Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 1 June 2021

79 Arowana

“Zaman berseronok dah berlalu, jangan terkejvt nampak saya dengan but “Phua Chu Kang” – Dato Jamal Abdillah



Siapa sangka, Raja Pop Negara, Dato Jamal Abdillah rupanya kini mengusahakan penternakan ikan arowana yang terletak di Bukit Merah, Perak.

Segalanya bermula apabila isterinya, Datin Zai Izzati berpantang di banglo milik mereka di Tambun yang dibina sejak lebih tiga tahun lalu selepas melahirkan anak kedua mereka.

Jamal kemudiannya memutuskan untuk terus ‘menetap’ di Ipoh dan kemudian telah membeli tanah seluas 3 1/4 ekar dan membina 20 kolam menternak ikan Arowana.


Dalam setiap kolam mempunyai 20 ekor ibu ikan dan kini mempunyai 400 ekor ibu ikan.

Setiap ekor anak ikan Arowana (Kelisa) superrate berukuran 2 inci dan empt inci boleh dijual kepada para pemborong dengan harga berbeza dan menguntungkan bagi kedua belah pihak.


Jangan terkejut kalau terserempak saya berkulit sawo matang dengan but kuning macam Phua Chu Kang,” kata Jamal Abdillah.

Selain menjual anak ikan, kolam ikan milik pelakon filem Azura ini turut menjual telur ikan kepada mereka yang baru mula belajar menternak ikan tersebut dengan harga berbeza dan mampu menjana keuntungan untuk seorang pengusaha baharu.

Kebanyakan ikan Arowana dari kolam milik Jamal Abdillah kini menjadi pilihan para peraih yang mempunyai lesen untuk diekspot ke luar negara.

Sebenarnya untuk bisnes ni pelaburannya sangat banyak dan saya tidak mendvga hobi sembilan tahun lalu kini memberi pendapatan yang cukup baik buat saya dan keluarga.

Apabila Covid-19 menyerag seluruh dunia, ia memberi kesan yang amat mencabar buat semua. Begitu juga saya dan saya amat bersyukur kerana minat saya itu telah membolehkan saya membuka perniaagaan sendiri selain menyanyi.

Mula-mula dahulu saya sekadar melawat seminggu sekali kolam ikan saya. Tetapi sejak membeli tanah dan mengusahakan kolam ini, saya memang benar-benar serius untuk berjaya demi untuk keluarga,” kata Jamal Abdillah sambil tidak henti bersyukur kerana usahanya itu mendapat perhatian Jabatan Perikanan Malaysia yang akan memberi bantuan dan perhatian terhadap kolam ikan Arowana miliknya.

Menurut Jamal, mungkin ada yang terkejut apabila terserempak dengan beliau di kolam ikannya itu.

Betapa tidak jika selama ini peminat melihat Datuk Jamal Abdillah sebagai Raja Pop yang sentiasa menjaga penampilan yang menarik, kemas dan bergaya tetapi sebagai pengusaha kolam ikan beliau memang berlainan.

Sebagai Raja Pop bernama Jamal Abdillah saya sentiasa menjaga penampilan saya ketika di pentas kerana itu adalah kerja saya.

Tetapi jangan terkejut kalau anda terserempak saya berkulit sawo matang dengan but kuning setinggi paras lutut seperti yang dipakai oleh pelakon siri komedi ‘Phua Chu Kang’, kerana ini juga kerja saya.

Saya tidak takut pada matahari yang penting saya tidak lepaskan tanggungjawab itu kepada para pekerja,” kata Jamal Abdillah.

Bagi Jamal, biar mungkin ada peminat yang akan hairan dengan penampilannya ketika di kolam namun bagi ayah kepada empat orang cahayamata ini tanggungjawab pada keluarga lebih diutamakan.

Zaman berseronok dan keluar setiap malam telah lama saya tinggalkan. Itu semua menjadi sejarah silam yang saya simpan kemas dalam ingatan saya.

Sejak berkahwin dengan Zai Izzati, dia banyak mempeng4ruhi hidup saya untuk menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik untuk anak-anak saya.

Kita memang tidak boleh memadam sejarah hidup kita tetapi insyaa-Allah kita mampu membina sebuah keluarga bahagia dengan kasih sayang seorang isteri dan kehadiran anak-anak sebagai lambang kasih sayang.”

Apabila bertanya tentang impiannya, ujar Datuk Jamal Abdillah;

Jika diizinkan Allah dan ada rezeki saya mahu seorang lagi anak perempuan. Yang pasti nama anak perempuan itu pasti ada nama Yamani kerana ia bagaikan trademark anak-anak Jamal Abdillah.”

Sumber: Bebasnews via teh tarik kaw

https://sinetronmalaya.com/2021/05/02/zaman-berseronok-dah-berlalu-jangan-terkejvt-nampak-saya-dengan-but-phua-chu-kang-dato-jamal-abdillah/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...