Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 14 September 2021

🔴 SAAT ALLAH S.W.T. MEMBERSIHKAN BUMINYA 100 TAHUN SEKALI 🔴

WABAK YANG TELAH MENYERANG MANUSIA SETIAP 100 TAHUN.

  1. 1720 : Wabak Bubonic - korban mangsa 50 juta manusia.
  2. 1820 : Cholera. Tanah Jawa sahaja korban mangsa 100,000 manusia. Hit Thailand, Indonesia dan Filipina.
  3. 1920 : Spanish Flu - korban mangsa 100 juta manusia di Eropah.
  4. 2020 : Wuhan coronavirus - jumlah sebenar korban mangsa sehingga hari ini - unknown yet.


▶️1720 - Plague

1720 - The Great Plague Of Marseille In this was the last significant European outbreak of the bubonic plague. It killed a total of 100,000 people in the city of Marseille, France.


▶️1820 - Cholera

1820 - The First Cholera Pandemic - By 1918, cholera had spread to Thailand, Indonesia and the Philippines. On the islan of Java alone, the outbreak caused the death of 100,000 people.


▶️1920 - Spanish Flu

1920 - The Spanish Flu - In 1918-1920, the world was faced with the influenza pandemic. It would be the first of two pandemcis to involve the H1N1 influenza virus

▶️ 2020 - Coronavirus (kini)

------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah Ringkas Selsema Sepanyol - The Spanish Flu (1920)

Pada akhir Perang Dunia Pertama, dianggarkan 50 -100 juta orang mati akibat selesema Sepanyol. Langkah penggunaan topeng adalah langkah yang berkesan mengelakkan dijangkiti selsema ini.

Pandemik selesema Sepanyol pada tahun 1918 -1920, telah menjangkiti kira-kira 500 juta orang, yang mana mewakili satu pertiga daripada populasi penduduk dunia dan membunuh sekitar 675,000 orang Amerika.

Penyakit ini mula disyaki di Haskell County, Kansas, pada Januari 1918. 

Pada 4 Mac 1918, tukang masak Albert Gitchell jatuh sakit di Fort Riley, Kansas, kemudian disahkan kerana penyakit ini. Menjelang tengah hari 11 Mac 1918, lebih 100 askar telah dimasukkan ke hospital.

Pada masa itu, tidak ada ubat atau vaksin yang berkesan untuk mengatasi wabak ini.

Penduduk Amerika diperintahkan untuk memakai topeng manakala sekolah, teater dan perniagaan ditutup.

Sumber designyoutrust.com & wikipedia

Foto yang diambil pada tahun 1918 kelihatan dua orang wanita sedang berjalan dengan memakai Mask muka disebabkan oleh wabak 'Spanish Flu'.

Spanish Flu yang bermula pada Januari 1918 sehingga Disember 1920 merupakan antara wabak penyakit terburuk dalam sejarah manusia.

Seramai 500 juta orang telah dijangkiti dan dianggarkan seramai 17-50 juta orang telah meninggal dunia disebabkan wabak ini.

Cara wabak ini dihentikan adalah dengan langkah Social Distancing.

Negara di dunia yang terjejas mula menutup sekolah, rumah ibadat dan tempat orang ramai berkumpul sehinggalah wabak ini perlahan lahan hilang. Walaupun ramai yang dijangkiti dan meninggal dunia, sangat difahami kerana teknologi masih belum 'advance' selain perubatan belum semaju sekarang dan hebahan sampai lambat kepada kawasan terjejas.

Namun langkah pencegahan masih sama. Social Distancing dan mengamalkan kebersihan diri pada tahap optimum.

Adakah kita mahu kembali seperti keadaan Spanish Flu dahulu?! Jika tidak, please

 #stayathome #socialdistancing

Kredit: Metafora Anafora

Antara koleksi gambar-gambar arkib pada awal abad ke-18 ketika dunia dilanda Wabak Spanish Flu

101 years ago means 1919 now in 2020 same to same 👇👇

Public Notice by 19th October, 1918

To Prevent Influenza !


Stay At Home It Has Never Been Easier To Save Lives


Spit Spreads Death


All theatres closed until further notice. At request of Mayor





















Rujukan bacaan tambahan berkaitan dengan isu yang sama di sini :-


Arkib : 05 Februari 2020

 🔴 SAAT ALLAH MEMBERSIHKAN BUMINYA 100 TAHUN SEKALI 🔴

Sebelum Negara China diserang Coronavirus, Presidennya dengan bangga dan angkuh berucap dalam satu majlis "Tiada kuasa yang mampu menyekat kemajuan negara besar kami, tiada kuasa yang mampu mnyekat kemajuan negara dan kehebatan negara kami".

Dalam masa yang sama China memenjara, menyiksa, memisahkan ahli keluarga rakyatnya yang beragama Islam, etnik Uighur dan mereka bermati matian menafikannya walaupun berita berkaitan tular seluruh dunia.

Demi mengenang dan belas kasih Umat Islam pada saudara seagama di China banyak masjid² di seluruh dunia bersatu membuat solat hajat dan berdoa memohon kepada Tuhan selamatkanlah saudara seagama kami di China yang sedang dizalimi.

Sungguh Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Mendengar keluhan hambanya. Bukan bumi China diterbalikkan, bukan ribut taufan yang Tuhan hantar membadai, bukan juga kebakaran besar yang membakar, akan tetapi Tuhan menghantar azab yang lebih dahsyat dari semua itu. Itulah CORONAVIRUS.

Dasyatnya Coronavirus sehingga dianggap bencana yang mampu meruntuhkan Tembok Besar China yang dibanggakan mereka. Kenapa Coronavirus dianggap bencana besar kepada China?

  • Hampir lima juta rakyat Wuhan keluar meninggalkan bandar itu. Wuhan kini digelar bandar berhantu, sunyi sepi hampir semua perniagaan ditutup. Stesyen keretapi dihentikan. Rakyat berkurung dalam rumah sepanjang masa.
  • Bukan saja Wuhan, hari ini Coronavirus merebak ke seluruh bandar² besar China.
  • Antara yg paling terkesan dan menanggung tekanan yg hebat adalah doktor² dan jururawat² di hospital yang 24 jam terpaksa berjaga merawat mangsa² Coronavirus, dalam masa yang sama mereka juga sangat takut dijangkiti hingga ada pesakit² yang terpaksa dibiarkan mati begitu saja di depan mata tanpa sempat dirawat.
  • Banyak negara² kuasa besar seperti Australia, Canada, Perancis, Jerman dan lain-lain membatalkan penerbangan ke China buat sementara malah ada negara yang tidak membenarkan rakyat China masuk ke negara dan negeri mereka termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam keadaan rakyat China berpusu² lari dari negara mereka negara lain pula tidak menerima kedatangan mereka.
  • Banyak syarikat penerbangan terpaksa menanggung kerugian gara² banyak penerbangan ke China terpaksa dibatalkan.Tiada lagi warga dunia yang mahu ke China kerana takut dijangkiti.
  • Seluruh dunia seolah² memboikot negara China, mengelak dari bertemu rakyat China terutama yang baru tiba dari negara China.
  • Bertambah malang Coronavirus ini bukanlah makhluk berbentuk objek dan ia tak mampu dilihat dengan mata, dijangkiti melalui udara. Sehingga pada hari ini China masih belum mampu menahan Coronavirus dari terus menular menyerang rakyatnya tanpa belas kasih dan mereka masih belum menemui penawarnya walau mereka punya teknologi yang hebat yang mereka banggakan.

Kesimpulannya.

Siapa sebenarnya yang menghantar wabak Coronavirus ke China? Jawapannya adalah Tuhan. Tuhanlah yang mengantar dan mengizinkan Coronavirus ke China bagi mengajar dan memberi pengajaran kepada bangsa yang sombong angkuh kononnya tiada kuasa yang mampu melawan kemajuan dan kehebatan mereka.

Mereka lupa mereka cuma makhluk dan hamba yang sangat lemah dan Tuhanlah Pemilik alam ini dan Dialah Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Berkuasa yang mampu menghapus penduduk bumi dalam sekelip mata. 

Ini juga adalah satu Bencana bagi menghukum mereka yang menyiksa Umat Islam Uighur tanpa belas kasih hanya kerana mereka itu Umat Islam. Bukan saja Umat Islam etnik Uighur dizalimi malah ajaran Islam dihalang dari terus diamalkan oleh etnik Uighur ini. Al-quran dibakar, solat dihalang, suami isteri dipisahkan dan dipaksa pula wanita Islam berkahwin dengan rakyat China yang bukan Islam.

Mereka tidak tahu satu²nya agama yang diterima di sisi Tuhan adalah Islam. Hari ini doktor² dan rakyat China disaran membasuh tangan, hidung dan mulut sehari paling kurang 4 kali untuk elak dari dijangkiti Virus Corona sedangkan ajaran Islam mengajar umatnya berwuduk iaitu membasuh mulut, hidung, tangan, kepala, telinga dan kaki sehari 5 kali. Boleh nampak tak betapa Islam sangat menjaga kebersihan dan mementingkan kesihatan umatnya?

Umat Islam yang jaga solat sehari wuduk 5 kali, In Shaa Allah Tuhan jaga dan elak dijangkiti Coronavirus. Untungkan jadi Umat Islam? Itu yang China tak mahu lihat berlaku dan tersebar di bumi China dan akibatnya hari ini mereka seolah² dihantui mimpi ngeri yang belum ada penghujungnya.

Kalau mereka rasa mereka sudah cukup berkuasa dan bangsa yang hebat mereka lupa dan tidak tahu Qarun yang jauh lebih kaya mati ditelan bumi, bangsa Firaun yang jauh berkali ganda lebih hebat dari China mati ditelan laut. Namrud, Raja yang luas kuasanya dimusnahkan Allah melalui makhluknya yang kecil iaitu nyamuk. Malah, Tentera Abrahah yang gagah satu ketika dulu dihancurkan Tuhan melalui Burung Ababil.

Hari ini China yang rasa diri paling berkuasa, Allah hanya hantar tenteranya yang bernama Coronavirus.

Setakat negara China yang pada mata kita sangat luas dan besar hebat tapi disisi Tuhan ia hanya sebesar kuman sekelip mata boleh dihapuskan dari muka bumi.

Kalau China rasa mereka mampu memenjara ribuan Umat Islam Uighur sewenang wenangnya, hari ini dengan kuasa Tuhan seluruh dunia seolah² sedang memenjara seluruh rakyat China, memboikot, menjauhkan diri dari rakyat China, tidak membenarkan rakyat China masuk ke negara² lain malah rakyat China sendiri tidak dibenarkan keluar dari negara mereka.

Dahsyatkan penangan Coronavirus?

Sekarang siapa lagi hebat dan berkuasa? Negara China atau Tuhan? Pokoknya jangan sesekali angkuh dan sombong dengan kuasa yang ada. Jangan cabar kuasa Tuhan. Bukan setakat bencana Coronavirus malah jauh dari itu Tuhan mampu menghukum hamba²nya yang ingkar. Itu baru hukuman dunia tunggulah hukuman di akhirat puluhan kali ganda jauh lebih dahsyat menyiksakan.

Pengajaran dari wabak Coronavirus ini adalah : 

Kehebatan yang kita ada hanyalah sementara, duit yang kita ada adalah sementara, kekayaan yang kita ada adalah sementara, kecantikan, harta yang kita miliki adalah sementara, keluarga anak isteri adalah sementara, kesihatan yang kita kecapi adalah sementara, kuasa yang kita banggakan adalah sementara.

Dan semua itu bukanlah milik kita semuanya milik Tuhan. Bila² masa saja semua yang kita miliki akan diambil semula dan hilang sekelip mata. Jadi untuk apa kita bangga dengan nikmat yang tidak kekal? Selagi diberi kuasa rendahkan diri, jangan zalimi mereka yang lemah dan tak punya kuasa...

Sungguh andai doa mereka yang dizalimi dimakbulkan Tuhan tunggulah azab dan balasan Tuhan itu tak tertanggung.

Sebagai contoh, lihatlah betapa indahnya bumi Kundasang. Ini juga antara ciptaan Tuhan yang mengasyikkan mata "Berjalanlah kamu di muka bumi lihatlah keindahan dan kehebatan ciptaanku, ambillah pengajaran darinya."

Jauh perjalanan, indah pemandangan, tambah pengetahuan dan pengalaman mengajar erti kehidupan.

Moga dengan kita mengambil pengajaran dari setiap kejadian Tuhan lalu kita dijauhkan dari sifat bangga diri dan sedar diri kita cuma hamba tak punya apa² dan tidak lupa pada sang pencipta alam semesta Tuhan Rabbul Alamiin walau siapa kita walau di mana kita berada. In Shaa Allah, aamiin.

----------------------------------------------

Sebagai penutup kepada penulisan ini, disertakan maklumat tambahan buat semua.

APAKAH MAKSUD LONG COVID?

Doktor, apakah maksud Long Covid ini?

Mari, saya nak cerita dan terangkan:

Sebelum itu nak kena faham dulu jangkitan covid ini ada 5 kategori:

Kategori 1 : 👉🏻 positif tapi takde gejala

Kategori 2 : 👉🏻 positif + ada simptoms tapi tak libatkan paru-paru

Kategori 3 : 👉🏻 positif + ada simptoms + ada jangkitan paru-paru

Kategori 4 : 👉🏻 positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan

Kategori 5 : 👉🏻 positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ

Yang kita bimbang adalah kategori 2,3,4 dan 5. Bila dah masuk ketegori ni, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi covid yang di panggil LONG COVID !

Kenapa dipanggil Long Covid?

Mudah ceritanya begini : 

Pesakit covid dah sembuh tapi menanggung komplikasi covid yang berpanjangan.

Seperti batuk tak hilang-hilang. Hidung tersumbat. Lendir di tekak. Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.

Sakit-sakit tubuh tak hilang. Sakit perut berpanjangan. Selalu sakit dada. Sakit kepala yang amat. Ada yang sampai hilang ingatan. Ada yang mandul. Memang menakutkan!

Itulah realitinya !!

Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long Covid. Memang sangat menyiksakan !!!

Sebab itulah kena ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan 'kebal' sepenuhnya daripada covid. Tetap ada risiko dapat jangkitan covid cuma tak masuk ke Kategori 2,3,4 dan 5. 

Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long Covid ni lebih menakutkan dari kesan sampingan vaksin. Itu kena faham.

Kongsikan info ini dalam group-group WhatsApp kenapa pentingnya ambil vaksin untuk elak menanggung Long Covid yang amat menyiksakan.

Dr. Ahmad Samhan : https://t.me/drsamhan

Nota: Lebih 100,000 subscribers sertai ilmu kesihatan PERCUMA di Telegram Dr. Samhan 👉🏻 

----------------------------------------------

Sedikit perkongsian info bermaklumat dalam bentuk video dari YouTube. 

5 Wabak yang Paling Dahsyat Dalam Sejarah

https://www.youtube.com/watch?v=tQgR0zCyoIU

Deskripsi daripada Ajar :-

Apa pengajaran yang kita boleh ambil daripada generasi - generasi lalu yang telah menghadapi wabak paling dahsyat dalam sejarah?

5 WABAK PALING TERUK DALAM DUNIA DAN BAGAIMANA IA BERAKHIR

https://www.youtube.com/watch?v=fpTV5PtOTd4

Deskripsi daripada Faktaw Channel :-

Bagaimana jika Faktaw katakan bahawa kita kini sedang berperang? Musuh ini hampir halimunan di mana kita memerlukan alatan khas untuk melihat ‘mereka’. Mereka boleh ‘merasuk’ sesiapa yang mereka jumpa dan mereka juga boleh membunuh. Namun, siapa musuh ini? Jawapannya ialah SARS-CoV-2 atau dunia kenali sebagai Covid-19. Sejarah mencatatkan bahawa, bandar Wuhan di China merupakan medan perang pertama musuh ini dilaporkan wujud dan pengangkutan mereka adalah kelawar. Waktu itu, musuh ini masih tidak mempunyai nama. Namun pada awal Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula memberikan nama dan menyebarkan maklumat mereka kepada dunia. Satu persatu negara mula dijajah dan sehingga kini dunia masih lagi berperang. Ramai bermimpi bagaimanakah rasanya dunia bebas covid-19. Bilakah manusia boleh hidup seperti dulu dan bebas untuk bergerak ke sana ke sini tanpa rasa takut. Bagaimanakah covid ini akan berakhir?

Dalam video kali ini, Faktaw ingin berkongsi, bagaimanakah wabak penyakit paling teruk dalam sejarah dunia berakhir. 5 WABAK PALING TERUK DALAM DUNIA DAN BAGAIMANA IA BERAKHIR

----------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Sejarah Vaksin dan Imunisasi Bermula di Turki

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/09/sejarah-vaksin-dan-imunisasi-bermula-di.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...