Arkib : 14 Februari 2019 : Kisah Sejarah Ringkas Leftenan Adnan
Gambaran pelukis pada saat dan detik-detik terakhir Allahyarham Leftenan Adnan sebelum ditawan tentera-tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di Singapura
𝟭𝟰 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝘆 – 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗜 𝗟𝘁. 𝗔𝗗𝗡𝗔𝗡.
DALAM keghairahan masyarakat terutamanya generasi muda pada hari ini menyambut tarikh 14 Februari sebagai Valentine Day atau hari memperingati kekasih, kita lupa pada tarikh itu juga mencatatkan satu peristiwa penting yang perlu diingati untuk membangkitkan semangat cinta dan kasihkan negara.
1-Tarikh 14 Februari menyaksikan satu tragedi, satu pengorbanan dan satu perjuangan seorang anak Melayu, yang tidak pernah merasa gentar berdepan dengan maut demi mempertahankan tanah melayu dari penaklukan tentera Jepun. Walaupun tewas namun perjuangan beliau tidak pernah ada noktahnya dan semangat itu terus membara bersama-sama pahlawan dan para perjuang tanah air yang lain sehingga ke hari ini.
2-Mungkin ramai generasi muda hari ini masih tidak mengenali tokoh pejuang ini, Lt. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan Minangkabau kelahiran Sungai Ramal, Kajang, Selangor dilahirkan pada 1915.
PENDIDIKAN DAN PERJALANAN HIDUP
1-Adnan mendapat pendidikan awal di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris dan merupakan seorang pelajar yang pintar dan berdedikasi. Setelah tamat persekolahan beliau memulakan karier sebagai guru pelatih selama setahun sebelum memutuskan untuk menyertai tentera pada 1933 ketika berusia 18 tahun. Beliau merupakan salah seorang daripada 25 anak Melayu pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan Askar Melayu dan berjaya menamatkan latihan serta terpilih sebagai rekrut terbaik.
2-Pada 1936, beliau dinaikkan ke pangkat Sarjan dan setahun kemudian Lt. Adnan terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI.Tidak lama selepas itu, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus beliau dinaikkan ke Pangkat Leftenan Muda dan dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .
3-Lt. Adnan berkahwin dengan seorang guru di kampungnya, Sophia Pakih Muda serta dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan yang meninggal tidak lama setelah kejatuhan Singapura.
4-Pada 1941, Lt. Adnan membawa keluarganya tinggal di Pasir Panjang dan ketika berita pihak Jepun bersedia menyerang Singapura, beliau membawa keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang dan pada ketika itu isterinya sedang mengandungkan anak yang ketiga. Itulah kali terakhir Lt. Adnan bersama keluarganya sebelum beliau menemui ajal di tangan Jepun.
PERTEMPURAN BUKIT CANDU
1-PERTEMPURAN Bukit Candu (14 Februari 1942) merupakan salah satu pertempuran hebat yang merupakan lanjutan kepada pertempuran Pasir Panjang, berlaku sehari sebelumnya. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut dan merupakan garisan pertahanan terakhir Tanah Melayu dari serangan Jepun ketika itu.
2-Bukit Candu merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik iaitu ia boleh melihat bahagian utara Singapura dengan lebih jelas dan merupakan laluan langsung ke kawasan Alexandra yang mana terdapatnya depot bekalan peluru dan gudang utama bekalan makanan, hospital tentera dan kemudahan-kemudahan lain Tentera British. Justeru, lokasi ini perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin.
3-Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi melancarkan serangan ke pesisiran Selatan Singapura iaitu Pematang Pasir Panjang. Lokasi tersebut dibedil dengan mortar dan meriam dengan hebatnya, namun Kompeni 'C' dan Lt. Adnan yang ditempatkan di perkampungan Pasir Panjang membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi yang dikenali sebagai 'Celah' (Gap) telah memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Jepun beralah dan berundur walaupun Pasukan Jepun di bawah Major Kimura mempunyai bilangan anggota yang jauh lebih ramai.
