Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 22 January 2020

Sejarah Ringkas Riwayat Hidup Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail R.A.


Gambar : Lokasi di Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail

Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail R.A

Syeikh Ismail telah dilahirkan pada hari Jumaat 17 Rabiul Awal tahun 867 H bersamaan 1463 M di antara waktu Maghrib dan Isyak di Baghdad.

Beliau lahir hasil dari perkahwinan ayahandanya yang bernama al-Saiyid as-Syeikh Abdul Qadir dan ibunya Saiyidah Fatimah. Darah yang mengalir di dalam tubuh Syeikh Ismail adalah titisan dari salasilah Nabi Muhammad s.a.w. Moyangnya ialah Sultan al-awliya' Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.

Sultan Al-Ariffin gelaran di awal nama Syeikh Ismail memberi petunjuk dengan jelas tanpa syak lagi bahawa Syeikh adalah termasuk dalam kaum Sufi yang bertaraf Wali. Beliau pada zamannya menjadi ketua bagi para 'ariffin. Dengan hujah ini nyatalah Syeikh Ismail bukanlah salah seorang raja yang pernah memerintah Melaka, seperti yang disangkakan orang. Sebegitulah juga Syeikh bukanlah peribadi yang sama dengan Syeikh Ismail yang mengislamkan Meureuh Silu yang kemudiannya bergelar Sultan Malik al-solih yang membangunkan Kerajaan Samudera Pasai. Ini disebabkan Meureuh Silu hidup di sekitar tahun 1261 M hingga  1289 M, sedangkan Syeikh Ismail ibn Abdul Qadir hanya sampai di Pulau Besar pada 900 Hijriah bersamaan 1495 M. Salasilah keturunan Syeikh juga terdiri dari Ahlul Bait Nabi Muhammad s.a.w.

Peristiwa Mencarik Adat

Pada 1470 M, ketika usianya tujuh tahun, Syeikh Ismail telah dibawa oleh keluarganya untuk menunaikan Fardhu Haji di Mekah Al-Mukarramah. Setelah selesai menunaikan Fardhu Haji, mereka berangkat ke Madina Al-Munawarah bagi menziarahi Makam Rasulullah s.a.w.

Suatu peristiwa yang mencarik adat telah berlaku di mana sebaik-baik sahaja mereka memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. mereka telah dapat mendengar jawapan salam Rasulullah dari dalam makamnya di Raudhah al-Syarif. Rasulullah juga bersabda:

"Wahai anakku Ismail, bermusafirlah akan dikau bersama rombonganmu ke Tanah Jawi. Kamu akan dapati di sana saudaramu senasab."

Dengan berlakunya peristiwa di Raudhah itu membuatkan Syeikh Abdul Qadir dan isterinya Saiyidah Fatimah semakin sangat kasih kepada anaknya itu serta diberikan perhatian yang lebih kepadanya. Sesampainya mereka kembali ke Baghdad, Syeikh Ismail telah diberi pendidikan dengan sempurna dan diajari akhlak yang terpuji yang mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w. Kedua ibubapanya menyedari bahawa anak mereka itu telah dipilih oleh Allah untuk melaksanakan misi dakwah ke Tanah Jawi (Tanah Melayu).

Seperkara lagi mengenai al-khirqu 'adat yakni perkara yang mencarik adat yang berlaku sewaktu kecilnya ialah serentak dengan masa kelahirannya itu telah lahir 116 bayi lelaki di sekitar Baghdad. Anehnya kesemua mereka menjadi rakan dan pengikut Syeikh Ismail dan kesemua mereka menjadi para kekasih Allah Ta'ala adanya. Demikianlah di antara kekeramatan Syeikh Ismail sedari beliau masih kecil. Mengertilah kita bahawa Syeikh Ismail adalah pilihan Allah untuk melaksanakan misi yang besar di kemudian hari.

Akhlak Terpuji Syeikh Ismail

Sementara dari sudut akhlak pula ternyata Syeikh Ismail memiliki akhlak yang terpuji. Saban hari beliau berdoa ke Hadrat Ilahi agar dikurniakan kepadanya kekuatan bagi mengikuti sunnah Nabi s.a.w. sama ada pada perbuatan dan percakapan mahupun pada amalan. Doa beliau diperkenankan Tuhan sehingga menjadilah akhlaknya menghampiri kepada akhlaknya Rasulullah s.a.w. diperuntukkan masanya untuk berhubung dengan tuhan dan masa untuk menjalin perhubungan sesama makhluk.

Pada suatu hari Allah Ta'ala telah mengilhamkan kepada Syeikh Ismail melalui tidurnya agar beliau pergi sekadar segera menziarahi Makam Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah Al-Munawwarah. Ilham itu mengingatkan mereka kembali peristiwa ketika beliau berusia tujuh tahun dahulu. Syeikh Abdul Qadir dan isterinya Sayyidah Fatimah menyedari bahawa waktu perpisahan dengan anaknya itu hampirlah tiba. Meskipun terasa juga beratnya di hati, namun kedua ibubapa yang Mukmin itu juga merelakan anak mereka pergi demi kerana Allah dan demi Rasul dan demi kerana agama. Syeikh Yusuf menentukan hari berangkatnya Syeikh Ismail serta memilih ahli rombongan. Ilham yang mendatangi Syeikh Ismail adalah suatu ilham Rabbani kepada beliau untuk melaksanakan tugas menyampai Islam di Nusantara.

