Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 4 May 2021

...Sujud terakhir di masjid

'Pergi dalam sujud terakhir di masjid'

Abd Hamid meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat di Masjid Nurul Huda, Kampung Sungai Kelambu, Batu Pahat pada Sabtu. (Foto: Ihsan pembaca) Gambar kecil: Abd Hamid Salleh

FARAH SHAZWANI | | 03 Mei 2021

BATU PAHAT - Seorang jemaah di Masjid Nurul Huda, Kampung Sungai Kelambu, Peserai di sini rebah dalam sujud terakhirnya ketika menunaikan solat sunat di masjid berkenaan pada malam Sabtu.

Difahamkan, kejadian itu disedari jemaah masjid yang kehairanan apabila melihat Abd Hamid Salleh, 67, bersujud terlalu lama, sebelum rebah ketika menunaikan solat kira-kira jam 9 malam.

Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu oleh seorang jemaah yang juga seorang petugas kesihatan.

Anaknya, Nurfadhilah Abd Hamid ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin berkata, kejadian itu hanya diketahui sebaik sahaja dimaklumkan oleh jemaah masjid yang datang ke rumahnya dan memaklumkan kejadian itu.

Sebaik mendapat khabar itu, kami bergegas ke sana dan melihat ayah sudah meninggal dunia, sebelum polis dan pihak kesihatan hadir untuk proses selanjutnya,” katanya.

Jelas Nurfadhilah, walaupun masih terkejut dengan pemergian arwah, dia dan keluarganya reda dan mengharapkan pemergian ayahnya yang juga pesara Telekom Malaysia itu dalam keadaan ‘khusnul khatimah’.

Menurutnya, ketika hayat ayahnya banyak menghabiskan masa di masjid selepas bersara selain mengusahakan kelapa sawit.

Setiap hari ayah akan ke masjid pada setiap waktu dari Subuh hingga ke Isyak. Pada Ramadan pula, biasanya ayah akan berbuka ala kadar dan bergegas ke masjid untuk solat Maghrib, sebelum balik ke rumah untuk sambung makan.

Selepas itu dia akan ke masjid sekali lagi untuk solat Isyak dan tarawih bersama-sama. Itulah rutinnya dan kami sangat faham. Walaupun ayah pergi ketika kita hampir menyambut hari raya, namun kami sekeluarga reda kerana ayah pergi dalam keadaan mudah dan dalam bulan yang mulia.

Alhamdulillah, tiada rasa ralat kerana kami percaya dengan aturan ALLAH SWT. Impian ayah untuk menunaikan haji setelah dua kali tertangguh juga dapat direalisasikan pada tahun 2019, sebelum wabak Covid-19 melanda,” katanya.

Tambahnya, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kelambu, Peserai pada Ahad, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan mengenai kes berkenaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/136659/BERITA/Semasa/Pergi-dalam-sujud-terakhir-di-masjid

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...