Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 2 October 2022

14 SEPTEMBER 1961 RANG UNDANG-UNDANG MENCEGAH RASUAH TELAH DIGUBAL


Pada hari ini dalam tahun 1961, Rang Undang-undang Mencegah Rasuah telah diterbitkan dalam Warta Kerajaan. Rang Undang-undang tersebut telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Keselamatan, Dato' Dr. Ismail bin Dato' Hj. Abd.Rahman. Rang Undang-undang Mencegah Rasuah itu telah digubal untuk menggantikan Undang-undang Mencegah Rasuah tahun 1950. Dalam ucapan ketika membentangkan Rang Undang-undang tersebut, Dato' Dr. Ismail menyatakan Undang-Undang mencegah rasuah yang baru itu adalah perlu bagi memperkemaskan dan mempercepatkan penyiasatan serta dakwaan terhadap kes-kes rasuah di negara ini.

Di samping itu, beliau turut menekankan bahawa orang ramai juga perlu mengambil peranan dengan sikap mengelakkan diri dari memberi hadiah dan rasuah kepada kakitangan awam. Dalam hal ini orang ramai juga perlu mempunyai kesedaran untuk melaporkan kegiatan rasuah yang berlaku kepada pihak yang berkuasa. Antara perkara-perkara asas yang termaktub dalam Rang Undang-undang Mencegah Rasuah ini ialah :

Seseorang yang memberikan rasuah kepada mana-mana kakitangan awam boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih dari lima tahun atau dikenakan denda tidak lebih daripada $10,000 ringgit ataupun kedua-duanya. Sesiapa yang memberi rasuah kepada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan atau anggota badan awam boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 7 tahun atau denda tidak lebih daripada $10,000 ringgit atau kedua-duanya sekali. Mereka yang menerima rasuah itu juga akan menerima hukuman yang sama.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel yang berkaitan :-

PERINGATAN ! INGATAN KEPADA BUKAN ISLAM


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...