Setelah sampai di Tanah Haram dan menyempurnakan umrah, mereka lalu bergegas menziarahi baginda s.a.w. dan Baginda s.a.w. telah berkata :

"Assalamualaikum wahai anakku Ismail, berangkatlah kamu serta orang-orangmu ke Tanah Jawi. Bersabarlah dalam menempuh segala rintangan. Ajarilah dan pimpinilah akan umatku di sana dengan pengajaranku. Mintalah restu dengan menziarahi moyangmu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani" (Tuhfatul Abrar ; hlm. 8-14)

Ketibaan Syeikh Ismail ke Melaka

Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail ibn Syeikh Abd Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar r.a. telah selamat sampai ke Pulau Besar pada tahun 900 Hijrah bersamaan 1495 M. Syeikh beserta rombongannya seramai 16 orang itu dalam pelayaran menuju ke Kota Melaka, namun apabila sampai di perairan Umbai mereka ternampak sebuah pulau yang berbukit dan bukitnya pula agak tinggi. Melihat pulau yang tersergam itu mereka pun berkata dalam bahasa mereka al-malaiyun yang bermaksud Pulau Besar. Pulau itu bagaikan melambai-lambai yang menyebabkan rombongan tersebut tertarik kepadanya.

Syeikh Ismail sampai di Pulau Besar pada tahun 1495M iaitu 16 tahun sebelum kejatuhan Kerajaan Islam Melaka. Sewaktu itu, Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan keadaannya masih gemilang sebagai pusat perniagaan antarabangsa serentak pusat pengajian Islam. Pada suatu hari, Syeikh Ismail dengan ditemani oleh Syeikh Yusuf dan beberapa yang lain berangkat ke Kota Melaka bagi menghadap sultan. Kedatangan mereka sangatlah dialu-alukan oleh Sultan Mahmud apatah lagi dikhabarkan Syeikh Ismail mendapat arahan daripada Baginda s.a.w. dan sultan juga seorang yang menyanjung para ulama'. Mereka juga meminta izin untuk mereka menetap di Pulau Besar itu dan menjadikan pulau itu sebagai Ribad Sufiah. Sultan Mahmud tidak sampai hati kerana kehidupan serba kekurangan rombongan itu di sana, tetapi akhirnya Sultan Mahmud pun akur dengan hasrat mereka.

Sunan Bonang dan Sunan Giri Berguru Di Pulau Besar

Dikatakan juga dua orang Wali Songo atau dalam Bahasa Melayu Wali Sembilan yang terkenal dengan penyebaran Islam di Pulau Jawa, iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah datang untuk berguru di Pulau Besar dengan Syeikh Ismail yang juga dikenali sebagai Wali Lanang. Berkat ilmu yang dipelajari, kedua mereka pulang ke Pulau Jawa lantas membuka pesantren ataupun pondok bagi tujuan penyebaran Islam di Pulau Jawa yang masih dikuasai oleh Kerajaan Majapahit yang menganut agama Hindu/Buddha.

Hasil dakwah yang gigih daripada Wali Songo ini, maka pada tahun 1517, Kerajaan Majapahit tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Islam Demak yang menjadi pemangkin kepada penyebaran Islam ke seluruh Kepulauan Indonesia. Berdasarkan maklumat ini, bolehlah dikatakan Pulau Besar mempunyai saham di dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu sebagaimana yang diamanahkan kepada Syeikh Ismail.

Penutup

Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 terubat dengan tertegaknya Kerajaan Islam Demak yang diasaskan oleh Wali Songo pada 1517.

Sheikh Ismail kembali ke rahmatullah pada tahun 1520 M ketika berumur 58 tahun setelah mengabdikan diri dengan amanah dan dakwah Rasulullah s.a.w. Makamnya adalah testimoni akan pengabdian yang mutlak kepada Allah Ta’ala di dalam melaksanakan amanah dakwah yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.

Rujukan : Menyingkap Misteri Pulau Besar : Ana Faqir

#info #sejarah #ulamak #pejuang #muslim

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216892438118826&id=1101123111

Arkib : 20 Disember 2019

Kembara 3 Pulau 3 Negara

Hari 2 : Pulau Besar, Melaka


https://youtu.be/0flZoselUr4

Video mengenai dokumentari Pulau Besar, Melaka. Rangkuman maklumat tentang catatan sejarah, kisah-kisah mistik, mitos dan lagenda terkandung di dalam video ini.

Sila tonton sehingga habis untuk maklumat lanjut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217573552546261&id=1101123111

Sumber Tambahan : Misteri Pulau Besar Melaka




RAHSIA PULAU BESAR


🔴 KAITAN SULTANUL AARIFEEN DENGAN PULAU BESAR | MELAKA


Deskripsi daripada Studions Production :

Mungkin ada yang keliru dengan nama Sultan Ariffin di Pulau Besar Melaka yang menjadi tumpuan utama bagi pengunjung ke pulau tersebut.
Pulau Besar menjadi penempatan dan pusat aktiviti penyebaran agama Islam satu ketika dulu.
Insyaallah saya akan kongsikan sejarah Pulau Besar yang ada kaitan dengan makam Sultan Ariffin.
Tidak hairan kenapa Pulau Besar menjadi sangat penting dan merupakan pemankin kebangkitan Islam di Alam Melayu dan nusantara. Nantikan penerangan video pada hari ini. Sumber: SejarahPulauBesarMelaka (blog) & SejarahUlamaMelaka (FB) _________________________ ✅ "JOIN" ahli member Explorasi Misteri Mistik:
__________________________
✅CHANNEL TELEGRAM EMM:
__________________________

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...