Arkib : 08 Ogos 2014
Bila Melayu Tunjuk Pandai Isu Boikot!
Ketika dunia sedang hangat dengan kekejaman Rejim Zionis di Gaza, Malaysia jugak tidak terkecuali dengan isu hangat “Boikot Produk Israel”.
Boikot adalah satu cara untuk menunjukkan kemarahan ke atas Rejim Zionis. Ya, memang betul boikot adalah satu usaha murni yang boleh dilakukan oleh kita sebagai rakyat Malaysia tetapi “Bila Melayu Tunjuk Pandai” maka boikot ini seolah-olah tidak berkesan dan mencalarkan imej Islam.
Di mana selalunya Melayu tunjuk pandai? Ok. Kali ini saya ingin menyenaraikan beberapa ayat yang boleh memahamkan kita semua.
Bila tak boikot:
- Kau kerja McD ibarat bekerja dengan pembunuh rakyat Palestin.
- Kau ni tak ada perikemanusiaan ke? Orang sibuk boikot kau sibuk pergi McD.
- Haram gaji yang kau dapat dari kerja McD.
- Makan McD ibarat meratah saudara seIslam sendiri di Gaza.
- Burger McD ibarat peluru-peluru yang membunuh rakyat Palestin.
Bila dah boikot:
- Apa yang kau boleh lepas buat demo boikot depan McD tu?
- Tindakan boikot tidak melambangkan imej Islam.
- Kalaulah seramai ni solat subuh berjemaah Israel pasti takut.
- Nampak semangat sangat boikot, tapi bila McD bagi burger percuma kau ambik jugak. Kata boikot….
- Jangan boikot kalau tak tahu cara guna dengan betul, Boikot level expert. Jangan tutup akaun HSBC, biarkan je aktif tapi keluarkan duit semua dan tinggalkan semua. Mereka akan terus keluarkan kos untuk akaun yang tak tutup itu. Jangan lupakan McD, jika anda nak guna tandas boleh singgah McD guna tandas mereka. Kos air dapat tingkatkan kos McD. McD nak bagi makan free makan je rezeki jangan ditolak benda halal bukan duit kita. Habiskan lagi duit mereka. Tapi jangan beli!. Jangan boikot intel, komputer/smartphone tanpa processor intel kita tidak dapat buka komputer untuk buka facebook dan sebarkan kekejaman zionis dan bantu menyebarkan perkara baik.
[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]
Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti ‘Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..’ Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.
Wallahua’lam.
Kempen boikot, McD terutamanya, dilihat semakin melampaui batas sehingga ada pemboikot yang sengaja masuk ke kedai lalu memaki dan meludah pekerja McD.
Kempen yang pada mulanya dianggap ibadah dan jihad akhirnya menjadi medan penambah dosa apabila disertai caci maki dan tindakan yang mendatangkan kesakitan serta menjatuhkan maruah orang lain yang ‘dilihat’ tidak memboikot. Itulah masalah apabila kita buat kebaikan, kita rasa kita jauh lebih baik dari orang yang kita lihat ‘tak buat apa-apa’.
Dalam kesibukan berusaha memboikot produk yang ada kaitan dengan negara haram yahudi di Palestin, ramai pula yang terlupa memboikot ‘sikap dan gaya hidup’ yahudi dari dalam diri masing-masing.
P/S: Sebenarnya ramai di antara kita “Mencari Salah Orang Lain” tanpa melakukan apa-apa. Orang buat itu salah, orang buat ini salah. Apa sumbangan kita kepada mereka (rakyat Palestin)?
No comments:
Post a Comment