Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 1 June 2021

01 Jun 2021 : Al-fatihah (bacaan) Untukmu Sahabatku...

Al-fatihah (bacaan) Untukmu Sahabatku... Allahyarham Ahmad Husni bin Abu Hasan

01 Jun 2021

Ada berita kesedihan nak disampaikan. Sahabat lama saya, Ahmad Husni telah meninggal pagi tadi.

Dia merupakan salah seorang sahabat dan teman rapat di UiTM Pulau Pinang. Sama-sama menyewa rumah masa Semester 2 dan tahun yang kedua sewaktu ambil pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Sebaya umur dengan sepupu, Abg Haris (40 tahun). 

Meninggal dunia pagi tadi sebab Covid-19. Tak ada penyakit (seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung ataupun paru-paru).

Dijangkiti Covid-19 dan disahkan positif Covid-19 dan tiada bergejala. Hanya diserang demam dan sesak nafas. Meninggal dunia di rumah.

Anak-anak dan isteri arwah juga positif Covid-19 juga dikuarantin di rumah. 

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dari Allah s.w.t. dan ditempatkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. 

Al-fatihah (bacaan) buatmu sahabat. Semoga engkau tenang di sana... Aamiin Ya Robbal'alamiin. 🌹

P/S : Gambar arwah yang berjambul rambutnya itu. Gambar ini pun dah usia 20 tahun.

Assalamualaikum w.b.t.
  • Bacaan Yaasin dan tahlil arwah untuk Allahyarham Ahmad Husni bin Abu Hasan.
  • Hari: Selasa (1/6/2021)
  • Masa : 8.00 malam
  • Platform: Google meet
  • Link: meet.google.com/vhc-bdvy-znv 
  • Or dial: (US) +1 573-887-5280 
  • PIN: 752 671 810#
Semoga Allah permudahkan segala urusan Allahyarham sekeluarga.



Al-fatihah buat sahabatku | Juga insan lain yang telah pergi meninggalkan kita semua...


Gambar yang diambil pada 14 Jun 2014 pada pukul 1:51 petang


Arkib : 18 Jun 2021

Sahabat,

Ada yang baharu

Ada yang lama

Ada yang bertahun-tahun

Ada juga yang beberapa hari

Tapi gelaran mu tetap sahabat..


Sahabat,

Lelaki mahupun perempuan

Duda ataupun janda

Tua muda jauh dekat

Tuan puan suami dan isteri

Sebaik sahaja engkau menerima

Gelaran mu hanya satu

Iaitu sahabatku ...


Sahabat,

Cerita kehidupan kita tidak sama

Miskin kaya baik buruk

Papa sederhana senang susah

Gemuk pendek tinggi kurus

Pandai bodoh alim jahat

Semuanya hilang pada penglihatan

Yang terzahir pada pandangan

Sudah tertulis pada perasaan

Kita semua adalah sahabat...


Sahabat,

Hilangkanlah rasa yang tidak baik

Walaupun yang kelihatan itu pelik

Tiada yang mustahil pada kejadian

Kerana itu semua kehendak Tuhan

Jangan memandang hina akan insan

Kelak kasih bertukar benci

Kelak lidah asyik mengeluh

Akhirnya sahabat bertukar musuh..


Sahabat,

Tiada sesiapa ingin menjadi jahat

Apatah lagi bergelumang maksiat

Tiada sesiapa ingin menjadi susah

Apatah lagi seperti peminta sedekah

Meminta seperti hilang punca

Merayu seperti tiada maruah

Dikutuk seperti semuanya buruk

Dihina seperti tiada berguna

Dikata seperti haiwan melata...


Sahabat,

Hidup di sini hanyalah seketika

Kenal sesama kita bukannya lama

Ambillah hikmah temuilah lazat

Agar perjalananmu dalam nikmat

Ingat !

Hidup ini atas satu roh

Hidup ini atas satu tubuh

Tanpa Tuhan bagaimana jadi gerakan

Tanpa Hamba tiada Tuhan dalam pengenalan...


Sahabat,

Dari Allah

Bersama Allah

Kepada Allah

Itulah sempurnanya

Kalimah syahadah...

https://www.facebook.com/100011889424967/posts/1078347765904861/

-------------------------------------------------------------------------------------


Saya tidak dapat bayangkan jika ini berlaku kepada keluarga saya.

Arwah-arwah tidak sempat di vaksinasikan
walaupun di dalam golongan warga emas.

Sungguhpun ajal di tangan Tuhan, usaha Kerajaan untuk menpercepatkan kadar vaksinasi setakat ini adalah mengecewakan.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa yang telah pergi dan tempatkan mereka di Jannatul Firdausi, insyaallah.


Lockdown 


Terkini ‼️Kedai makan dan Restoran dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai esok (28 Jun 2021)

Incase you guys were wondering kenapa aku x stay rumah kat PD sepanjang PKP ni, aku stay office di Seremban 2 sebab ada akses Internet & barang2 aku semua ada di office, dengan tutupnya kedai OMG Esports di hadapan, tiada siapa yg boleh jaga.

Tolong jangan share any illegal links di comment section. Penat tau nak delete satu2, tolong fahami ini bukan channel utk kongsi illegal links. Zhaf hanya review filem/TV Series yg boleh diperoleh di Malaysia secara HALAL.
Thank you for understanding.

Join membership Pure Pixels:
Kalau ada yg ingin menyumbang directly kpd Zhaf juga boleh bank-in ke account Pure Pixels:
No akaun: 8602802056
Bank: CIMB Bank
Sila alert admin Pure Pixels di Whatsapp 0189344800
Sumbangan anda sangatlah dihargai oleh Zhaf & Pure Pixels

"Promise Me That You Will Come Back...."


Kehilangan Insan Tersayang Kerana Covid........


-------------------------------------------------------------------------------------

Kematian tinggi, yang di ICU pun makin bertambah. Sama-sama kita bantu KKM, duduk di rumah.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...