Arkib : 14 Februari 2020
Masih Ingat lagi Kisah HANTU PURDAH yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun 1996 ??
Cerita ni memang famous sekitar tahun 1996, masa ni aku baru darjah 5, selepas heboh kisah HANTU LILIN yang pernah mengemparkan Tanah Air, pada tahun 1995 ,(yang aku baru posting semalam), Pada tahun 1996 kini muncul pula Sosok baharu, iaitu HANTU PURDAH, ini zaman belum ada Internet jadi bila dengar cerita macam ini keluar di Media masa orang kita ni cepat terpengaruh. sebab waktu tu saluran kita hanyalah Televisyen, Radio dan Surat Khabar.
Kita kenali serba sedikitlah pasal hantu purdah ni. Sebenarnya, dia ini gadis bukan hantu. Tapi memandangkan dia ini ada buat perjanjian dengan syaitan, jadi penampilan dan wajahnya memang tak sama macam manusia. dia akan memburu 44 anak dara sunti bagi mengembalikan wajahnya yang telah buruk seperti sedia kala! Cerita dia macam ni, hantu purdah ni berkisarkan tentang seorang gadis yang sedang menuntut di sebuah IPT di Malaysia. Malangnya, gadis ni kononnya selalu dipinggirkan oleh kawan-kawan dia (konon-kononnya masa itu kawan-kawan dia semua cun tak nak kawan dengan dia). Oleh yang demikian, si gadis ni telah membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi cantik!
Lalu dia telah bertemu dengan seorang bomoh yang pakar dalam ilmu hitam. Dipendekkan cerita, dia menuntutlah ilmu hitam itu. tetapi, ada syarat yang harus gadis ini patuhi sebelum mendapatkan wajah yang cantik. Dia tidak boleh melihat cermin maksudnya dia tak boleh tengok sedikit pun paras wajahnya di hadapan cermin selama 44 hari. Jadi setelah gadis ni mengamalkan ilmu itu selama beberapa hari kemudian, para jejaka-jejaka terkejut dan tertawan dengan kejelitaannya. Masa itu gadis ini memang excited sangat sebab ilmu yang dia amalkan itu menjadi! Tapi, itulah disebabkan terlalu tak sabar dan obses dengan kecantikan, dia telah melanggar pantang yang telah ditetapkan. Dia melihat cermin untuk mendapat kepastian, adakah wajahnya benar-benar telah menjadi jelita. Oleh yang demikian, bertukarlah wajahnya menjadi sangat hodoh! Separuh dari tubuh dan wajahnya menjadi buruk akibat melanggar pantang.
Lalu dia telah memakai purdah untuk menutupi wajahnya yang telah menjadi hodoh! Gadis itu kemudian bertemu kepada bomoh itu untuk mengetahui cara mengembalikan wajahnya semula. bomoh tu memberitahunya, jika gadis itu ingin wajahnya kembali seperti asal, maka dia harus meminum darah daripada 44 anak dara. Bermulalah hantu purdah merayau-rayau untuk mencari 44 anak dara...
Pada zaman itu memang hebohlah terutama sekali budak-budak remaja perempuan memang tak berkeliaran waktu Asar dan Maghrib, sebab takut menjadi mangsa si HANTU PURDAH ini,
Hantu ini lain macam sikit, kau baca ayat suci pun dia tak lari (nama pon manusia) jadi cara untuk mengelakkan hantu ini adalah berkurung di rumah. memang masa itu igauan mimpi ngeri lah bagi gadis-gadis yang melalui zaman itu.
Lebih mengemparkan pada masa itu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah.. selain itu juga, si wanita ini yang kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yang hodoh itu.. cerita ini berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan Akhbar Harian Metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu itu..
Ibu kepada Hantu Purdah ini membuat pendedahan di Akhbar Harian Metro mengenai anaknya iaitu seorang gadis yang berasal dari pantai timur yang kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..
Selepas berita mengenai dirinya tersebar di media masa, Kononnya si gadis tersebut telah melarikan diri ke Sabah dan Sarawak untuk mencari mangsanya apabila kisahnya telah diketahui umum, dan ianya juga telah dilaporkan oleh akhbar-akhbar keluaran di negeri-negeri ini yang menambahkan lagi ketegangan dan kerisauan ibu bapa yangg mempunyai anak-anak gadis belasan tahun walaupun ianya hanyalah sekadar khabar angin sahaja..di tambah lagi dengan cerita mulut ke mulut yang menakutkan oleh orang ramai, menambahkan lagi rencah dan misterinya cerita ini..
Aku tak tau apa penyudah cerita ini sebenarnya, tiba-tiba kisah ini terus lenyap dan terhenti macam itu saja selepas keluar kenyataan dari seseorang dari pihak kerajaan rasanya (tak ingat dan tak pasti).. tapi aku ada dengar jugak yang kononnya cerita ini hanyalah sebuah cerita spekulasi yang saja direka oleh pihak-pihak tertentu dan kemudian diprovok oleh akhbar metro .. tujuan mereka buat macam itu adalah untuk menakut-nakutkan para remaja terutamanya anak-anak gadis pada masa itu,
Pada masa itu juga isu BOHSIA dan BOHJAN menjadi-jadi dan sangat teruk sehinggakan tak dapat di kawal lagi.. kononnya..
Wallahualam Bissawab.....
P/S : Gambar (Sekadar gambar hiasan)
No comments:
Post a Comment