SUNDAY, 26 AUGUST 2007
PENAMATAN PERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN JOHOR BERKENAAN DENGAN ISU ISTANA KG GLAM (MALAY HERITAGE CENTRE)
WAJAH ISTANA KG GLAM SEKARANG (2007)
Pada 6 mei 1999 Kerajaan Johor telah mengumumkan untuk menamatkan peruntukkan kewangan kepada Istana Kg Glam Singapura dengan alasan sudah tiada penduduk dari waris Sultan Hussien di dalam istana itu kerana ianya telah di ambil alih oleh kerajaan singapura dan di jadikan Malay Heritage Centre.
Persoalannya kini ialah wang peruntukkan tersebut adalah sebahagian dari tanggungjawap Kerajaan Johor yang di wajibkan oleh undang-undang oleh Kerajaan British [Enakmen Kelas 3 (pencen kerabat) Keluarga Beradulat (Elaun) 1960]supaya menanggung perbelanjaan penyelenggaraan istana kg glam termasuk peruntukkan yang lain sebanyak RM18,000 sebulan, dari RM18,000 itu sebanyak RM4,200 untuk membayar bil-bil air dan letrik istana kg glam kepada PUB (Public Utilities Board Singapore) dan bakinya senbanyak RM15,800 harus di serahkan kepada pewaris Sultan Hussien untuk membiayai hal-hal yang lain.
Tetapi kini, peruntukkan itu di tammatkan tanpa undang-undang yang jelas dan atas dasar apa ianya harus di tamatkan? sedangkan isu dan pertikaian pemilikan tanah istana kg glam diantara pewaris Sultan Hussien dengan kerajaan PAP singapura maseh belum selesai, kenapa dan mengapakah Menteri Besar Johor mengambil tindakkan itu tanpa merujuk kepada Pewaris-Pewaris Sultan Hussien terlebih dahulu?
Dan jika RM4,200 untuk peruntukkan membayar bil-bil air dan letrik di tamatkan, kenapa pula baki RM15,800 juga dibekukan dan tidak dibuat pembayaran kepada pewaris Sultan Hussien?..
kemanakah wang itu kini?.....
Seperkara lagi yang harus di ketahui ramai ialah kenapa YAYASAN WARISAN JOHOR TERLIBAT SAMA MENJAYAKAN PROJEK MALAY HERITAGE CENTER ISTANA KG GLAM DENGAN BEKERJASAMA DENGAN YAYASAN WARISAN MELAYU ISTANA KG GLAM sedang isu mengenai TANAH PUSAKA ITU BELUM SELESAI???...Tindakkan Yayasan Warisan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Johor itu menunjukkan ketidak pekaan Kerajaan Johor terhadap isu istana kg glam, tindakkan itu mencerminkan SOKONGAN KERAJAAN JOHOR terhadap KERAJAAN PAP SINGAPURA MERAMPAS TANAH PUSAKA SULTAN HUSSIEN SHAH DI KG GLAM dan membelakangkan KEDAULATAN KERABAT DIRAJA WARISAN SULTAN HUSSIEN SHAH DI SINGAPURA.
Dan dengan sokongan kerajaan Johor melalui Yayasan Warisan Johor di bawah pimpinan Datuk Abdul Ghani maka kerajaan PAP singapura merasa bahawa tindakkan mereka merampas tanah pusaka itu adalah 100% DI RESTUI OLEH JOHOR dan dengan kerja sama diantara kedua-dua yayasan itu pula menggambarkan SUDAH TIADA APA LAGI KEDAULATAN DIRAJA SULTAN HUSSIEN SHAH DI SINGAPURA. Adakah ini tingkah laku orang Melayu terhadap orang Melayu yang lain?
APA YANG DIRAIH OLEH KERAJAAN JOHOR TERHADAP TINDAKKAN MEREKA ITU YANG MENAMATKAN PERUNTUKKAN BULANAN TERHADAP PEWARIS SULTAN HUSSIEN?, DAN APAKAH MUSLIHAT KERAJAAN JOHOR BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN PAP SINGAPURA MENUBUHKAN THE MALAY HERITAGE OF ISTANA KG GLAM???...........
