Pada hari ini dalam tahun 2011, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Aidin berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian Masjid Sultan Ismail di Kuala Terengganu. Masjid ini pada asalnya dikenali dengan nama Masjid Raja Chendering. Menurut catatan sejarah, sebelum terbinanya bangunan lama Masjid Raja Chendering, terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Lebai Zainal di Kampung Chendering. Masjid pertama yang dibina di kampung ini menjadi tempat persinggahan orang-orang kenamaan di zaman tersebut.
Berikutan pertambahan penduduk, Tengku Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Tengku Seri Wa Diraja, telah mewakafkan salah sebuah rumahnya untuk dijadikan masjid baru bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah. Bermula dengan pengorbanan Tengku Seri Wa Diraja inilah terakamnya nama Masjid Raja Chendering sempena menghargai jasanya. Masjid ini kemudiannya diubahsuai mengikut peredaran zaman dan keperluan semasa sebelum dirobohkan bagi pembinaan masjid baru sekarang ini.
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment