ASSALAMUALAIKUM. RENUNGAN MALAM : JANGAN CEMARKAN ISLAM
Daripada Abu Said al Khudri berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk kedalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?" Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka?" (HR Imam Muslim)
Sehubungan dengan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud :
Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka
(HR Abu Dawud dgn sanad sahih)
Islam amat mementingkan identiti. Sebagai orang Islam kita perlu memastikan identiti islam sentiasa terpelihara daripada menyerupai kaum lain. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. melarang keras umatnya menyerupai budaya kaum lain. Antara menyambut perayaan HARI KEKASIH. Perayaan merupakan aspek khusus yang menjadi syiar bagi sesebuah agama. Justeru itu, merayakannya bermakna kita menyetujui serta membantu perayaan tersebut. Dalam hal ini, Imam Ibnu Qasim berkata sebagaimana dilarang menyerupai orang kafir begitu juga kita dilarang dalam membantu syiar mereka (orang kafir).
Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang kerana ianya fitrah manusia untuk saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Namun ianya hendaklah menepati syariat yang telah digariskan oleh syarak. Biarlah kita berkasih sayang mengikut cara yang telah diajarkan Rasulullah s.a.w. kepada kita. Kita tidak ketinggalan zaman walaupun tidak menyambut perayaan hari kekasih kerana sesungguhnya redha dengan perkara kufur adalah kufur.
Maka yang demikian itu sebagai orang Islam yang dikurniakan akal yang waras sewajarnya kita tidak meniru cara hidup orang-orang Yahudi serta Nasrani dalam kehidupan kita.
CONTOHILAH CARA KASIH SAYANG YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH NABI S.A.W. KERANA SESUNGGUHNYA DI DALAMNYA ADA KEBERKAHAN
RENUNG-RENUNGKANLAH
No comments:
Post a Comment