Sedangkan pewaris-pewaris terkial-kial menuntuk hak-hak mereka, sehingga ada yang terbunuh, ada yang terpaksa keluar dari kawasan istana tempat tinggal mereka yang sah, ada yang terpaksa melarikan diri keluar dari singapura kerana di ancam oleh kerajaan PAP singapura dan sebahagian besar dari waris-waris keturunan Sultan Hussien yang tidak tahan di ancam dan di ugut oleh kerajaan PAP singapura terpaksa MENANDATANGANI SURAT PENYERAHAN KUASA KEPADA PEJABAT TANAH SINGAPURA (LAND OFFICE) BUAT SELAMA-LAMANYA jika mahu terus menetap sebagai rakyat singapura.
Adakah Kerajaan Johor dan Menteri Besarnya tahu segala kepahitan hidup, dan segala masaalah yang terpaksa di tempuh dengan kerajaan PAP sebagai Pewaris Sultan Hussien Shah di Singapura ini?
Mereka, Pewaris Sultan Hussien Shah bertungkus lumus semenjak dari tahun 1973 lagi meminta pelbagai bantuan dan campur tangan negara-negara yang terlibat dengan Istana Kg Glam supaya membantu mereka dari segi undang-undang bagi mempertahankan hak milikan tanah yang seluas 56 ekar dan kawasan istana dari di rampas oleh kerajaan PAP singapura, terutamanya kepada DYMM Yang DiPertuan Agong malaysia, Raja-Raja Melayu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia (ketika itu Dr Mahathir Mohamad), Queen Elizabeth dan Kerajaan British, Negara-Negara Komenwel, tetapi TIDAK SATU PUN DARIPADA MEREKA YANG DAPAT MEMBERIKAN APA-APA SOKONGAN MAHUPUN APA-APA BANTUAN kepada para pewaris Sultan Hussein Shah ini, yang memberikan jawapan ringkas hanyalah dari Queen Elizabeth dan Sekretariat Negara Komenwel, itu hanya sekadar memaklumkan bahawa mereka mendapat berita tersebut dan tiada susulan tindakkan selepas itu. Dari Malaysia iaitu DYMM, RAJA-RAJA MELAYU DAN PM MALAYSIA tidak membalas apa juga surat yang di ajukan kepada mereka sehingga kini.
Apakah yang sebenarnya berlaku dengan orang-orang besar di Malaysia ini hanya Tuhan yang tahu, hendak dikatakan mereka takutkan PAP dan Singapura, Malaysia dari besar, lagi hebat, lagi kuat dan lagi ramai penduduk dari singapura ini, hendak di katakan Raja-Raja Melayu tidak kena mengena dengan pewaris Sultan Hussien Shah, kebanyakan daripada Raja-Raja Melayu Malaysia mempunyai pertalian darah dan dari susur galur keturunan yang sama dengan Sultan Hussien Shah, tetapi kenapa mereka tidak dapat menolong?,jika sekiranya mereka tidak mahu mengeruhkan suasana politik dengan kerjaan PAP singapura pun, maseh ada cara lain yang mereka boleh membantu seperti memberi sokongan wang ringgit bagi menampung mendapatkan peguam handalan dunia sehingga kes itu dapat di tamatkan dengan baik atau mereka boleh memberikan tekanan politik kepada PAP singapura supaya menghormati undang-undang yang di peruntukkan kepada pewaris Sultan Hussien Shah dan supaya memberikan pampasan yang setimpal dengan nilai pasaran tanah pusaka itu. Jika setiap sembilan Raja-Raja Melayu dapat menyumbangkan sebanyak RM500,000 setiap seorang, maka RM4.5 juta dapat di kumpul dan ini dapat membantu pewaris Sultan Hussien mendapatkan khidmat Peguam DiRaja British bagi menentang kerajaan PAP singapura dan peluang untuk menang adalah cerah, jadi tidaklah anak cucu cicit Sultan Hussien hidup merempat di sana sini seperti hari ini.
Jika mereka didapati menang kes itu di mahkamah dan mendapat pampasan yang setimpal dari PAP, setakat RM4.5 juta itu tidak menjadi masaalah untuk pewaris Sultan Hussien membayarnya balik kerana nilai tanah kawasan istana kg glam yang seluas 56 ekar itu jika di dalam nilai sekarang adalah berjumlah lebih dari S$7.4 Biilions, jadi apakah yang menghalang Raja-Raja Melayu dari membantu mereka dari segi kewangan???...
