Gambar : Kaitan Sumpah Melayu dengan Isu Kontrak Sosial sewaktu kemerdekaan Tanah Melayu
🔴 KEBANGKITAN SELEMPANG MERAH KIYAI SALLEH | BATU PAHAT & MUAR
Deskripsi :
Pertubuhan gerakkan MPAJA merupakan antara cabang gerakkan komunis Malaya dalam menentang pendudukan Jepun di Malaya ketika perang dunia kedua.
Selepas Jepun menyerah kalah, gerakkan MPAJA menentang pula orang melayu dengan alasan memburu talibarut Jepun.
Setiap hari ada sahaja keluarga melayu dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan malah ada yang hilang secara misteri.
Maka orang melayu mula menyusun gerakkan menentang kekejaman MPAJA terhadap orang melayu.
Bagaimana kebangkitan melayu bermula? Nantikan penerangan video pada hari ini.
Sumber: Catatan sejarah.
_________________________
✅ "JOIN" ahli member Explorasi Misteri Mistik:
https://www.youtube.com/channel/UC-ir...
✅ Cadangan dan pandangan:
https://t.me/nazree_79
__________________________
#ExplorasiMisteriMistik #SelempangMerah #KiyaiSalleh
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Arkib : 28 Disember 2019
Kisah Panglima Kiyai Salleh Dengan Pasukan Tentera Selempang Merah
Kisah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku dalam lipatan sejarah negara kita sebelum kemerdekaan. Pergeseran antara kaum sentiasa berlaku akibat daripada asimilasi daripada kaum pendatang kepada penduduk asal Tanah Melayu. Sejarah adalah untuk kita kaji dan hayati agar menjadi panduan dan iktibar kepada generasi yang akan datang. Seharusnya kita kekalkan keamanan dan kita juga perlu kekalkan Agama Islam anutan kita serta identiti kita sebagai sebuah bangsa yang sangat berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan kedaulatan dan Tanah Air daripada anasir-anasir dari luar dan asing.
Selain itu, melalui bukti-bukti berbentuk gambar-gambar, bahan arkib sejarah serta cerita yang sangat jarang berlaku ini adalah merupakan sebuah kisah perjuangan mempertahankan Agama dan Bangsa yang sangat jarang berlaku iaitu tentang bagaimana suatu ketumbukan pasukan jihad diketuai oleh Kiyai Salleh (kisah tersebut) demi untuk membela nasib umat Islam yang tertindas oleh anasir-anasir daripada luar. Justeru itu, dengan berlatar belakangkan asas pendidikan Agama yang kuat oleh tokoh ini (Kiyai Haji Salleh) hanya dengan berbekalkan Ayat-ayat Quran yang diamalkan, telah di khabarkan bahawa mereka (pengikut-pengikut Kiyai Salleh) sentiasa mengamalkan khatam Khawajakan Naqsabandi dan Aurad Muhammadiah apabila setiap kali selepas selesai solat fardhu.
Perkara ini secara lama kelamaan telah merubah keadaan nasib golongan tertindas tersebut. Peristiwa kebangkitan Umat Islam di sekitar Johor telah menyebabkan ramai penduduk-penduduk sekitar telah bangkit membanteras kekejaman Pasukan Gerila Komunis yang berasal daripada Pasukan Malaysian People Anti Japanese Army ataupun MPAJA. Keadaan pasukan ini telah berubah fungsi dan gerakan mereka apabila Penjajah Jepun menyerah kalah sewaktu Perang Dunia Kedua tamat dengan menukar corak perjuangan mereka mirip dengan perjuangan Gerila Komunis ataupun mereka gelarkan diri mereka sebagai Pasukan Bintang Tiga.
Suara-suara keramat kebangkitan Umat Islam ini telah disertai dengan laungan semangat 'Hidup Melayu', maka bermulalah era Perjuangan Melayu Islam daripada sudut dunia politik. Kehadiran pemimpin seperti Dato' Onn Bin Jaafar iaitu satu nama yang dipahat di dalam sejarah sebagai pemimpin yang membangkitkan usaha kebangkitan Umat Melayu yang Islam berusaha untuk memenuhi kehendak masyarakat bukan sahaja dari Johor, malah ke seluruh pelusuk Tanahair dari Perlis hingga ke Singapura untuk menghentikan Pembentukan Malayan Union. Ini adalah sejarah terawal perjuangan orang-orang Melayu yang telah pun dikumpulkan kesatuan mereka melalui wadah perjuangan politik kepimpinan kesatuan Melayu bersatu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ataupun nama ringkas awal adalah PERKEMBAR ataupun dalam Bahasa Inggeris nya, United Malays National Organization iaitu UMNO.
Sebagai penutup, sejarah perjuangan ini tidak akan terhenti sendiri. Ia akan hanya terhenti apabila sejarah perjuangan asal telah dilupakan dan Agama Islam dipinggirkan. Segala watak-watak yang wujud di dalam sesuatu peristiwa tersebut dalam sejarah adalah mengikut kesesuaian kepada jalan cerita serta takdir yang ditentukan oleh Yang Maha Esa. Tidak mustahil sekiranya berlaku sekali lagi peristiwa seperti ini, maka akan wujud lagi watak-watak yang baharu yang akan memperjuangkan ketinggian Agama Islam juga perjuangan memartabatkan Bangsa serta Tanah Air. Peristiwa-peristiwa seperti ini haruslah dibaca berulang kali supaya boleh dihayati semangat perjuangan mereka sehingga ke Akhir Zaman. Semoga ianya menjadi panduan, iktibar serta pedoman pada masa akan datang. In shaa Allah aamiin.
Gambar 1 : Arkib Peristiwa 13 Mei 1969
Gambar 2 : Pendapat warganet mengenai peranan pasukan ini sewaktu tragedi 13 Mei 1969
Sumber Asal : Facebook
Gambar 3 : Haji Mohd Salleh Bin Abdul Karim @ Kiai Salleh @ Panglima Salleh Selempang Merah
Biodata Ringkas Pejuang Islam di Tanah Melayu Era Pasca Perang Dunia Kedua
NAMA PENUH : Mohd Salleh Bin Abdul Karim
GELARAN : Kiyai Salleh Abdul Karim, Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh, Penghulu Salleh, Salleh Hitam, Salleh Keling.
TAHUN LAHIR : 1916
TEMPAT LAHIR : Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor.
TARIKH MENINGGAL : 21 April 1959
SUMBANGAN : Tokoh pejuang menentang komunis di Batu Pahat dan Muar, Johor.
Jasa Kiyai Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran ‘Panglima’ kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.
Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.
Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.
AL FATIHAH..
Wallahuawalam
Che'gu Rosman
Sumber Asal : Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217076837488695&id=1101123111
Gambar 4 : Ikrar Sumpah Melayu
بسم الله الرØمن الرØيم
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri.
KAMi berjanji akan bersatu padu dan patih menegakkan agama Islam.
KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu Islam bersumpah setia untuk :
Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
Mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu;
Memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa Melayu, dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
Termaktub di Batu Pahat
pada 8 Rabi'ul-Awwal 1365 Hijrah, bersamaan 10 Februari 1946 Masihi
Gambar 5 : Sumpah Melayu Dato' Onn Jaafar
Arkib : 20 Disember 2019
Kembara 3 Pulau 3 Negara
Hari 2 : Makam Habaib & Kiyai, Batu Pahat, Johor.
🔴 KISAH DAN MAKAM KIAI SALLEH | BATU PAHAT
Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.
Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengikutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.
Walauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.
Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.
Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada 17hb September 1955.
Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.
___________________________
✅ Biografi: Nazri Salleh dan pn.Ita (akak) adalah perawat Islam yg telah menjalani proses pembersihan hati melalui zikir dan amalan surah-surah selama 40 hari pada waktu tahajud. Jadi bila berjaya melalui proses beberapa peringkat tersebut baru disanadkan jadi perawat Islam.
Jadi dari situ Allah kurniakan sedikit kelebihan yang dipinjamkan untuk manfaat manusia tak kisah dalam apa jua perkara seperti merasa, melihat, dan mengetahui sedikit rahsia Allah yang Allah izinkan.
____________________________
✅ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.
Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.
_________________________
🔴Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut:
https://t.me/InformasiEMM_bot
__________________________
✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
https://t.me/ExplorasiMisteriMistik
#ExplorasiMisteriMistik #KiaiSalleh
Pautan artikel-artikel lain yang berkaitan :-
Ilmu Tempur Parang Terbang. Ilmu Seni Bela Diri Warisan Panglima Kiyai Haji Salleh (Selempang Merah)
"Tentera Sabil Geng Parang Terbang Sungai Manik Perak"
GERAKAN PARANG PANJANG DAN KEKEJAMAN KOMUNIS
No comments:
Post a Comment