🔴 MAKAM SULTAN HUSSAIN, SULTAN SINGAPURA TERAKHIR | MELAKA
Deskripsi ringkasan daripada Studions Production :-
Sultan Hussain dikenali sebagai Sultan yang menandatangani dua perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang membolehkan penubuhan Singapura moden, di mana baginda telah diiktiraf sebagai Sultan Johor ke-18 dan Sultan Singapura yang pertama pada 6 Februari 1819. Baginda mengarahkan untuk dibinakan sebuah Istana di Singapura yang dinamakan Istana Kampong Gelam pada tahun 1820 dan pada 17 Mac 1824 selepas menandatangani surat perjanjian Inggeris-Belanda yang mana wilayah Johor di tanah semenanjung dan Singapura berada di bawah pengaruh Inggeris sementara Riau dan Kepulauan Lingga pula di bawah pengaruh Belanda.
Kesan daripada perjanjian tersebut :
1) Negeri Pahang kemudiannya telah diperintah oleh keturunan Bendahara.
2) Negeri Johor Moden pula telah diperintah oleh keturunan Temenggong sehingga ke hari ini.
3)Di wilayah pengaruh Belanda pula, Keturunan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah kemudiannya menjadi Sultan Lingga.
4) Keturunan Yang Di-pertuan Muda menguasai Riau.
Kesannya, pada 2 Ogos 1824 kuasa Sultan Hussain ke atas Singapura hilang setelah menandatangani Perjanjian 17 Mac 1824 dengan pegawai British Sir John Crawfurd untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya buat selama-lamanya. John Crawfurd menggantikan William Farquhar sebagai Residen Singapura penghujung tahun 1823. John Crawfurd mendesak Sultan Hussain Shah dan Temenggong Abdul Rahman untuk melepaskan Singapura kepada British dan diberikan pencen sebanyak 20,000 Dolar kepada Sultan dan 15,000 Dolar kepada Temenggong secara bayaran penuh. Tetapi kedua-dua tokoh tersebut tidak mahu menandatangani perjanjian hak pelepasan Singapura kepada British. Akibat kelangsungan hidup yang agak sempit, Sultan dan Temenggong akhirnya menandatangani perjanjian tersebut. Dengan itu, Singapura berjaya diambil alih dan dilepaskan hak kepada British buat selama-lamanya
Sumber: Wikipedia
___________________________
SEJARAH SULTAN HUSSIEN SHAH : Sultan Singapura Yang Ditipu Oleh Pihak British
Pada tahun 1761-1812 Sultan Mahmud Shah III memerintah Kerajaan JOHOR/LINGGA/RIAU/PAHANG
Waktu hidupnya Sultan Mahmud III baginda mempunyai 2 anak lelaki iaitu TENGKU HUSSEIN (Tengku Long) dan adiknya TENGKU ABDUL RAHMAN. Baginda juga telah melantik beberapa orang-orang besar untuk membantu memerintah negeri-negeri jajahan baginda seperti RIAU - dilantiknya Yam Tuan Muda Raja Jaafar, JOHOR/SINGAPURA- dilantiknya Temenggong Abdul Rahman, PAHANG - dilantiknya Bendahara Tun Koris yang kemudiannya di gantikan dengan Bendahara Tun Ali.
Pada tahun 1812 sewaktu Tengku Hussien berada di Pahang, Sultan Mahmud III mangkat di Lingga, oleh kerana keadaan laut yang bergelora Tengku Hussien tidak dapat pulang dengan segera bagi menghadiri pengkebumian baginda Sultan, dan oleh kerana itu Yam Tuan Muda Raja Jaafar orang yang paling berkuasa di Riau telah melantik Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan bagi menggantikan Sultan Mahmud III dengan gelaran SULTAN ABDUL RAHMAN MUADZHAM SHAH (1812-1819) dengan alasan mengikut adat istiadat supaya Sultan Mahmud III dapat di makamkan segera, tetapi sebaliknya ia mempunyai tujuan tertentu iaitu ingin memperalatkan Tengku Abdul Rahman keranaTengku Hussein tidak berbaik dengan Yam Tuan Muda Raja Jaafar!, dan jika Tengku Hussien yang di tabalkan menjadi Sultan maka Yam Tuan Raja Muda Jaafar akan kehilangan kuasa. Dari peristiwa itu dengan sendirinya Tengku Hussein kehilangan tahta kerajaan.
