Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 20 December 2022

16 DISEMBER 1949 PENTADBIRAN INGGERIS MENGUASAI MPSI

 

16 Disember 1949 – Pada tahun 1949 para pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim telah memulaukan kelas dan pulang ke kampung. Mogok ini telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tahun pertama dan tahun ketiga sebagai tanda simpati mereka terhadap tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran Maktab khususnya pentadbiran Inggeris ke atas pelajar-pelajar tahun kedua.

Hal ini berlaku adalah ekoran dari demontrasi yang dilakukan oleh para pelajar pada 10 Disember 1949 yang menyebabkan kesemua pelajar tahun kedua digantung persekolahannya dan diarah pulang. Ini menyebabkan pelajar-pelajar tahun pertama dan ketiga turut memulaukan kelas menyebabkan Maktab tersebut terpaksa ditutup selama tiga bulan.

Demontrasi yang dilancarkan itu adalah bertujuan menuntut diberikan hak-hak yang lebih luas kepada para pelajar. Kesedaran para pelajar yang berjuang menuntut hak-haknya itu jua ada kaitannya dengan percambahan semangat nasionalisme yang mula tumbuh subur selepas Perang Dua Kedua itu.

Maka untuk membendungnya Pentadbiran Inggeris yang menguasai pentadbiran Maktab Perguruan Sultan Idris telah bertindak menggantung pelajar-pelajar yang mengadakan demontrasi. Sebagai tindakbalas para pelajar telah melancarkan mogok menyebabkan Maktab terpaksa ditutup dan hanya dibuka semula pada 16 Mac 1950 iaitu kira-kira 3 bulan ditutup.

Dengan tindakan berani pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris itu pada hari ini dalam tahun 1949 menyebabkan pentadbiran Inggeris khususnya pentadbiran Maktab telah melayani tuntutan-tuntutan pihak pelajar selepas ianya dibuka semula itu.



O.T. Dussek 
Pengetua Pertama Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1935

Bila orang Melayu cuba martabatkan bahasa sendiri, ada saja yang melenting. Kononnya, martabatkan bahasa sendiri bersifat mundur dan membantutkan kemajuan. 

Mungkin orang sebegini patut mendengar kenyataan seorang pegawai British bernama O.T Dussek. Beliau merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris.

Semasa berucap kepada para pelajar pada tahun 1935, Dussek berkata, "Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih daripada 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu. Berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak dalam kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu.”

Kenyataan ini bukan saja dipetik dalam akhbar The Straits Times pada tahun sama. Malah, ia turut disebut dalam buku 'Harun Aminurrashid' oleh Abdullah Hussain pada 1982.

#ThePatriot2.0


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

29 NOVEMBER 1922 PERASMIAN PEMBUKAAN MPSI TANJUNG MALIM PERAK


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...