4-Pada tengah malam hari yang sama, 'C' Coy dengan kekuatan 42 orang terdiri daripada gabungan sebahagian anggota Rejimen Askar Melayu, Rejimen ke-2 Tentera British dan Briged India ke-44, diperintahkan untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Setelah memilih lokasi yang sesuai untuk pertahanan, Lt. Adnan memerintahkan anggotanya memperkukuhkan benteng pertahanan dengan beg pasir di sekeliling kawasan tersebut. Pada petang 14 Februari, pihak Jepun mengatur strategi menggunakan helah dengan menyamar sebagai "Tentera Punjabi", British-Indian Army.
5-Bagaimanapun Lt. Adnan dapat menyedari helah tersebut apabila perasan sesuatu tidak kena dengan tentera berturban yang mara itu, bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah itu, Lt. Adnan membiarkan tentera Jepun tersebut menghampiri garisan pertahanan sebelum beliau dan anak buahnya melepaskan tembakan daripada mesingan Lewis dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat serta tentera Jepun sekali lagi terpaksa berundur dari Pertahanan Bukit Candu. Dua jam kemudian tentera Jepun melancarkan serangan balas besar-besaran dalam bilangan yang lebih besar.
6-Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu dengan melibatkan pelbagai jenis senjata seperti granet, bayonet dan parang turut digunakan untuk menghalang askar Jepun daripada menguasai kedudukan tersebut namun bilangan tentera musuh yang ramai tidak mampu dilawan oleh Lt. Adnan dan pasukannya. Pertempuran yang berlangsung selama 48 jam itu menyebabkan ramai jiwa Askar Melayu terkorban dan tidak kurangnya yang cedera. Namun bagi Lt. Adnan, yang juga cedera parah ketika itu serangan hebat Jepun tidak mampu melunturkan semangatnya.
7-"Biar Berputih Tulang, Jangan Berputih Mata", kata-kata inilah yang membakar dan terus menyemarakkan lagi semangat juangnya dan rakan-rakan yang lain agar tidak gentar menghadapi Jepun demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah yang terakhir. Namun Lt. Adnan tewas akhirnya kerana tidak mampu menandingi bilangan Tentera Jepun yang ramai. Bukit Candu akhirnya ditawan Jepun dan beliau sendiri menemui ajal setelah diikat dan digantung di sebatang pokok, lalu ditikam berkali-kali dengan bayonet Jepun.
8-Mayat beliau dilarang diturunkan daripada pokok tersebut sebagai peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang cuba menentang Jepun akan turut menerima nasib yang sama. Kematian Lt. Adnan merupakan episod perjuangan seorang anak Melayu yang berjiwa cekal dan kental mempertahankan tanah air tercinta. Semangat dan pengorbanan beliau perlu dikenang dan disemai dalam setiap generasi muda hari ini dengan menjadikan 14 Februari tarikh untuk dikenang, gugurnya seorang pahlawan dan pejuang negara.
Leftenan Adnan Wira Bangsa
9-Lt. Adnan turut dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Negeri Selangor oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2001 yang membawa gelaran Datuk. Keberanian Lt. Adnan turut diakui oleh General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Beliau mengatakan "Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun".
“Raja Leonidas dengan 300 orang tentera Sparta melawan 150,000 sehingga 250,000 tentera Parsi. Kepewiraan Leonidas ini sehingga hari dikenang oleh ramai orang sampai wujud sebuah filem mengenainya. Kita ada Leonidas sendiri iaitu Leftenan Adnan dengan 42 anggota Platun 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu yang menghadapi 13,000 askar Jepun. Platun 7 sempat membunuh 800 askar Jepun sebelum mereka tewas sepenuhnya dan gugur kesemuanya (hanya seorang yang hidup).