Kerajaan Malaysia juga boleh memainkan peranan diplomatik dengan memberikan tekanan politik, kerana singapura merdeka melalui Malaysia dan bukan melalui Kerajaan British, di dalam watikah kemerdekaan singapura ada termaktub kerajaan singapura harus menjaga segala kepentingan orang-orang melayu di singapura dan Yang Di Pertuan Negara Singapura bertanggung jawap memikul tugas memastikan hak-hak orang melayu tidak ditindas atau di abaikan oleh pemerintah singapura, surat itu di tandatangani oleh 8 orang pemimpin singapura dengan pemimpin Malaysia yang di ketuai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, jadi tiada sebab bagi Perdana Menteri terkini Malaysia untuk tidak mengungkit perkara tersebut bagi mempertahankan hak dan kedaulatan Sultan Hussien Shah di Singapura, malah ianya akan dapat membantu keluarga di raja tersebut.
Seperkara lagi yang menguatkan hujjah membantu keluarga diraja Sultan Hussien Shah ini ialah mereka bukannya menuntut untuk menjadi pemerintah di singapura, mereka tidak menuntut untuk menjadi Sultan Singapura atau menuntut untuk tanah itu di kembalikan kepada mereka, apa yang mereka cuba tuntu adalah HAK MEREKA AGAR DIBERI PAMPASAN MENGIKUT KADAR PASARAN SEMASA MELALUI ORDINAN SULTAN HUSSIEN SHAH CHAPTER 382 dan bukan dihalau seperti anjing pariah oleh PAP singapura dengan memberi ganjaran yang tidak setimpal dengan harga pasaran, pewaris Sultan Husseien Shah sedar bahawa untuk mempertahankan hak milik tanah itu dari kerajaan PAP adalah sukar dan terlalu sukar, jadi jika kerajaan PAP mahukan sangat tanah tersebut mereka haruslah berani membayar dengan nilai sebenar dan bukan menggunakan kuasa mereka sebagai pemerintah menguasai tanah tersebut dengan menggunakan kuasa majoriti parlimen 88-1 mereka, jika sudah 88-1 suara majoriti PAP di dalam parlimen, apa juga pun akan di luluskan oleh pemerintah dan inilah yang terjadi terhadap Ordinance Sultan Hussien Chapter 382 yang di ubahsuai oeh PAP demi untuk merampas tanah pusaka itu dari para pewaris Sultan Hussien Shah.
Ini adalah rayuan terbuka kepada masyarakat dunia untuk memberikan segala jenis bantuan kepada pewaris keluarga diraja Sultan Hussien Shah di Singapura, berilah bantuan kepada mereka walaupun siapa anda sekali pun, bukalah mata dan bukalah telinga terhadap masaalah Istana Kg Glam ini..Kepada DYMM Raja-Raja Melayu Malaysia sebagai keluarga yang mempunyai susur galur yang sama dengan Sultan Hussien Shah ini sudilah kiranya mencemarkan duli membantu kaum keluarga yang amat tertindas ini kepada Tuanku-Tuanku semualah mereka mengharap belas dan ehsan, sudahlah datuk moyang mereka ditipu oleh pihak inggeris sehingga kehilangan kuasa di singapura dan kini anak cucu cicit mereka di tipu oleh pemerintah PAP singapura, bangkitlah wahai orang-orang melayu bangkitlah dari lamunan dengarkan segala rayuan ini, akan tiada kamu menjadi miskin jika kamu menolong mereka sesungguhnya mereka adalah tergolong didalam perbuatan yang zalim dan dizalimi.......
Berita mengenai penamatan peruntukkan istana kg glam ini di umumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Bin Othman dan tersiar di dalam Akhbar UTUSAN MALAYSIA bertarikh 7hb Mei 1999, dan sebahagian dari ucapan beliau adalah seperti berikut:- "Bagaimanapun, kita akan terus membayar elaun lain seperti yang termaktub dalam undang-undang keluarga diraja itu"
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment