyai simptom seperti demam. Akan tetapi kini aku menunggu masa untuk termasuk dalam kategori 'Fully Vaccinated'. Ini adalah kerana keadaan aku pada hari ini, masih lagi dalam keadaan 'Partially Vaccinated'. Tempoh untuk kiraan 'Fully Vaccinated' adalah dalam masa 2 minggu iaitu dalam tempoh 14 hari. Aku masih lagi menghitung hari dan selain daripada itu, aku perlu pantau keadaan semasa aku dalam tempoh tersebut.


COVID-19 VACCINATION CONSENT FORM

Sebelum aku terlupa, kepada mereka yang masih lagi ragu-ragu dengan vaksin ini, anda semua haruslah buat pengesahan di hadapan doktor sekiranya anda mempunyai penyakit yang berkaitan. Tanpa pengesahan tersebut ianya akan menimbulkan kesulitan kepada anda pada kemudian hari. Sekiranya anda ada penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis, ini adalah mungkin antara penyebab badan tidak boleh menerima vaksin sepenuhnya. Ini adalah pendapat peribadi saya. Pengesahan yang lebih tepat adalah daripada nasihat doktor yang pakar dan bertauliah.

Akhir sekali, sekiranya anda tidak mengambil ubat-ubatan moden atas nasihat doktor, anda boleh juga mengambil nasihat daripada perubatan alternatif seperti perubatan Homopathy. In shaa Allah, aamiin, sekiranya kita berikhtiar, nescaya Allah s.w.t. akan membantu kita semua. Selagi ajal kita masih belum sampai, ini bermakna ada perkara yang haruslah kita selesaikan di dunia ini sebelum kita pergi Menghadap Ilahi. Sekian, terima kasih diucapkan kepada anda yang tekun membaca mesej daripada saya ini.

Sijil Digital Vaksin COVID-19

--------------------------------------------------------------------------

Di sini saya sertakan juga maklumat-maklumat yang berkaitan dengan isu yang saya bangkitkan yang terkini. Semoga info ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. In Shaa Allah, aamiin.

Ciri-ciri Baharu Dalam MySejahtera

Ciri baharu yang memaparkan status vaksinasi dan risiko di laman utama MySejahtera telah dilancarkan. Orang ramai akan mula menerima ciri ini secara berperingkat. 

Ini adalah salah satu daripada usaha untuk kita hidup dengan COVID-19 dengan lebih mudah.

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10158138708166237/

Berita Arkib : 02 September 2021

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap aplikasi MySejahtera bermula malam ini.

Katanya, antara penambahbaikan yang dilakukan ialah pengesanan untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.

Selain itu, kata beliau, daftar masuk pengguna pada skrin turut memaparkan status vaksinasi mereka.

Pasukan MySejahtera melakukan pembaharuan malam ini bagi memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka. Ini akan memudahkan hidup bersama Covid-19.

Ia akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Tambah Khairy, butang ‘daftar keluar’ disediakan untuk melengkapi fungsi ‘daftar masuk’ ke aplikasi itu.

Beliau berkata, ini bagi meningkatkan pengesanan kontak.

Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingat untuk check-out. Anda hanya perlu tekan butang – tidak perlu scan, ” jelasnya.

Kerajaan sebelum ini memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap divaksin termasuk di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beberapa langkah perlu dilakukan mana-mana individu yang lengkap divaksin untuk melakukan aktiviti yang dibenarkan.

Untuk rekod, seseorang individu dianggap telah diberi vaksin sepenuhnya 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan. – UTUSAN ONLINE

Kepada pengguna iPhone, korang boleh kemaskini MySejahtera sekarang.

Pergi ke App Store > Account (atas kanan) > Refresh (tarik ke bawah) > Kemaskini

Ada perubahan pada bahagian check in, paparan maklumat lebih mudah dan ringkas. Kini juga terdapat kemaskini bagi pengguna Android ye 😌😌😌.

MySejahtera akan ada fungsi baharu. Kemaskini yang. Disertakan sekali fungsi Check Out. Selain itu, ialah berkenaan dengan status vaksinasi dan juga Risiko sewaktu Check In. Tak perlu buka sijil bagai.

Ciri baharu yang memaparkan status vaksinasi dan risiko di laman utama MySejahtera telah dilancarkan. Orang ramai akan mula menerima ciri ini secara berperingkat. 

Ini adalah salah satu daripada usaha untuk kita hidup bersama COVID-19 dengan lebih mudah.

