Kanak-kanak gembira bermain bola salji di luar Masjid Al Aqsa. (Gambar Reuters)
Penduduk Jerusalem bangun pada pagi Khamis (18/2) melihat limpahan salji menutupi jalan raya dan kanak-kanak bermain bola salji di kota yang diselimuti lapisan putih setelah salji turun semalaman.
Sekali lagi Masjid Al Aqsa diliputi salji pada Rabu (16/2) malam menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup jalan raya utama ke Jerusalem.
Namun, kota itu dibuka setelah keadaan kembali reda. Lalu ramai penduduk sekitar keluar dari rumah masing-masing untuk menikmati pemandangan yang jarang berlaku itu.
“Kami datang dari Tel Aviv untuk bermain salji yang jarang turun di Jerusalem, kali terakhir pada 2013,” kata salah seorang penduduk.
Menurut laporan, Syria, Lebanon dan Jordan turut diliputi salji pada Rabu yang mana daerah-daerah itu sudah bertahun tidak dituruni salji.
Keadaan itu turut mengganggu lalu lintas serta menunda proses vaksinasi Covid-19 serta banyak aktiviti terpaksa dibatalkan.
Salji pernah turun untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun di Marjaayoun, sebuah bandar di selatan Lebanon, dan di Bayda di timur Libya.
Angin kencang telah mengakibatkan gangguan kuasa elektrik di sebahagian besar wilayah Lebanon, memaksa banyak penduduk, yang sudah terbiasa dengan gangguan elektrik, bergantung pada generator selama berjam-jam.
Menurut National News Agency, pasukan penyelamat menyelamatkan empat orang yang terperangkap di dalam kenderaan mereka.
Namun begitu, salji pertama musim sejuk di Damascus, ibu kota Syria ini tidak menghalang perlawanan bola sepak Liga Premier berlangsung, ketika Army Sports Club dan Al-Karamah sedang beraksi.
Di pergunungan wilayah As Suwayda, Syria, salji tercatat setinggi 15cm, lapor berita rasminya.
Jalan di beberapa wilayah ditutup. Di pusat wilayah Hama, jentolak menyodok salji untuk membuka jalan sementara banyak kenderaan tergelincir di atas ais, menyebabkan gangguan lalu lintas.
Universiti Damascus membatalkan ujian pertengahan semester yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis di semua cawangannya sekitar Syria kerana kondisi cuaca yang melampau.
Walau begitu, pelabuhan negara tetap dibuka. Kemudian, pihak berkuasa tempatan di wilayah Sweida, Quneitra, Daraa dan Tartus menutup sekolah pada Khamis kerana hujan salji yang lebat.
Di barat Syria yang dikuasai puak penentang, pasukan pertahanan awam telah membangunkan timbunan tanah sejak Selasa di sekitar kem pelarian untuk mencegah hujan dari membanjiri kawasan tersebut.
Hampir 3 juta orang tinggal di sana, sebahagian besar di khemah dan tempat perlindungan sementara.
Hujan lebat bulan lalu merosakkan lebih dari 190 lokasi perlindungan, menghancur dan merosakkan lebih dari 10 ribu khemah.
No comments:
Post a Comment