Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 14 February 2021

14 FEBRUARI 1942

Arkib : 14 Februari 2020

Gambar 1 : 14 Februari Hari Penghormatan Buat Leftenan Adnan Bin Saidi

Kaitan Sejarah 14 Februari Dengan Tokoh Pahlawan Negara Sewaktu Penjajahan Jepun

  • Artikel 1 : Hari ini, pada petang hening, 14 Februari 1942.

Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura. Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi-tubi tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun. Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.

Kendatipun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun. Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh. Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.

48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi-tubi silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.

Jeneral Yamashita berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu; 

"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun." 

Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir.

Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau  kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.

Innalillahiwa'innailaihiro'ji'un.

Kredit - The Patriots

  • Artikel 2 : 42 Askar Melayu vs 13,000 askar Jepun

13,000 askar berani Jepun (18th divisyen) diketuai Retaguchi Renya bertempur dengan 42 anak Melayu dari batallion RAMD (7th Platoon,C Company) diketuai oleh Leftenan Adnan di “Opium Hill” atau Bukit Chandu.

Meskipun 42 anak melayu ini hanya tinggal bayonet dibandingkan dengan askar Jepun lengkap dengan kereta kebal, pesawat tempur dan mortar. Mereka tetap menggila dan “stronghold”.

Jika ada 10 tentera seperti dia (Leftenan Adnan), mungkin tentera Jepun perlukan 10 lagi divisyen atau tidak mampu menakluk Malaya.” -Jeneral Tomoyuki Yamashita

Portugis? Belanda? Inggeris? Sepanyol? Jepun? Komunis? Thai? Semua kita cantas, lawan habis-habisan, kita bayar darah bukan percuma.

Kredit: Amiruddin Spelony

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2449131502005939&id=1629604380625326

P/S : Hari ini adalah tarikh keramat yang tidak akan kita lupa bahawa gugurnya Pahlawan Negara LEFTENAN DATUK ADNAN SAIDI adalah anak kelahiran Kampung Sungai Ramal Luar Kajang yang  mempertahankan Tanah Air tercinta di Bukit Chandu Singapura. AL-FATIHAH (dengan bacaan).


Gambar 2 : Gambar paling istimewa sekali menunjukkan Lt Adnan Saidi sedang tersenyum

Dalam gambar ini beliau berpangkat Colour Sarjan dan bergambar bersama Petty Officer Mohamad bin Yunos (MRNVR) sewaktu pertabalan King George VI di London pada 1937.

Kredit kepada Group Veteran Tentera Laut dan en. Khaidir


Gambar 3 : Lt. Adnan Saidi dalam versi berwarna

Dipetik dari : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217100915810638&id=1101123111

[In reply to Bo Qin Rich🌹] Fwd to me by George Huang:


(Sadly today the PAP chose to forget this. Malays are regarded as security threats and barred from many vocations in the SAF and our security services ).

This day 79 years ago - 14 Feb 1942, Lt Adnan Saidi died a hero.

Lt Adnan and 42 men of the Malay Regiment fought the Japanese at Bukit Chandu in Pasir Panjang. 

Biar putih tulang jangan putih mata (better death than dishonour) - that was the motto Lt Adnan chose for his platoon. 

They lived the true meaning of the motto. Outgunned and outnumbered, they fought valiantly with what they got: their bayonets, bare hands and steel hearts. 

Wounded, yet Lt Adnan refused to give up his uniform and surrender to the Japanese. Yes, better death than dishonour. 

The Japanese killed Lt Adnan, then 27, but he forever lived as hero in our hearts. 

The last survivor of Lt Adnan’s platoon, Mr Ujang Mormin, passed away at 100 years old in Selangor due to Covid-19 on 9 Feb 2021.

Never forget - our independence did not come cheap. We’re indebted. Join me in saluting Lt Adnan and his men for their courage and sacrifice.