Pada bulan Julai tahun 1818, seorang pegawai inggeris di Melaka (Residen) bernama William Farquhar (Kolonel) telah berutusan dengan pemerintah-pemerintah melayu di Lingga, Riau dan Johor di mana beliau telah mengetahui percaturan politik yang berlaku di dalam kesultanan Johor/Riau/Lingga/pahang, peluang ini telah digunakan pula olih Sir Thomas Stamford Raffles (Lieutenant) Gabenor Kompeni Inggeris di Bangkulu.
Pada 28 Januari 1819, Sir Thomas Stamford Raffles bersama angkatan sebanyak 8 buah kapal telah tiba di Kepulauan Sekijang - Singapura dan pada keesokannya memasuki Singapura, William Farquhar telah mengadap Temenggong Abdul Rahman pemerintah Singapura pada waktu itu, di mana rumahnya terletak tidak jauh dari sungai Singapura.
Temenggong Abdul Rahman telah di pujuk untuk membenarkan Inggeris menetap dan membangunkan loji atau gudang mereka di Singapura, sebagai balasan pihak Inggeris akan melindungi Temenggong Abdul Rahman dan memberi wang sebanyak 3,000 ringgit setiap bulan.
Pada 30 hb Januari 1819, Raffles telah membuat "PERJANJIAN SEMENTARA" dengan Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman, orang yang memegang kuasa memerintah Singapura/Johor, dan isi kandungan Surat Perjanjian Sementara itu berbunyi seperti berikut:-
- *Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman, Raja Singapura yang memerintah negeri Singapura dan sekelian tukun (tokong) pulau mana di dalam pemerintahannya. Singapura dalam dia punya nama sendiri dan di dalam nama Seri Sultan Hussein Shah Muhamad Raja Jaafar dengan Seri Paduka Thomas Stamford Raffles dengan daerah wakilnya Seri Maharaja Gabenor_Jeneral di Benggala Yang Maha Mulia*
- *Maka dari sebab lama bersahabat dan berdagangan perniagaan antara kompeni Inggeris dengan negeri daerah yang di bawah pemerintah Singapura-Johor itu baik dibikinkan pekerjaan yang patut tiada boleh putus selamanya, perkara pertama, mak kolej Kompeni Inggeris membikin lagi akan penduduk di Singapura atau lain-laun tempat yang dibawah perintah Singapura-Johor*
- *Perkara kedua, maka dari sebab itu kompeni Inggeris berjanji memelihara Dato Temenggong Seri Maharaja*
- *Perkara ketiga dari hal tanah kompeni mahu bina loji penduduk kompeni bolehlah beri pada satu tahun Dato Temenggong Seri Maharaja tiga ribu rial*
- *Perkara keempat maka Dato Temenggong perjanjian selama-lamanya yang kompeni inggeris boleh duduk dan pelihara seperti janji ini tiada dia boleh masok bicara atau lepas masok didalam daerahnya pada segala bangsa yang lain daripada inggeris*
- *Perkara yang kelima maka apabila datang Seri Sultan yang dijalan sampai disini boleh habiskan semua perkara perjanjian ini dan tetapi baiklah kompeni inggeris boleh pilih satu tempat mahu menaikkan bala tenteranya dengan alat perkakasnya dan menaikkan bendera inggeris, maka dari itu diturunkan tandatangan dan cop kita didalam kertas ini. Tatkala diperbuat surat ini kepada empat haribulan Rabiul Akhir tahun 1232*
Oleh sebab Raffles hendak menguatkan lagi kedudukan inggeris di Singpura an ia pun mengetahui kedudukan kesultanan Johor/Riau yang sedang dipertikaikan itu, dan juga mengikut seperti yang tersebut dalam perjanjian sementara itu, Raffles dan Temenggong Abdul Rahman pun menghantarkan orang-orang pergi ke Riau mengambil Tengku Hussien (Tengku Long) di bawa ke Singapura.
Pada 1 hb Februari 1819, TENGKU HUSSIEN telah sampai ke Singapura, Tengku Hussein telah bermesyuarat dengan Temenggong Abdul Rahman tentang orang-orang inggeris hendak menduduki Singapura dan Raffles pun menerangkan pula kepada Tengku Hussien akan tujuannya memanggil beliau datang ke Singapura serta menyatakan apa-apa yang hendak dibuat oleh Raffles.
Pada 6hb februari 1819 dalam satu istiadat yang telah diadakan oleh orang-orang inggeris di padang Singapura, Thomas Stamford Raffles telah mengangkat Tengku Hussien menjadi Sultan dan di gelar SULTAN HUSSIEN MUHAMMAS SHAH Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Sultan Johor
Sultan Hussien Shah mempunyai cita-cita dan visi yang jauh, baginda menyedari yang diri baginda tidak lengkap untuk membangunkan Singapura, mungkin dengan persetujuan ini inggeris dapat membantu membangunkan Singapura dan memperkuatkan kuasa baginda.
Pada hari itu juga Raffles bagi pihak kompeni inggeris telah membuat perjanjian yang sebenarnya dengan Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman, dan masing-masing pihak telah menurunkan tandatangan pada surat perjanjian itu.
SYARAT-SYARAT DI DALAM SURAT PERJANJIAN ITU. (bolehlah dikumpulkan maksudnya seperti di bawah ini)
- Perjanjian ini ialah perjanjian persahabatan dan perikatan antara Stamford Raffles bagi pihak kompeni inggeris dengan Sultan Hussien Shah dan Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman.
- Perjanjian Sementara yang telah dibuat anatara Stamford Raffles dengan Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman pada 30 januari 1819 telah disahkan.
- Kompeni inggeris akan membayar wang kepada Sultan Hussien Shah sebanyak 5,000 setiap tahun selagi baginda tinggal di Singapura dan kompeni inggeris melindungi Sultan Hussien Shah.
- Kompeni inggeris akan membayar wang kepada Temeenggong Seri Maharaja Abdul Rahman sebanyak 3,000 setiap tahun dan akan melindungi Temenggong selagi tinggal di Singapura.
- Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman bersetuju membantu kompeni inggeris melawan musuh-musuh yang hendak menyerang loji-loji kompeni inggeris yang ada atau yang akan didirikan.
- Sultan dan Temenggong tidak akan membuat perjanjian dengan sebarang bangsa lain dan tidak membenarkan sebarang bangsa Eropah atau Amerika membuat tempat kediaman dalam sebarang daerah perintahan mereka.
- Pelabuhan Singapura dianggap dibawah lindungan inggeris dan tertakluk dibawah orang-orang inggeris.
- Tambahan kepada Temenggong Seri maharaja Abdul Rahman bolehlah ia menerima separuh dari cukai perahu bumiputera.
- Perbelanjaan penyelenggaraan pelabuhan Singapura dan memungut cukai-cukai ditanggung oleh pemerintah inggeris.
- Surat perjanjian ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan telah ditandatangani pada 6 februari 1819.
Oleh sebab Sultan Abdul Rahman di Lingga dan Yam Tuan Muda Raja Jaafar di Riau telah membuat perjanjian dengan Belanda pada 6 februari 1819 dengan tujuan supaya orang-orang inggeris dapat menduduki singapura, Stamford Rafffles telah mengangkat Tengku Hussien abang Sultan Abdul Rahman di Lingga menjadi Sultan JOHOR/SINGAPURA lalu Raffles membuat perjanjian dengan Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman, iaitu perjanjian membenarkan orang-orang inggeris duduk dan membangunkan gudang perniagaan mereka di Singapura. Pada 7 februari 1819 Raffles meninggalkan Singapura dan meninggalkan William Farquhar di Singapura sebagai Residen bagi meneruskan pendudukan inggeris di Singapura. Sejak itu mulalah inggeris bertapak di Singapura.
Sebelum Raffles meninggalkan Singapura pada kali terakhirnya pada 7 februari 1819, Raffles telah membuat satu lagi perjanjian baru pula dengan Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman, dalam perjanjian itu di antara lain menyebut:-
SULTAN HUSSIEN akan menerima wang sebanyak 150,000 setiap bulan dan Temenggong Seri maharaja Abdul Rahman 800,00 setiap bulan. Sultan tidakboleh menerimacukai dari orang Cina yang datang keluar masuk Singapura, seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengan kecuali kawasan tanah yang diperuntukkan bagi tempat kediaman Sultan dan Temenggong. Residen di singapura boleh mendahulukan wang kepada Sultan untuk menyiapkan sebuah masjid (MASJID SULTAN) yang berdekatan dengan istana (ISTANA KG GLAM) baginda serta tanah-tanah perkuburan.
