Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 2 October 2022

01 OKTOBER 1967 PENUBUHAN BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR)

 

Pada hari ini 1.10.1967, Kerajaan dengan rasminya menubuhkan Badan Pencegah Rasuah. Dalam tahun 1958, Kerajaan telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi mengkaji masalah rasuah, khususnya dalam perkhidmatan awam dengan meminta suruhanjaya itu mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasinya. Hasil daripada cadangan-cadangan suruhanjaya itu pada 15 Jun 1959 kerajaan telah menubuhkan Cawangan Jenayah Khas, di Jabatan Siatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia. Cawangan ini mempunyai tiga kawasan pentadbiran, iaitu kawasan Utara meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Kawasan Tengah merangkumi negeri Selangor, Perak dan Pahang; dan kawasan Selatan meliputi negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Tugas utama cawangan ini adalah menjalankan siasatan ke atas kes-kes rasuah. Selain dari menubuhkan Cawangan Jenayah Khas itu, pada 1 November 1959, Kerajaan juga telah membentuk Unit Pencegah Rasuah di Jabatan Perdana Menteri. Tugas utama Unit ini ialah mengadakan ceramah dan dialog untuk Jabatan-jabatan Kerajaan serta orang awam. Pada tahun 1960, Unit ini telah diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Memandangkan wujudnya tiga agensi berasingan dan terletak di bawah tiga bumbung yang berlainan, maka ini menimbulkan masalah keseragaman dan penyelarasan dalam usaha-usaha mencegah rasuah. Sebuah jawatankuasa telah dilantik oleh kabinet bagi mengkaji perkara ini yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman. Pada 31.9.1967 sehari sebelum Badan Pencegah Rasuah beroperasi sepenuhnya, Kerajaan telah mengumumkan melalui media massa yang agensi baru itu akan memulakan kempen bagi memastikan kecekapan di dalam semua Jabatan Kerajaan dan orang ramai diminta mengemukakan pengaduan kepada agensi itu melalui Peti Surat 6000.

Badan Pencegah Rasuah telah ditubuhkan dengan rasminya bagi mencegah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Sesungguhnya dengan tertubuhnya Badan Pencegah Rasuah, usaha-usaha pencegahan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dapat diseragamkan dan diselaraskan dengan lebih berkesan lagi.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

14 SEPTEMBER 1961 RANG UNDANG-UNDANG MENCEGAH RASUAH TELAH DIGUBAL


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...