“Askar Jepun menikam jasad mereka bertubi-tubi menggunakan bayonet untuk melepaskan geram. Tak pernah mereka dimalukan sebegini. Tak pernah mereka menjumpai musuh yang begitu tinggi kehendak untuk melawan. Tak pernah. Isteri Leftenan Adnan bernama Sophia tengah mengandungkan anaknya, tapi Leftenan Adnan tinggalkan isterinya demi berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.. Itulah cinta yang sebenarnya. Cinta yang mengatasi segala jenis cinta. Cinta untuk tiga perkara ini, agama, bangsa dan tanah air.”
"Ayuh, kita raihkan hari ini (14.2.2019) sebagai mengingati cinta Leftenan Adnan demi negara! Hari gugurnya Leonidas kita. Hari gugurnya 300 orang Sparta kita. Ulangtahun syahidnya pewira sebenar.”
“Aku sentiasa terfikir entah dari mana keberanian insan dan jeneral perang seperti bernama Leftenan Adnan dan yang lain-lain yang jumlah tentera mengatasi jumlah kekuatan mereka. Bayangkan dengan 42 orang nak kena hadap gelombang 13,000 orang tentera. Tak berganjak langsung dia kat atas bukit tu. Dia boleh cekal, kental lawan dengan 13,000 orang tentera Jepun. Sampai peluru habis pun dia tak lari, dia pakai Bayonet dengan penumbuk. Keberanian mereka, aku tak mampu nak bayangkan.” Helmi Effendy IV (Penulis: Jangan Selewengkan Sejarah Melayu)
Pada tanggal ini, 14 Februari, akan diangkat sebagai tarikh memperingati gugurnya pejuang tanah air, Lt. Adnan dan marilah bersama-sama kita menghadiahkan sekalung doa buat insan-insan yang selama ini berjuang bagi memastikan Malaysia bebas, aman dan merdeka, Al-Fatihah.
Rujukan :
1-14 feb memperingati Left Adnan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
2-https://www.thepatriots.asia/leftenan-adnan-gugur-demi-cinta/
Leftenan Adnan Bin Saidi (1915-1942)
14 FEB: Hari memperingati Leftenan Adnan.
Wira bangsa ini lambang semangat juang orang melayu. Beliau menjadi bukti kecekalan dan juga keberanian dalam mengetuai 42 askar melayu yang akhirnya syahid dimedan perang tanpa takut dan gentar menghadapi serangan 13 ribu tentera Jepun dalam mempertahankan Tanah Melayu.
Jadikan hari ini, Hari Kasih Sayang rakyat Malaysia dalam mengenang kembali pengorbanan yang telah dicurahkan oleh perajurit negara.
Artikel berkaitan:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10213587941358886&id=1413562114
Bukit Candu adalah lokasi pertahanan strategik dan merupakan sempadan pertahanan terakhir bagi Singapura. Tanggungjawab untuk mempertahankan lokasi itu tidak boleh diserahkan kepada calang-calang pegawai tentera. Atas faktor-faktor itu, Leftenan Adnan telah dipilih. Dengan cuma berkekuatan 42 anggota, Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya berjaya membunuh 800 tentera musuh.
Hari ini 80 tahun yang lalu, Leftenan Adnan terkorban dalam Pertempuran Pasir Panjang, Singapura. Semoga para pejuang yang gugur tergolong dikalangan para syuhada’, amin.
[Iklan] Penat scroll news feed? Sampai tak tahu nak baca apa?
Follow kami untuk banyak lagi fakta & kisah benar yang bakal meletupkan minda anda.
#kisahbenar #truestory #faktamenarik #faktadunia
Info Tambahan :-
14 FEBRUARI HARI PENGHORMATAN
Hari ini, pada petang hening, 14 Februari 1942.
Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura. Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi tanda-tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun. Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.
Kendatipun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun. Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh. Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.
48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi-tubi silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki-baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.
Jeneral Yamashita berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu;
"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."
Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir.
Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.
Innalillahiwa'innailaihiro'ji'un.
