Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 30 August 2020

Salam Kemerdekaan Malaysia


Shot on vivo X50 Pro - KITA | Official Video |


The wait is over! Here's the Official “Kita”. Our Merdeka short film that's shot by vivo X50 Pro. Enjoy and share us your thoughts after watching it! Film: “KITA” by Ho Yuhang Song: “KITA” By Shila Amzah #vivoX50Series #vivoX50Pro #PhotographyRedefined #vivoKita2020

Salam Kemerdekaan Yang Ke 63 Tahun.

Di bawah ini adalah perkongsian daripada sahabat-sahabat kita yang bukan daripada orang Melayu/Bumiputera seperti yang dikongsikan di dalam Facebook mereka masing-masing.

Perkongsian 1 : 

Kalau saya menyebabkan ketidak-senangan anda, Saya memohon maaf dahulu.

Saya budak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sin Kwang Sungai Petani untuk UPSR.

Saya budak Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Sungai Petani untuk PMR & SPM.

Saya budak Institut Perkim ( Pertubuhan Kebajikan Islam) - Goon untuk A level.

Saya budak Taylors College untuk 1 dan 2 tahun untuk LLB Sarjana Muda Perundangan

Saya budak University of Reading untuk tahun terakhir LLB Sarjana Muda Perundangan

Saya budak City Universiti London untuk BPTC ( Barrister Professional Trainning Course)

Saya bermula kerja sebagai Pembantu Penyelidik khas kepada Mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr.
Khoo Kay Khim.

Bahasa Melayu Saya OK, Bahasa Cina Saya Ok, Bahasa Inggeris Saya OK. Sekarang berusaha belajar Tulisan Jawi dan akan belajar Tamil.

Saya Cinta Malaysia. Saya Cinta Melayu, Saya Cinta Cina, Saya Cinta India, Saya Cinta semua kaum di Malaysia.

Kepada Graduan SJK C dan SMK seperti Saya, suarakan kecintaan anda kepada perpaduan, tunjukkan sifat sebenar perpaduan anda kepada kaum lain. Jauhi sifat rasis anda.

Kalau bukan, Perangai Geng Chauvanis Cina akan menyebabkan SJK C ditutupkan di Malaysia secara Democratik.

Kalau saya menyebabkan ketidak-senangan anda, Saya dahului dengan ribuan ampun.

华小生,国中生,站出来!
告诉大家,我们是热爱和平、期盼团结的马来西亚人!
不要让沙文主义的人令到我们的华小在民主的情况下被关闭!
我做了这么多鼓励友族支持学习中文的视频、你们也出来,用你们流利的国语,和平展示我们的文化,达到全民团结!

https://www.facebook.com/674810622880986/posts/1180223152339728/

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkongsian 2 : 

Wahai Cina-cina DAP di luar sana...

Dengarlah apa saya nak cakap pada kau orang.

Saya orang baba dan nyonya, keturunan dari china. Genarasi ke 4 yang duduk di Malaysia. Kita semua datang dari China and menumpang di Malaysia, Tanah Melayu. Saya membesar di KERAMAT di mana 99% semua orang Melayu. Sahabat saya semua orang Melayu.

So cukup-cukuplah nak minta hak sama rata seperti orang Bumiputra. Mereka (melayu) pasti marah kerana perlu berkongsi hak mereka (Melayu). Tuan rumah perlu berkongsi bilik master bed room dengan tetamu. Tak logik la.

Agama Islam agama rasmi negara Malaysia tercinta. Kita kena terima semua ini kenapa perlu pertikaikan ini. Belajar bahasa Jawi tak salah pun. Mereka (Melayu) pun ada hantar anak belajar bahasa Cina. So kenapa nak kecoh?

And jangan petikaikan kuasa Sultan and kuasa Agong ketua negara. Sangat biadap untuk petikaikan hak-hak and kuasa Sultan sama Agong. Malaysia hidup aman damai selama ini janganlah timbulkan api kepada semua kaum.

Tak perlu bagitau semua orang China power China power China power. It's China la bro not Cina Malaysia.

Cipta keindahan kenangan kasih sayang sesama kita di Malaysia better then talk about others country.

Ini mesej saya kepada Cina yang tak sedar diri.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

SELAMAT HARI MERDEKA

Kredit, Nama fb: Dgsw Goh


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkongsian 3 : 

SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA MELAYU..... ASAL NYA MELAYU ORANG YANG SANGAT MULIA....DAN TIADA ADA NIAT JAHAT....  

Ini kisah benar. Ayah saya Kuan Mui Hong belayar dari negara China naik kapal berminggu baru sampai ke Nanyang. (Malaysia). Beliau terus pilih Batu Pahat sebagai tempat landing kerana Batu Pahat dekat dengan laut. Ada sungai Batu Pahat. Masa tamadun dulu, semua penempatan adalah melalui sungai. Ayah saya kahwin dengan mak saya, kerana mak saya adalah seorang YATIM PIATU kerana ibubapa kandung mak saya terkorban masa Jepun Menyerang Malaya. 

Saya nak cerita pasal baik orang Melayu di Malaysia. Masa dulu Malaya susah.... tapi China dalam era komunis lagi susah menurut sejarah. Ramai China berhijrah ke merata dunia..... orang Melayu di Malaysia senang saja menerima kehadiran bangsa China di Malaya. Mereka tak ada busuk hati... tak menikam atau menusuk mana mana pendatang yang sampai ke Malaya ketika itu.... kalau orang India... mereka dibawa masuk oleh British.... untuk buat railroads.... orang China mereka datang kerana nak lari dari negara China yang masa itu amalkan sistem Komunis dan negara amat mundur ketika itu... saya INGIN PERJELASKAN KEIKHLASAN MELAYU MENERIMA PENDATANG YANG MERANTAU  KETIKA ITU... TAK MEREKA BERNIAT JAHAT TERHADAP ORANG ORANG CINA YANG LANDING DI MALAYA... saya sungguh terharu pasal bab ini.. ayah saya di terima baik... atuk saya tak pernah datang ke Malaya... dan meninggal di China.... jadi kita JELAS LIHAT BAHAWA MELAYU TIADA ADA NIAT BURUK TERHADAP PENDATANG KETIKA ITU kerana kita sama sama ada niat hidup berharmoni ketika susah... saya sangat berterima kasih kepada orang asal dan orang Melayu yang telah menerima ayah saya untuk memilih negara ini sebagai negara yang AYAH SAYA YAKIN ADA MASA DEPAN UNTUK ANAK ANAK BELIAU.... ayah diberi sijil kerakyatan bila sampai ke sini.... lepas itu di beri IC (Kad pengenalan yang berwarna biru).... ibu saya pun ada sijil kerakyatan dan kemudian baru di tukar jadi IC warganegara.... 

Jadi jelas di sini saya lihat sejarah kebaikan dan nilai keharmonian  orang Melayu dan orang asal. Mereka tak pertikaikan kehadiran ayah saya malah ayah saya telah berkawan baik dengan semua jawa dan Melayu yang tinggal di estet kebun getah di Bukit Cermai Batu Pahat.......TAK PERNAH SAYA LIHAT MEREKA BERGADUH...SEMUA HIDUP HARMONI... masa 13hb Mei saya masih kecil.... tapi saya ingat lagi... ayah dan semua orang Melayu berkampung di estet... bincang... mereka buat persiapan agar "orang luar" tak boleh menyerang kampung kami... Melayu dan Cina stand solid, rantai basikal... lembing... pokok pisang jadi benteng... Cina dan Melayu bincang nak lindung estet... bukan gaduh.. siap goreng beras agih agih... kerana beras goreng boleh tahan lapar... lepas itu apa apa pun tak ada berlaku... kerana 13hb Mei hanya di kawasan KL saja.... 

Saya buat nota ini dari hati saya... kerana saya tak mau kita bergaduh dan salah sangka... kalau Melayu tak suka Cina, lama dah kita tak dapat landing di tanah Melayu ini.... jadi tiada ada perbalahan sebenar nya berlaku... hanya mereka yang kini suka berpolitik mencari pasal.... nak bahagikan kita semua untuk berpecah agar mereka politik senang menguasai kita dan HANYA UNTUK POLITICAL SURVIVAL MEREKA AJA... ramai akan rasa saya PELIK DAN JANGGAL... tapi biarlah aku NOTAKAN KEBAIKAN ORANG MELAYU SEBELUM AKU PULANG KE KUBUR AKU... agar kita faham sejarah lampau.... agar kita menaikkan semula jalinan kasih yang kita ada dulu..dan kini dan seterusnya... siapa kata Melayu itu tak baik... tiada... kerana Melayu tak baik itu sakit mental politik dan kepesongan nilai Malaysia dan terpesong dari agama... Melayu semua baik baik belaka.... India pun baik baik belaka buat railway, jalan dan bertungkus lumus buat estet dan lain lain... India ini asal nya orang simple... mereka datang sebagai tenaga untuk Malaya buat jalan... orang Cina pula buat rumah ketika itu bersama tukang rumah Melayu... Hakka Moi jadi benteng bawa pasir dan batu... ramai Hakka terlibat dalam industri bijih timah... getah dan lain lain... KITA SEMUA HIDUP HARMONI DENGAN ASAL NYA ORANG MELAYU/ ASAL MENERIMA PENDATANG CINA YANG TIBA DI MALAYSIA... DAN JUGA DI NEGARA LAIN SELURUH DUNIA... Terima kasih pada orang Melayu asal yang memberi peluang pada ayah saya... sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya... saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.... SAYA JANJI SAYA AKAN SUMBANGKAN APA JUA YANG SAYA MAMPU LAKUKAN UNTUK MALAYSIA......

https://www.facebook.com/100000053340071/posts/3768205396524535/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...