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10158138708166237/

Nota : MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGGUNA MYSEJAHTERA YANG SUDAH KENA UPDATE

Makluman kepada semua pengguna MySejahtera yang telah di update, pastikan anda semua tekan butang CHECK OUT setiap kali selepas anda Check in / Scan QR Code MySejahtera (kedai/premis yang kamu masuk). Selepas Check in & kamu keluar dari kedai, kamu mesti tekan butang Check Out (ada di bahagian tempat check in).

Kenapa? Sebab kalau kamu lupa tekan butang Check Out, kalau ada apa² laporan kes Jangkitan Covid di kedai atau tempat kamu masuk itu pada sepanjang masa kamu Check in, secara sendirinya kamu akan masuk dalam kumpulan Kontak BIARPUN ketika itu kamu sudah lama berada @ pulang ke rumah dan keadaan akan merumitkan kamu & mungkin terpaksa pegi swab test dan lain-lain.

🆙 INGATLAH 🆙

Sebarkan ke mana² group, bagi penekanan sebab ada yang memang lupa & tidak peduli. Ini adalah peringatan bersama, pastikan semua kita tahu. Pastikan CHECK OUT lepas Check in seperti biasa (Check out waktu keluar kedai, bukan waktu yang masih berada dalam kedai).

Sekian & harap maklum 😊

Tarikh : 08/09/2021 

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10221092926968422&id=1101123111

Tepat pada tanggal 16 September 2021, selepas lengkap menerima 2 dos, status telah dikemaskinikan kepada "Fully Vaccinated" dalam MySejahtera.

Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan perlindungan daripada Allah s.w.t. Aamiin 🤲

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10221125404980352&id=1101123111

Antara maklumat-maklumat tambahan dalam bentuk video rujukan buat semua pembaca :-


PENGALAMAN YANG SAYA ALAMI SENDIRI


Pengalaman daripada salah seorang YouTuber dari Indonesia. Di bawah ini adalah pendapat salah seorang netizen dari Indonesia berkenaan dengan isu ini.


Dari Mana Datang Cerita Ivermectin Ni?


Benda dah approve tak percaya, yang tak approve juga yang dicari. Padahal dua-dua datang daripada makmal kot.

Betui Ka Lepaih Cucuk Boleh Jadi Magneto?


Lepaih geram betui ni.


Kenapa AntiVaksin Menolak Vaksin

Deskripsi daripada APHD Channel : Kenapa AntiVaksin Menolak Vaksin
Sejak seabad yang lepas, menyaksikan kemunculan pelbagai penyakit disebabkan virus influenza, manakala pandemik Covid-19 benar-benar merubah keseluruhan kehidupan manusia. Usaha mencari penawar kepada wabak adalah seiring dengan kefahaman penyelidik tentang penyakit, didorong oleh kerjasama saintis bersama pakar dalam bidang seperti perubatan, biologi, teknologi maklumat, kecerdasan buatan (artificial learning), dan data analisis. Sebelum ini, vaksin terakhir yang dihasilkan untuk penyakit berjangkit beguk (mumps) yang disebabkan oleh virus bergelar ‘Paramyxovirus’ pada awal 1960an mengambil masa selama 4 tahun. Akan tetapi disebabkan pandemik Covid-19 ialah merupakan kecemasan global, dan dengan sumber yang mencukupi, ramai saintis yang dapat menghasilkan vaksin secepat mungkin yang menjadi faktor utama penolakan terhadap vaksin Covid-19. Jadi dalam video kali ini kita akan melihat mengenai fenomena anti-vaksin yang sedang tular di peringkat global. Teruskan menonton

--------------------------------------------------------

Penutup : Peristiwa Bersejarah Buat Seluruh Rakyat Malaysia Dalam Menghadapi Covid-19 Pada 11 Oktober 2021


Pergerakan rentas negeri DIBENARKAN bagi yang lengkap divaksinasi
Berkuatkuasa 11 Oktober 2021


Tahniah Keluarga Malaysia ! 90% populasi dewasa lengkap divaksinasi


Pemansuhan MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memudahcara pergerakan rakyat Malaysia ke luar negara
Berkuatkuasa 11 Oktober 2021

--------------------------------------------------------------------------

Antara berita-berita menarik yang berkaitan dengan isu ini :-

Kompaun menanti individu belum vaksin rentas negeri Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my October 11, 2021 @ 2:53pm Kuala Lumpur: Polis akan mengeluarkan kompaun kepada individu belum divaksin, yang didapati melakukan rentas negeri susulan kebenaran aktiviti itu oleh kerajaan bermula hari ini. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan tegas itu akan diambil menerusi pemeriksaan pasukan pemantau di lokasi tumpuan orang ramai seperti kawasan Rehat dan Rawat (R&R). Menurutnya, polis akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, selain memastikan tiada individu belum menerima vaksin Covid-19 mengambil kesempatan. "Kerajaan umum mereka yang mahu merentas negeri perlu lengkap vaksin, maka mereka perlu patuhi perkara itu. "Polis tidak akan beri amaran lagi sebaliknya terus keluarkan kompaun kepada mereka yang rentas negeri tanpa vaksinasi lengkap," katanya ketika dihubungi hari ini. Selain pemantauan di kawasan R&R, Hazani berkata, polis turut melakukan pemantauan di pusat beli-belah dan tempat tumpuan awam. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi yang berkuat kuasa hari ini. Pada sidang media itu, Ismail Sabri berkata, pemeriksaan SOP tetap dilaksanakan pihak berkuasa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Disiarkan pada: October 11, 2021 @ 2:53pm #KualaLumpur #IUCNorthernNews https://t.co/ZuIN3W0Ez4


Penularan kes COVID-19 semakin pulih PUTRAJAYA: Penularan virus COVID-19 sejak kebelakangan ini dilihat semakin pulih, sekali gus menunjukkan negara kini bersedia memasuki fasa endemik. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan positif itu dapat dilihat menerusi purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital. Memperincikan perkara itu, beliau berkata, secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati trend yang menurun sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34 bagi indikator utama seperti kes harian, kes aktif, kematian, kes di unit rawatan rapi (ICU) dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan. "Pada ME ke-40 iaitu dari 3 hingga 9 Oktober lalu, terdapat sebanyak 63,722 kes COVID-19 yang dilaporkan berbanding ME ke-39 iaitu 83,368 kes dengan sejumlah 23.6 peratus. "Penurunan ini juga berlaku secara konsisten sejak enam minggu kebelakangan (ME ke-34) iaitu sebanyak 133,806 kes aktif dilaporkan pada ME ke-40 (penurunan 21.0 peratus berbanding ME ke-39). "Selain itu, bagi kes kematian terdapat 700 kes kematian dengan purata 100 kes kematian sehari pada ME ke-40 (penurunan 50.2 peratus berbanding ME ke-39); 778 kes yang memerlukan rawatan di ICU (penurunan 9.0 peratus berbanding ME ke-39); 331 kes yang memerlukan bantuan pernafasan (penurunan 11.2 peratus berbanding ME ke-39) dan penurunan nilai kebolehjangkitan (Rt) sebanyak 0.2 peratus bagi setiap hari," katanya dalam kenyataan, hari ini. Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah pengesanan kluster turut menunjukkan penurunan iaitu 79 kluster yang dilaporkan dalam ME ke-40 dan daripada jumlah itu, terdapat penurunan sejumlah 21 kluster berbanding ME ke-39 (penurunan 21.0 peratus). "Ia merangkumi 34 kluster (54.4 peratus) adalah di tempat kerja, 25 kluster komuniti (31.7 peratus), enam kluster kumpulan berisiko tinggi (7.6 peratus) dan lima kluster keagamaan (6.3 peratus)," katanya. Bagi program vaksinasi pula, Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam, sejumlah 24,963,595 individu sudah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi. "Sebanyak 90.0 peratus daripada populasi dewasa sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap, manakala sebanyak 65.2 peratus daripada keseluruhan penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap," katanya. Mengenai kapasiti katil di hospital, beliau berkata, sejak penularan COVID-19 di negara ini, sebanyak 16,199 katil wad biasa dan 1,514 katil wad ICU diperuntukkan bagi merawat pesakit COVID-19. "Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 8,164 katil yang digunakan sepanjang ME ke-40 berbanding minggu sebelumnya (penurunan lima peratus); sebanyak 16,912 katil digunakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan terdapat penurunan tiga peratus berbanding minggu sebelumnya. "Bagi katil ICU, penggunaan adalah sebanyak 831 katil (penurunan tujuh peratus berbanding ME ke-39), sebanyak 1,267 alat bantuan pernafasan awam digunakan (penurunan tiga peratus daripada minggu sebelumnya)," katanya. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/875067/penularan-kes-covid-19-semakin-pulih

Kes harian COVID-19 menunjukkan trend pemulihan - Dr Noor Hisham

Hilmi Malik
Oktober 11, 2021 19:30 MYT

KUALA LUMPUR : Penularan wabak COVID-19 di Malaysia sedang menuju ke arah pemulihan apabila pelbagai petanda positif semakin kelihatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, indikator tersebut boleh dilihat menerusi aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital.

Menurut Dr Noor Hisham, senario itu juga memberi bayangan bahawa negara bakal bersedia untuk memasuki fasa endemik.

Kata beliau, secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati trend menurun sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34 bagi indikator utama seperti kes harian, kes aktif, kematian, kes ICU dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat sebanyak 63,722 kes COVID-19 yang telah dilaporkan berbanding 83,368 kes yang dilaporkan pada ME ke-39 penurunan sebanyak 23.6 peratus.

Penurunan ini juga telah berlaku secara konsisten sejak enam minggu kebelakangan (ME ke-34),” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kadar kes kematian juga menunjukkan penurunan berbanding minggu-minggu sebelum ini yang mencatatkan purata 100 kes sehari.

Perkara itu juga, jelas Dr Noor Hisham, memberikan kesan kepada penggunaan fasiliti hospital yang turut mencatatkan penurunan.

KKM dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu selesa dengan keadaan ini selain perlu peka dengan situasi jangkitan COVID-19.

Kita wajar mengambil pengajaran daripada peristiwa kenaikan kes COVID-19 yang mendadak sebelum ini sehingga melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

Semua pihak perlu memainkan peranan yang penting bagi bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia,” katanya lagi

#AWANI745 #HapusCOVID19
#IUCNorthernNews

--------------------------------------------------------------------------

Keterangan gambar 1 : Sila bikin DIALOG .. hee #gBAp https://www.facebook.com/1083482144/posts/10223254079035285/

Keterangan gambar 2 : Bila laaaa nak up sampai 90%...ramai yang dah standby ini... Hat yang dukung anak itu pun...sabaq la sat...😅 https://www.facebook.com/100002265854823/posts/4404827539602731/

Keterangan gambar 3 : Jaga diri komer semua.. Selamat pulang ke kampung halaman... Jaga SOP.. InshaAllah.. Didoakan yg baik2 saja utk komer semua... https://www.facebook.com/100000941267097/posts/6311251818916131/

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t.

Sedikit perkongsian pada hari ini, 24 Januari 2022.

Pada 03 Disember 2021 yang lepas, telah diwar-warkan berkenaan dengan Vaksin Dose Penggalak (Booster Dose) di Facebook untuk Hilir Perak & Bagan Datuk secara walk-in. Pada ketika itu, saya tidak berhasrat lagi untuk ambil dos ketiga kerana saya mengalami sedikit masalah kesihatan sewaktu menerima dos kedua (01 September 2021). 

Akan tetapi, pada awal tahun baru 2022 (02 Januari 2022), info Dose Penggalak sekali lagi diwar-warkan. Kali ini melalui Facebook rakan karib saya yang bekerja dengan Jabatan Penerangan Perak. Saya terus menerima maklumat tersebut untuk mendapatkan Dos Ketiga (Dos Penggalak). Dos yang saya terima ini masih sama seperti sebelum ini iaitu Pfizer. 

Alhamdulillah aamiin. Saya tidak menerima simptom yang negatif seperti sebelum ini sewaktu menerima dos ketiga. Cuma selepas menerima dos ketiga ini, saya dikehendaki kuarantin selama 2 minggu disebabkan kontak rapat dengan isteri saya, ⁨Aini Binti Mohamed Shariff⁩. Alhamdulillah aamiin dengan izin Allah s.w.t. beserta dengan doa daripada para sahabat dan rakan-rakan saya, saya masih sihat seperti biasa. Alhamdulillah aamiin." Sekian.

Sila rujuk kepada maklumat yang dikongsikan di sini. Harap maklum.


Booster / Dose Penggalak secara Walk-in di semua Klinik Kesihatan Hilir Perak & Bagan Datuk



Sila ambil perhatian untuk Dose Penggalak (Dos Ketiga) Booster Walk-in



Gambar : Booster Dose Pfizer Walk-in
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum w.b.t.

Sedikit perkongsian pada hari ini (17 Januari 2022) tentang status keadaan kesihatan saya yang terkini.

" Alhamdulillah, aamiin. Terima kasih semua kerana mendoakan saya. Saya telah diklasifikasikan dalam kategori bagi kontak rapat untuk klausa Seksyen 15 (1) melalui pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya telah pun dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital 🏥 sekiranya saya mempunyai gejala seperti batuk dan selsema."

Sila rujuk kepada maklumat yang dikongsikan di sini. Harap maklum.

Jagalah Hati | 14 Hari Kuarantin | Serkap Jarang

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Virus, Vaksin dan Mikrocip

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/09/virus-vaksin-dan-microchip.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...