Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 14 September 2021

13 September 2021


Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010 
(6 Safar 1431 Hijriah)

Hari ini (13 September 2021) merupakan cuti umum buat Johor. 

Cuti umum ini bukan kerana meraikan kejayaan pasukan JDT menang 8 kali liga super berturut-turut, tapi cuti umum ini bertujuan sebagai tanda memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri Johor. 

Hari ini digelar sebagai Hari Hol.

"Hol" menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu membawa maksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. 

Dalam konteks negeri Johor, Hari Hol merupakan acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor.

Amalan ini telah dimulakan sejak tahun 1896 iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar ( Bapa Pemodenan Johor). 

Kebiasaanya, pada hari tersebut, aktiviti seperti bacaan doa, ziarah makam dan bacaan tahlil akan diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. Secara kebiasannya, majlis tersebut akan diadakan di makan Diraja yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru. 

Sultan Johor pula akan mengetuai kerabat lelaki baginda yang terdekat untuk menabur bunga serta menyiram wangian ke atas makam selepas bacaan doa oleh Mufti Johor. 

Namun pasti ada yang pelik. 

Kenapa disambut pada 13 September 2021 tahun ni sedangkan kemangkatan Sultan Johor sebelumnya iaitu Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail ialah pada 22 Januari 2010? 

Buat pengetahuan semua, hari Hol di Johor menggunakan kalendar Islam (hijriah) sebagai penentuan tarikh. 

Bermakna, dalam situasi sambutan hari Hol di Johor tahun ini iaitu pada 13 September 2021 adalah kerana tarikh tersebut jika ditukar kepada kalendar Islam ialah 6 Safar 1443. 

Tarikh yang sama apabila 22 Januari 2010 ditukar kepada kalendar Islam iaitu 6 Safar 1431 hijriah. 

Jadi jangan pelik kalau tarikh hol ini berubah-rubah kalau ikut kalendar masihi. 

Selain Johor, Pahang juga mempunyai Hari Hol mereka tersendiri. 

Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba datang ke Johor atau Pahang ada cuti umum dinamakan sebagai hari "Hol".  

Sekian. 

Semoga Allah Peliharakan Sultan. 

#uniknyamalaysia 

Kredit gambar 

📸 Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Maklumat Tambahan :

Haul pada istilah Bahasa bermaksud setahun. Dalam konteks Hari Haul pula ia membawa maksud suatu bentuk peringatan yang diadakan setahun sekali bertepatan dengan wafatnya seseorang yang ditokohkan oleh masyarakat, lebih-lebih lagi khusus untuk tokoh agama/ulama kenamaan.

Hari Haul ini lazimnya diadakan untuk tujuan yang penting iaitu mengenang jasa dan hasil perjuangan para tokoh terhadap masyarakat dan kemajuan agama Allah S.W.T. untuk dijadikan suri tauladan oleh generasi sekarang dan generasi akan datang.

Sambutan Majlis Hari Haul yang ke 26 Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haj Al-Ghaus, Al-Bikangi RA telah diadakan di kediaman beliau di Kampung Bikang, Lahad Datu, Sabah pada 21 Januari 2017.

Penduduk setempat dan juga dari Semenanjung Malaysia telah tidak ketinggalan untuk meyertai sambutan yang penuh keberkatan ini.

https://www.facebook.com/100001014815674/posts/4478760158834434/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

HARI HOL SEMPENA MEMPERINGATI KEMANGKATAN

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/06/hari-hol-sempena-memperingati.html

4 JUN 1895 : Maharaja Abu Bakar

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/06/4-jun-1895-maharaja-abu-bakar.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...