Hanya lebih kurang sepuluh hari Stamford Raffles di Singapura yang telah mengubah perjalanan sejarah kerajaan Johor dan dahulunya meliputi Johor, Lingga, Singapura dan Pahang dan pulau-pulau kecil di kepulauan Riau. Kerajaan mula berpecah belah, Riau dan lain-lain pulau di kepulauan Riau-Lingga tinggal dalam pengaruh Belanda, Singapura masuk kedalam pengaruh inggeris dan tidak lama kemudian lucut langsung daripada tangan raja-raja melayu sehingga di pandang sebagai bukan lagi tanah orang-orang melayu sehingga menjadi rebutan diantara keturunan Sultan Hussien dengan keturunan Temenggong Seri Maharaja Abdul Rahman yang akhirnya terserah ketangan kesultanan baru di negeri Johor itu, PAHANG pegangan Bendahara tidak lama kemudian menarik diri daripada Riau-Lingga, Singapura dan Johor, dan merdeka sendirinya dibawah perintah Bendahara dan keturunannya yang membentuk kesultanannya sendiri di negeri Pahang.
Dan pada 9 Jun 1823 HORN CRAWFORD telah dilantik menggantikan Major William Farquhar sebagai Residen Singapura.
Horn Crawford telah menahan wang pembayaran bulanan inggeris kepada Sultan Hussien Shah dan Temenggong Abdul Rahman sampai tiga bulan berturut-turut dengan alasan Crawford pada masa itu kompeni inggeris tidak ada wang sehingga Sultan dan Temenggong kesempitan wang yang amat sangat bagi menampong tanggungan mereka sehingga terpaksa berhutang gadai.
Pada masa itu Crawford mengambil peluang mengemukakan tujuannya kepada Sultan dan Temenggong supara menyerahkan Singapura kepada inggeris dengan syarat Sultan akan diberikan wang hadiah sebanyak 33200.00 (wang Sepanyol) dan gaji Sultan selagi hayat baginda ditetapkan sebanyak 1300.00 setiap bulan, Temenggong 26800.00 dan 700.00 gaji setiap bulan. Jika Sultan dan Temenggong mahu berpindah keluar dari Singapura, inggeris akan menambah kepada Sultan 20000.00 dan Temenggong 15000.00.
Kerana kesempitan wang, Sultan dan Temenggong tidak ada pilihan lain dan bersetuju dan akhirnya pada 2 Ogos 1824 termeterai perjanjian diantara John Crawford bagi pihak kompeni inggeris dengan Sultan Hussien dan Temenggong menyerah pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan kepada inggeris dan menjadi hak inggeris, Sultan Hussien dan Temenggong dibenarkan menetap di Singapura ditanah-tanah asal yang telah diperuntukkan untuk baginda dan Temenggong.
14 Ogos 1826 John Crawford digantikan dengan PRINCE sebagai Residen Singapura, Pulau Pinag dan Melaka disatukan menjadi jajahan Syarikat Kompeni di Tanah Melayu yang biasa disebut STRAITS SETTLEMENT.
1834 Sultan Hussien membawa anak isteri baginda pergi Melaka menziarahi anak perempuan baginda TENGKU ANDAK yang telah berkahwin dengan orang kebiasaan bernama ABDUL KADIR di Melaka.
5 September 1835 Sultan Hussien Shah ibni Almarhum Sulatan Mahmud III Mangkat di Melaka dakam usia 59 tahun dan di makamkan di TENGKERA Melaka. Putera baginda di Pahang bernama TENGKU ABDUL JALIL dan TEMENGGONG DAING IBRAHIM (Tengku Chik) dari Singapura telah datang ke Melaka dengan niat hendak membawa jenazah baginda ke Riau dan dikebumikan di sisi ayahandanya Almarhum Sultan Mahmud III di Lingga, tetapi tiada diluluskan oleh balu-balu baginda dan putera-puteranya di Melaka.
Mengikut sejarah keluarga Sultan Hussien Shah, setalah kemangkatan baginda cucu Sultan Hussien yang lebih dewasa dari putera-putera baginda yang maseh hidup telah menggantikan baginda sebagai Pemangku Sultan, kerana putera-putera baginda TENGKU ALI, TENGKU ABDUL JALIL dan TENGKU JAAFAR maseh kecil, malangnya penggantiannya hanya berlanjutan hingga tahun 1840 kerana TENGKU MAHMUD telah mati diracun oleh orang-orang yang takut dianiaya atau kehilangan kuasa.
1835-1840 setalah Sultan Hussien mangkat di Melaka, balu-balu baginda tidak mendapat apa-apa wang pencen daripada kompeni inggeris tetapi 4 orang putera almarhum mendapat pemberian dari kompeni inggeris setiap bulan sebanyak 70.00 setiap orang.
1840-1877 pada 20 Jun 1877 Sultan Ali telah mangkat di Umbai-Melaka, mengikut sejarah keluarga Sultan Hussien Shah perebutan hak keluarga telah timbul diantara Tengku Alam dan Tengku Mahmud serta beberapa lagi waris-waris yang lain. Ini telah melarat hingga perebutan ini dibawa ke Mahkamah dan akhirnya pada tahun 1897 COURT OF APPEAL OF THE COLONY, Justice Leach telah membuat penghukuman iaitu TANAH PENINGGALAN SULTAN HUSSIEN SHAH yang di inapi oleh Tengku Alam bukanlah haknya dan di istiharkan sebagai TANAH MAHKOTA (CROWN LAND) dan tidak terikat kepada perjanjian. Justice Leach menghukumkan: "TIADA SESIAPA TERTENTU DARI WARIS-WARIS YANG BERHAK ATAS HARTA PENINGGALAN ALMARHUM" dan mengesyorkan dibentuk ORDINANCE-ORDINANCE untuk melindungi harta peninggalan itu daripada luput oleh sesiapa pun. Berikutan itu tuntutan rayuan selanjutnya telah ditolak oleh Acting Chief Justice Collyer.
Keputusan muktamad mahkamah, Gabenor Straits Settelment telah mengistiharkan Sultan Hussien ORDINANCE pada 1 Januari 1905, di takbiri oleh Pemungut Hasil Tanah dan akan di bayar kepada keluarga Sulatan Hussien habuan yang akan ditetapkan atau diluluskan oleh YANG DIPERTUAN NEGARA (sekarang PRESIDENT) jumlahnya tidak lebih 750.00 selanjutnya jika tanah di KAMPONG GLAM (lebih kurang 23 Hektar atau 56 Ekar) menghasilkan lebih dari 750.00 setahun, Yang DiPertuan Negara iaitu President boleh mengistiharkan bayaran tambahan tidak lebih 9/10 dari kelebihan dari apa yang dikhaskan setiap tahun dan akan dibayar kepada keluarga Almarhum Sultan Hussien. Pembayaran kepada Almarhum Sultan Hussien dibawah Ordinance tersebut tidak boleh diserahkan kepada sesiapa atau ditukar nama, ditahan atau dicukaikan. (Ordinance Chapter 382)
------------------------------------------------------------
TERBONGKAR SIAPA DAN DI MANA SULTAN HUSSAIN JOHOR-RIAU YANG SEBENAR | KEPRI
Deskripsi ringkasan daripada Studions Production :-
Saya di kejutkan dengan maklum berkaitan dengan sebuah kawasan makam DiRaja di daerah Karimun, KEPRI.
Makam seorang Sultan yang ada kaitan dengan kisah konflik takhta Johor-Riau satu ketika dulu.
Sumber : Wikipedia, Cerita dari Waris & Batin.
------------------------------------------------------------
# Gambar Keris berpamur tulisan jawi
Sebilah keris yang pamurnya berupa tulisan Jawi seperti keris kepunyaan kerabat Kesultanan Johor yang kini berada di Baroda, India. Keris ini dikata kan milik Sultan Abdul Rahman Muazam Shah, iaitu Sultan yang memerintah kepulauan Singapura dan Riau.
Tulisan yang tertera di keris tersebut berbunyi "Allah Maha Besar". "Sultan Abdul Rahman Muazam (Mirzam) Shah". Manakala di sebaliknya tertulis potongan ayat Al Quran. Keris ini dibeli dari Sultan Hussin di Singapura dan di bawa ke India oleh Baron R. J de Touche-Skadding pada awal abad ke 19 (Sheppard, 1959: 44)
Sumber maklumat Malaysian in History Vol 5 No 2 November 1959 hlm 45
#Senjata-Senjata Di zaman Kesultanan Melayu Johor
Perkonsian FB : Roslan Jejaka Petualan
------------------------------------------------------------
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment