Pada hari ini dalam tahun 2004, Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai ini diperkenankan Baginda sendiri. Kerja-kerja pembinaan Masjid Al-Muhtadin telah dimulakan pada 1 November 2001 dan siap pada tahun 2003. Solat jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003.
Dalam titahnya, Baginda menzahirkan harapan untuk melihat Negara ini khususnya negeri Selangor, membangun dengan pesat bukan sahaja dari segi kebendaan semata-mata tetapi pada masa yang sama, semua masyarakat khasnya umat Islam perlu berjaya dan mempunyai pengetahuan dan pegangan agama yang kuat. Baginda juga berharap semua usaha yang dilakukan dalam menerokai pelbagai bidang baru perlulah berlandaskan kepada prinsip iman dan takwa meliputi pembangunan infrastruktur, fizikal, mental dan spiritual masyarakat.
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment