Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 5 July 2021

Emas Fareha

Labur RM10j buka Emas Fareha


NURUL Fareha dan Mohd Yusri di hadapan Kedai Emas Fareha, di Bandar Saujana Putra.

Emas Fareha Sdn. Bhd melabur RM10 juta bagi membuka rangkaian kedai emas pertamanya, Emas Fareha di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat Selangor.

Pengasas dan Pengarahnya, Nurul Fareha Anuar berkata, pihaknya yakin dengan pembukaan Emas Fareha itu dapat menawarkan barang kemas berkualiti dan reakaan tersendiri pada harga terbaik untuk pelanggannya.

Katanya, walaupun sudah membina empayar dalam perniagaan tudung menerusi jenama Fareha by Cikfa, bidang baharu (kedai emas) ini dapat mempelbagaikan lagi cabang perniagaannya.

Nurul Fareha berkata, idea membuka kedai emas itu tercetus apabila melihat perniagaan tudungnya mampu beroperasi sepenuhnya di bawah seliaan kakitangannya.

"Apabila perniagaan tudung sudah boleh diuruskan oleh pekerja, saya berpendapat tiba masanya untuk mengembangkan cabang perniagaan dan fokus kepada perniagaan yang sentiasa menambat hati pelanggan wanita iaitu emas.

"Bagi saya, emas adalah cinta hati wanita. Selain sukakan pakaian, wanita juga sangat menyukai emas. Justeru, saya memberanikan diri membuka Emas Fareha ini," katanya pada majlis pembukaan Emas Fareha di sini.

Bermodalkan RM10 juta, Nurul Fareha sedar ia jumlah yang besar, namun yakin emas sentiasa mempunyai permintaan tinggi selain percaya semua perniagaan mempunyai risiko tersendiri.

"Risiko dalam perniagaan itu memang ada. Berniaga tudung pun ada risikonya. Tapi, kalau takut kepada risiko, sampai bila-bila kita tidak boleh berjaya.

"Jadi, sebagai peniaga, kita perlu cuba mengatasi apa juga risiko dan dugaan dalam perniagaan ini", katanya.

Menyedari persaingan hebat dalam perniagaan emas, Nurul Fareha berkata, pihaknya sentiasa memberikan kualiti, rekaan dan harga terbaik buat pelanggannya.

"Di Emas Fareha, kami begitu menitikberatkkan soal kualiti dan layanan kakitangan kita yang mesra.

"Selain itu, rekaan emas di sini juga memenuhi cita rasa pelanggan serta harga ditawarkan kepada pelanggan juga lebih rendah.

"Maksudnya di sini, harga kita memang mengikut harga semasa, tetapi kita beri lagi diskaun," katanya yang menyasar jualan RM2.5 juta sebulan.

Menurutnya, syarikat itu juga akan mempelbagaikan kaedah pemasaran dengan memberi fokus material atau gambar berkualiti bagi tujuan pemasaran, harga emas sentiasa lebih rendah dan menggunakan pelbagai platform jualan.

"Selepas Aidilfitri ini, kami akan menjalankan sistem ejen. Bagaimanapun, ia hanya dibuka kepada 250 orang dan peluang ini diberikan kepada ejen tudung Fareha by Cikfa sahaja," katanya.

Walaupun masih baru dalam perniagaan emas ini, Nurul Fareha yakin dan berharap dengan bantuan suaminya yang juga Pengarah Urusan Emas Fareha, Mohd Yusri Mohd Yusof perniagaanya itu akan terus berkembang maju.

"Untuk perancangan masa hadapan, saya berhasrat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara selain mengeluarkan rekaan emas sendiri yang eksklusif dalam tempoh lima tahun ini.

"Saya juga berharap Emas Fareha ini akan semaju perniagaan tudung bahkan memberikan keuntungan yang berganda serta perniagaan ini berpanjangan sehingga boleh diwarisi kepada anak-anak kelas," katanya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...