Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 25 September 2021

Sejarah Perjalanan 65 Tahun Muzik Rock Di Malaysia

Muzik Rock & Roll yang diketengahkan oleh Kumpulan Lagenda, The Beatles dari U.K. telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam di seluruh dunia sehingga ke hari ini

GARIS MASA 65 TAHUN ROCK DI MALAYSIA

Lazimnya, sesuatu buku berbentuk biografi, memoir atau pensejarahan akan mempunyai garis masa (timeline). Begitu jugalah dengan buku rock sama ada berbentuk teks penuh atau ilustrasi bergambar. Timeline merupakan perkara atau babak terpenting yang berlaku dalam sesuatu era atau subjek yang diperkatakan. Ia umumnya berbentuk “yang kali pertama”, “yang paling kontroversI’ “yang paling diingati” dan "yang paling banyak diperkatakan".

Timeline memudahkan pembaca untuk mengetahui secara ringkas kronologi dan susur galur subjek yang diperkatakan. Ia juga boleh digunakan untuk mengesan trend atau aliran. Ia seringkali ia diletakkan di awal atau akhir buku bagi menghamparkan satu tinjauan keseluruhan. 

Begitu pun, menentukan apa yang patut diliputi oleh sesuatu timeline berbeza antara setiap penulis atau pengarang. Ia juga banyak dipengaruhi oleh sejauh mana signifikannya sesuatu babak atau peristiwa yang disebut. Timeline tidak boleh terlalu “spesifik” dan ia tidak harus menyentuh perkara-perkara yang berulang pada norma kebiasaan (sebagai contoh, kematian). 

Jadi, setelah menemubual 130 informan dan menyelidik ribuan artikel dan tulisan, inilah timeline pilihan aku mengenai babak muzik rock di Malaysia sejak 65 tahun yang lepas. Jika dilihat, senarai yang aku kemukakan sebenarnya sudah boleh dianggap agak spesifik. Ini lebih ketara pada tahun-tahun yang mempunyai lebih dari satu item. Lazimnya, timeline berbentuk tahunan hanya diwakili satu item. Jadi, aku yakin semua ada pilihan masing-masing jika hanya satu pilihan perlu dibuat (walaupun sebahagiannya amat sukar)

Garis masa dari tahun 1955 sehingga 1971

1955 Radio Malaya mulakan rancangan Talentime untuk mencari penyanyi, pemuzik dan kumpulan vokal

1959 Singapura tidak membenarkan muzik Rock & Roll di dalam siaran Radio Singapura atau peti muzik

1961 Cliff Richard dan The Shadows melakukan persembahan di Stadium Negara

1964 
  • Lagu shanty oleh The Quests menjadi lagu yang menduduki carta teratas menewaskan lagu The Beatles, I Should Have Known Better
  • M. Osman merakamkan lagu Suzanna
1965 A. Ramlie & The Rhythm Boys menjuarai Pertandingan Kugiran Singapura

1967
  • Filem Ago-ago 1967 ditayangkan
  • Malam The Siglap Five di Stadium Negara dihadiri 20,000 penonton
1969
  • Sweet Charity ditubuhkan di Singapura
  • The Falcons bermain di Saigon, Vietnam selama enam bulan
  • Pertandingan Juara Kugiran RTM bermula dengan nama Muzik-Muzik-Muzik dan diadakan sehingga 1973
1970
  • Musical Underground Competition Fan Fare dilangsungkan di DBP Kuala Lumpur - Brown Black Blues muncul juara
  • Singapura menahan rakyat Malaysia berambut panjang - mencetuskan demonstrasi bantahan
1971
  • Rambut panjang dilarang untuk pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan di Malaysia.
  • PAS menggesa warga hippie dilarang memasuki Malaysia
  • Operasi pembanterasan hippie mula dilakukan khususnya di Pulau Pinang
  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 digubal
Garis masa dari tahun 1972 sehingga 1983

1972 Woodstock Cheras yang dihadiri 12 kumpulan underground dan mencetuskan kontroversi dan reaksi keras kerajaan

1973 Blues Gang ditubuhkan

1978 Rhythm & Blues Concert di Stadium Negara - Blues Gang, Tidewater Blues dan Light Blues

1979
  • Rock concert Southeast Asia di Stadium Negara menarik 20,000 penonton. Bersama-sama Blues Gang ialah kumpulan The Heritage dari Singapura dan The Rumband dari Hong Kong
  • Sweet Charity mengeluarkan rakaman album pertama - "Sweet Charity"
  • Blues Gang mengeluarkan rakaman album pertama iaitu album Inggeris - Anytime, Anyday
  • Kumpulan glam rock Melayu generasi pertama mula tertubuh - Febians, Lefthanded, SYJ Klasik
1980 Sweet Charity mengeluarkan album kedua Pelarian yang melancarkan karier mereka
1981 
  • Kelab The Red Rooster Kuala Lumpur dibuka
  • Search melancarkan karier mereka
1982 
  • Blues Gang mengeluarkan album ketiga mereka "Apo Nak Dikato" yang melancarkan karier mereka
  • Konsert Ian Gillian & Deep Purple di Stadium NEgara yang dibuka oleh Blues Gang
  • Konsert Blues Gang di Arau yang dihadiri 80-100 ribu penonton
1983
  • Konsert Merentas Desa Blues Gang - kekecohan penonton di Parit Buntar dan Kuala Pilah
  • Konsert Uriah Heep di Stadium Merdeka yang dibuka oleh Blues Gang
  • Konsert Sidang Rock 1983 melibatkan The Unwanted, Lefthanded, Headwind dan M.Shariff di Stadium Merdeka - mencetuskan budaya kuning
  • Konsert Rock Festival di Ampang Part - Loser (Babylon), Upsetters Red Alert dan Search

Garis masa dari tahun 1984 sehingga 1988

1984
  • TV3 dilancar
  • Konsert Raksaksa Blues Gang-Sweet Charity dilancarkan di Stadium Merdeka dan menarik 15,000 penonton
1985
  • Malam Himpunan Artis 60-an di Stadium Negara menarik 20,000 penonton
  • Search mengeluarkan album sulung Cinta Buatan Malaysia
  • Pembatalan Konsert Scorpions yang dijadual pada 24 Jun
  • Konsert Rock anjuran Polis Singapura yang menarik 50,000 penonton
  • Mix Blood (Satira) membina pengaruh dalam sirkit konsert ITM
1986
  • Battle of The Bands bermula di Stadium Negara
  • Konsert Dari Panggung Anniversary TV3-Box Office
  • Filem Kembara Seniman Jalanan ditayangkan
  • Kekecohan BOTH di Sungai Nibong + pengharaman konsert heavy metal yang dilonggarkan pada hujung tahun
  • Lefthanded merakam album pertama
  • Final Juara-Juara Rock di Hollywood East
  • Insiden Heavy Metal Festival di Singapura
1987
  • Search meleteup dengan album Mentari Merah di Ufuk Timur
  • Rusty Blade mengadakan tour Pertama dan Terakhir
  • Bloodshed, Ella, MAY, Sofea merakamkan album pertama
  • Filem Rozana Cinta 87 ditayangkan
  • Pertandingan Lady Rocker 87
1988
  • Wings merakam album pertama, Belenggu Irama
  • Search & Polygram bertikai di mahkamah
  • Tika dan Saat Ini dari Medicine menjuarai LPMI selama 13 minggu
  • Gersang & Shima The Boys bermain di Penjara Pudu
  • Junction meletup dengan album pertama Arah dan melangsungkan tour Kingsway
Garis masa dari tahun 1989 sehingga 1998
1989
  • Search meletup dengan album Fenomena - melebarkan pengaruh sehingga ke Indonesia
  • Final Juara Lagu TV3 yang didominasi kumpulan Rock seperti Search,Wings dan MAY
  • RTM mengadakan Pesta Hiburan Kingsway selama 13 minggu
1990
  • Hillary Ang & Zulkiff Headwind merakam album gitar solo pertama
  • Filem Fenomea ditayangkan
  • Ekamatra meletup dengan album pertama, Satu Tekanan Irama
  • Iklim meletup dengan album pertama, Satu Kesan Abadi
  • Vagrant - kumpulan Sarawak pertama merakamkan album
1992
  • Konsert Ella di Pesta Lumut yang dilaporkan diharidi 40,000 penonton
  • Tok Mat memotong rambut Search & Wings secara langsung di televisyen
  • Wings & Search mengeluarkan album Double Trouble secara bersama
1994
  • Kumpulan rock pertama dari Sabah, Struggle merakamkan album
  • Samad Lefthanded mengeluarkan album solo
  • Mr Big bermain konsert sulung di Malaysia
  • Ella meletup dengan album USA
1995 Bon Jovi bermain konsert sulung di Malaysia

1996
  • Konsert Sejuta Wajah Sweet Charity di Stadium Negara
  • Def Leppard bermain konsert sulung di Malaysia
  • Majalah ROTTW diterbitkan
1997 XPDC meletup dengan album keempat mereka, Brutal

1998 Amuk keluar dengan album pertama Tanpa Prejudis


Garis masa dari tahun 2001 sehingga 2021
2001
  • Komuniti rock maya mula tertubuh
  • Scorpions bermain konsert sulung mereka di Malaysia
2004 Konsert Search & God Bless di Stadium Negara

2005 
  • Fenomena reunion dalam kalangan kumpulan rock generasi kedua dan ketiga bermula
  • Filem Rock arahan Mamat Khalid ditayangkan ke umum.
2008 Siri Konsert Tribute to Rock Kangkan dimulakan oleh generasi kelima

2009 Konsert terbaik Search di Seberang Jaya dalam tour Awan Biru

2011 
  • Loudness bermain konsert sulung di Malaysia
  • Konsert Raksaksa Blues Gang-Sweet Charity 2
2013
  • Krisis kedua Search bermula
  • Metallica bermain konsert sulung di Malaysia
2015 Konsert Wings 30 Tahun

2017 
  • Megadeth bermain konsert sulung di Malaysia
  • Dream Theatre bermain konsert sulung di Malaysia
  • Gama Rock House Johor menganjurkan persembhan pertama mereka
2018
  • Halloween bermain konsert sulung mereka di Malaysia
  • Guns N Roses bermain konsert sulung mereka di Malaysia
  • Malmsteen bermain konsert sulung mereka di Malaysia
2020
  • Kumpulan Belantara mengadakan konsert reunion 30 tahun iaitu konsert kedua sepanjang karier mereka
  • Simposium Rock Kapak anjuran Port Ipoh
2021
  • Search tegar bercakaran
  • Penyanyi Scandals Ahwee menerajui penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM)

https://www.facebook.com/100054868093485/posts/371991284639805/

Anak-anak tik tok minggir dulu. Anak-anak 60’an hingga 80-an, yuk baca buku ini. Kita buktikan generasi kita punya memori paling the best sejagat raya (adaptasi dari dodiandrian88).

https://www.facebook.com/100054868093485/posts/pfbid0uGhHQZwHZpgiS1RKTGc4haomGSFaCfpUuNDVNNxaudixDN3Ks12pNv2J8ViE7r6gl/?mibextid=Nif5oz

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Rockers Never Dai

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/03/rock-4-rockers-never-dai.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...