Bahan bacaan tambahan : https://www.thepatriots.asia/memperingati-14-2-febuari-hari-leftenan-adnan/


 KEPERWIRAAN LEFTENAN ADNAN | MISTERI


Leftenan Adnan bin Saidi lahir pada tahun 1915 dan meninggal pada 14 Februari 1942. Beliau merupakan seorang anggota tentera dan askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam pertempuran di Singapura. Selepas saya menyiapkan video ini rupa-rupanya bulan Februari adalah bulan di mana Leftenan Adnan terkorban dalam peperangan di Pasir Panjang, Singapura. Adakah ini kebetulan? Ini adalah gerakkan hati saya dari Allah untuk memulakan proses menyiapkan video berkenaan perjuangan beliau dan pasukannya supaya dapat sentiasa di kenang. Walaupun pasukan beliau tidak begitu besar berbanding pasukan Jepun tetapi beliau dan pasukannya mampu menggagalkan beberapa percubaan kemaraan pihak Jepun. Persoalannya, dimanakah kubur beliau dan pasukannya? Nantikan penerangan video pada hari ini. Sumber: Wikipedia dan batin. _________________________ ✅ "JOIN" ahli member Explorasi Misteri Mistik: https://www.youtube.com/channel/UC-ir... ✅ Jualan Baju Explorasi Misteri Mistik klik link berikut: https://shopee.com.my/nazree_79?smtt=... __________________________ #ExplorasiMisteriMistik #LeftenanAdnan #PrajuritNegara #WiraNegara


KISAH PERJUANGAN LEFTENAN ADNAN

------------------------------------------------------------------------------------------------

LEFTENAN ADNAN

Adnan bin Saidi dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang pada 1915. Pada 1933 apabila Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditubuhkan, beliau yang ketika itu berusia 18 tahun antara orang pertama yang menyertainya.

Adnan menjadi pegawai tentera Melayu pertama apabila dinaikkan pangkat sebagai Sarjan pada 1936 seterusnya menjadi Kompeni Sarjan Mejar pada 1937. Beliau menjadi Leftenan selepas mengikuti kursus di Singapura & dilantik mengetuai Platun 7 Kompeni C RAMD.

Pada Disember 1941, Jepun mendarat di pantai timur Tanah Melayu, pantas mara ke selatan & berjaya menakluk seluruh semenanjung dalam masa hampir 2 bulan, memaksa tentera British berundur ke Singapura sebelum Jepun sampai ke situ pada 7 Februari.

Meletus Pertempuran Pasir Panjang pada 13 Februari, menyaksikan Jepun berjaya menembusi barisan pertahanan pertama. Pada lewat malam itu, Kompeni C berkekuatan 42 anggota pimpinan Lt. Adnan diarahkan untuk bertahan Bukit Candu.

Pertempuran diteruskan keesokan paginya & awal petang itu, Lt. Adnan berjaya mematahkan serangan berhelah Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh. 2 jam selepas berundur, Jepun hadir semula dengan gelombang serangan penghabisan.

Kompeni C kehabisan peluru & semakin ditekan, namun tidak dapat berundur kerana tali air yang dicemari minyak terbakar memisahkan mereka dengan barisan belakang. Maka Lt. Adnan mengarahkan pasukannya untuk lawan hingga ke hujung nyawa.

Akhirnya Lt. Adnan yang cedera parah ditangkap Jepun, diseksa & digantung/diikat pada sebatang pokok ceri lalu ditikam dengan bayonet sehingga menemui ajalnya di usia 27 tahun. Jepun berjaya menakluk Singapura esok harinya, pada 15 Februari 1942.

Keberanian Lt Adnan diakui General Yamashita yang mengatakan “Jika ada 10 orang lagi seperti Lt. Adnan, Jepun memerlukan 10 batalion lagi untuk menakluk Tanah Melayu.”

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia, The Patriots


------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar 4 : Veteran tentera, Ujang Mirmon meninggal dunia pada 11 Februari 2021

Prebet Ujang Mormin seorang veteran Perang Dunia Kedua.

Meninggal dunia petang semalam pada umur 100.

Allahyarham dahulunya bersama-sama Allahyarham Leftenan Adnan Saidi menentang tentera Jepun.

Seorang perwira negara yang besar jasa dan sumbangannya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Ujang Mormin.

Semoga roh ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

Sumber : https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157692111160952/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Hari Penghormatan Pahlawan Negara

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/02/hari-penghormatan-pahlawan-negara.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...