RUNGUTAN SEGELINTIR PIHAK DI SINI...
Pandangan yang terbaik daripada warganet di Facebook
kalau kerajaan nk layan jgak SENIMAN tu xtahu laa... masalahnye deorg ni bukan golongan B40(bottom40)... betul??? sbelom negara berbencana, deorg ni hasil pendapatan deorg 1 group dgn tengku, golongan T20(top20) negara... golongan T20 mcm tengku ni turun pergi mintak bantuan, malu beb... malu... tengku xpuas hati sebenarnye korang... nanti org fikir negatif kt org mcm tengku ni terutama korang yg golongan B40... tu pun dh ade meme yg dibuat kt serata medsos pasal org kaya...😄 gara2 retis2 kudis ni lah... biznes baru besar telapak kaki bayi dh berlagak beb... belom lagi biznes smpai tahap mcm tengku ni... retis2 mesti dh lubang hidong 24jam mendongak kelangit... adoiiii... ade ke logik... time menerima anugerah... dress ,tuxedo, suit ape semua boleh puluh ribu riban plak harga...😂 kan, budak2 ape lagi terkinja2 dlm rumah padahal tengok tv jee... xpun time kawen, hantaran rm300ribu, cincin kawen xnak Xian-Xian buatan china, nk pearl dari laut mati, rm80ribu sebutir, dewan serbaguna bertukar jadi istana fairytales kena dgn hiasan pelamin ala2 hello kitty rm1.5juta... belom cerita duit sedekah org nk masuk pintu... yg hadir datin2 dato2 elawen 5000sebulan... 😂 dpat bencana, mintak tolong kerajaan... haaalllllaaaahhhh... mcm laa rumah villa kau dh roboh kena gempa bumi hilang harta tiada daya, padahal wabak penyakit jee n org suh duduk rumah... ape salah korang pergi bedal jee ikan masin perah limau tu... xpun ikan bilis goreng tumbuk2 gaul kat nasi panas??? susah ke??? merana sangat ke??? korang tahu tengku, relaks jee tibai telur goreng atas kuali, kacau2 kasi berterabur telur tu, tuang atas nasi, campur sos tiram 3kali hentak... gaul kt nasi...😄 korang tahu nasi tu bertukar jadi tiram asli... 😂 walaupun realiti dia cebisan telur goreng jee pun... biasa susah laa tengku biasa susah... kalau xtengku xtahu menu2 sempoi ni... xpun makan ulat apong tu, bakar dlm kuali, bawak geng semenanjung sekali makan kompom korang muntah kahak... org sarawak laa kan, lagipun benda tu bukan najis... cuma rupa bentuk ulat tu mcm benda yg belom khatan lagi...😂 itu jee... hahaha... xpun nk makanan yg memang low bajet, korang sedia mangkuk, sirap limau, sirap bawang merah, ikan bilis mentah secubit, kicap masin 5sudu... boleh xsedar nasi dh 3pinggan...😂😂😂 hahaha... org mcm tengku ni bukan nk kata hebat, tapi kalau nk sesuatu benda tu, makan nasi dgn garam/kicap pun boleh sebulan 2... sebab janji ikat leher janji tengku dpat ape yg tengku nk... jadi xmustahil tengku dpat lamborghini 3bijik kt luar rumah tu, dgn ferrari tu sekali...😄 n amalkan dlm biznes... tmbah lagi tengku pelabur, hilang 1sen jee tengku boleh xtido mlm... korang boleh??? takat xmakan ayam goreng sehari dh meroyan mcm org giler...😂😂😂 jadi pendek kata,"kita kena biasakan diri susah dulu laa, baru kita boleh jadi senang suatu hari"...☺☺☺ kalau korang nk ikut cara keluarga tengku ni korang ikut, didik pada anak korang, ishaAllah suatu masa anak korang kaya berat mcm tengku korang tahu tapi kekal xbongkak n kurang berjoli... walaupun tu tadi ade jee duit dlm poket nk bagi anak2 makan colourful sikit...😂 kalau korang biasa terus senang2 hidup, anak merengek sikit dh gelabah... maka mcm artis2 laa korang n anak2 korang...😂😂😂 dh jatuh susah, mati kutu, padan muka kau kutu sekalian!!!😏 membongak lagi... kenapa??? sebab berlagak tu melebihi bajet harian... tu laa jadinye... last2 salah muhyiddin...😂
Sedikit Kisah Riwayat Hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee
P/S : Susah nak cakap lah pasal seniman minta bantuan. Tak perlu fikir jauh. Cukuplah kita tengok dengan sejarah hidup Tan Sri P. Ramlee. Memang dia pernah hidup senang. Awal-awal hidup arwah, bukan orang senang. Kerja cuci pentas. Tak layak jadi pelakon. Tapi lama-lama ikut pentas Shaw Brothers dapat rezeki jadi pelakon padahal muka penuh jerawat.
Selain itu, dia juga punyai bakat dalam muzik. Umur macam saya ini, dah beratus-ratus lagu dah dia cipta. Kalau tak dia menyanyi, dia bagi lagu kat orang lain. Awal hidup berumah tangga pun, bini cabut lari tinggalkan suami dengan anak-anak. Selepas itu jumpa jodoh kedua dengan darah ala-ala tengku sikit. Rezeki melimpah ruah masa itu. Tak lokek. Senang bagi bantuan pada kawan-kawan. Musuh pun mengaku dia kawan sebab nak pergunakan nama dia untuk kepentingan diri masa dia di Singapura dulu.
Tapi itulah. Langit tidak selalu cerah. Lepas kahwin dengan isteri ketiga (Puan Sri Saloma selepas bercerai dengan isteri kedua) rezeki dah makin berkurang sejak pindah masuk semula ke Malaysia. Singapura pula dah dikeluarkan dari Malaysia tahun 1965 iaitu selepas filem terakhirnya di Shaw Brothers, Tiga Abdul. Kalau perasan memang ada babak sedih di penghujung filem itu. Macam ala-ala selamat tinggal Singapura. Arwah nak bina hidup baharu di Kuala Lumpur.
Kehidupan di Malaysia ketika itu rezeki dah makin kurang. Filem yang dihasilkan sudah tidak bermutu lagi. Syarikat rakaman pun dah semakin kurang putar lagu-lagunya. Ini semua dengan alasan lagu dia bukan lagu-lagu yang terkini. Dah ketinggalan zaman. Zaman itu (1960 hingga 1970) banyak putar lagu kugiran seperti ala-ala The Beatles. Dia cuba juga cari nasib dengan cipta lagu A Go Go dan lagu-lagu seperti kugiran. Juga tak menjadi. Pada waktu itu sudah bukan zaman kegemilangan dia waktu 1966 hingga 1973.
Pengakhiran hidup yang amat sedih dan daif. Sahabat rapatnya, arwah Dato Aziz Sattar nampak dia makan nasi lauk telur dengan kicap sahaja di rumah. Langsung tak dengar keluhan dia tak dapat apa-apa rezeki masa penghujung usia.
Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Bila dia meninggal ramai yang hadir nak solatkan jenazahnya. Kalau nak diikutkan, masa dia tengah susah dan penghujung usia, tak ada sesiapa yang nak datang singgah ke rumah dia. Bila dah meninggal ramai yang hadir. Rahmat Allah itu bersama dengan orang-orang yang beriman, bersabar dan beramal soleh.
Kini, kalau diberikan macam-macam bantuan pada waris-waris beliau pun dah tak sama. Yang nak diberitahu di sini, insan yang bertaraf seniman lagenda pun boleh sabar dengan dugaan hidup. Jadi sekarang ini kita masih boleh lagi teruskan kehidupan sebab negara kita belum lagi darurat seperti 13 Mei 1969.
Pada ketika zaman arwah masih hidup dahulu, waktu itu di Malaysia belum ada lagi persatuan seniman seperti zaman sekarang ini. Maka perjuangan seniman bukan jadi keutamaan bagi pihak kerajaan. Kita sendiri boleh nilai dan nampak usaha pihak kerajaan masa Bossku DSN jadi PM 6. Manfaat rakyat turut dinikmati oleh semua golongan termasuklah seniman di Malaysia.
Soalan saya sekarang ini, "Apa yang orang kita balas budi pada dia (DSN)?" Mereka bagi bagi undi kat pemimpin-pemimpin bertaraf "tahek". Itulah kesan yang mendapat sehinggalah sekarang. Bila negara baru nak pulih, biarkanlah kerajaan (pimpinan PM 8) utamakan rakyat yang lebih susah taraf kehidupan mereka yang serba serbi tidak lengkap. Kalau lengkap, mereka tak masuk dalam program TV Bersamamu TV3. 🌹
Rujuk posting lama di sini mengenai kisah hidup P. Ramlee
Antara artikel-artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment