Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 21 November 2018

Kenyataan Media Penggunaan Bahasa Kebangsaan pada Papan Tanda Nama Jalan

m/s 1
m/s 2
  1. Dewan Bahsa dan Pustaka (DBP) memandang berat penggunaan bahasa lain selain bahasa kebangsaan pada papan tanda nama jalan yang telah ditimbulkan oleh banyak pihak.
  2. DBP berpandangan, isu ini tidak seharusnya timbul kerana Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah digunakan dalam maksud rasmi. Dalam perkara ini, maksud rasmi ertinya apa-apa maksud Kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
  3. Bahasa yang digunakan pada papan tanda nama jalan juga terangkum sebagai bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi.
  4. Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) menetapkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi, dan Seksyen 9, akta yang sama menjelaskan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi; dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.
  5. DBP berpendirian bahawa berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuklah penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda nama jalan.
  6. Memandangkan penggunaan bahasa pada papan tanda nama jalan terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa awam, DBP berharap agar semua pihak menjunjung tinggi semangat Perlembagaan dan mematuhi peruntukan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
  7. Penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam termasuklah pada papan tanda nama jalan akan mencerminkan citra negara Malaysia. 
  8. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu dengan baik dan betul, DBP bersedia memberikan khidmat nasihat bahasa kepada mana-mana pihak.
Dewan Bahasa dan Pustaka
19 November 2018

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...