Kredit - The Patriots
----------------------------------------------------------------------
𝐋𝐓 𝐀𝐃𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐈𝐃𝐈: 𝐏𝐄𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆
Tanggal 14 Febuari adalah satu tarikh keramat pada negara dan yang pastinya ramai anak muda pada masa kini tidak tahu pada tarikh tersebut tersimpan kemas sejarah yang tersendiri namun apa yang bermain difikiran anak muda masa kini ialah tarikh tersebut merupakan tarikh Hari Kekasih yang diraikan diseluruh dunia dengan saling memberi bunga dan bertukar hadiah. Tidak semua mengetahui pada tarikh ini seorang perwira negara telah gugur. Jika mereka alpa pastinya mereka akan terus leka dengan menyambut Hari Kekasih pada tarikh tersebut. Namun yang pastinya tarikh tersebut meninggalkan kesan yang mendalam pada sejarah negara kerana 14 Februari telah meruntun beribu jiwa dek kehilangan seorang pejuang negara, Leftenan Adnan Saidi dan rejimennya yang berperang bermati – matian mempertahankan tanah air pada ketika itu. Walaupun telah 75 tahun peristiwa Bukit Candu berlalu namun ia masih dikenang dalam lipatan sejarah negara.
Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt Adnan Saidi (Lt) dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang Selangor pada tahun 1915 dan merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad Saidi dan Amarullah Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan alut pada tahun 1939. Kapalnya HMS Pelanduk pada ketika itu ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia manakala adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang Selangor. Lt Adnan Saidi menerima pendidikan awal di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun dan kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun beliau merupakan salah seorang daripada 25 anak Melayu pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan Askar Melayu dan berjaya menamatkan latihan dan terpilih sebagai rekrut terbaik lalu memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Pada tahun 1936, Adnan dinaikkan ke pangkat Sarjan dan kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi tabik hormat di London bagi menyambut pertabalan King George VI dan tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni Sarjan Major lalu dihantar ke Singapura bagi mengikuti kursus latihan pegawai dan setelah menamatkan kursus Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke 7 Kompeni C dan dinaikkan pangkat Leftenan.
Sekembalinya Lt. Adnan Saidi dari London beliau telah berkahwin dengan seorang guru di kampungnya iaitu Sophia Pakih Muda dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua orang putera yang diberi nama Mokhtar dan Zainudin serta seorang puteri. namun begitu, puterinya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura. Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Apabila berita peperangan Perang Dunia ke 2 semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang dan ini merupakan masa yang paling getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga dan merupakan kali terakhir mereka bersama.
Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura dan pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut. Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya.
Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura dan menandakan Bukit Candu sebagai sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik iaitu boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British yang mana permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni C yang merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu. Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu bersama-sama dengan batalion Ke-2 Loyal Regiment Tentera British yang dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade). Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt Gen Renya Mugaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura iaitu Permatang Pasir Panjang yang mana pada pagi tersebut, Permatang Pasir Panjang dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni C dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat dan akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni C.
Lt Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap) sehinggakan pada tengah malam 14 Feb 1942, Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru iaitu Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Lt Adnan Saidi yang menjadikan jumlah keseluruhannya 42 anggota. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir sehinggakan kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Feb 1942, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah iaitu daripada Jalan Pepys Road mendaki ke Pt.226 Bukit Candu dan pada tarikh keramat tersebut Lt Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen tentera Sikh daripada Tentera British India (British-Indian Army) yang sedang mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British dan menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur. Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati walaupun Lt Adnan terkorban, namun lebih daripada 800 Tentera Jepun telah berjaya dibunuh pasukannya.
Pelbagai versi mengatakan setelah terkorbannya Lt Adnan pelbagai cara untuk mengaibkan mayatnya dilakukan oleh Tentera Jepun dan antaranya kisah dari Koperal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Lt Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan dan akibat perasaan marah kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob sendiri selepas pertempuran dan pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang yang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942 yang dalam ucapannya seperti berikut iaitu selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Rejimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Rejimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang).
Keberanian Lt Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air. Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata itulah kata-kata pembakar dan menyemarakkan lagi semangat juangnya supaya tidak gentar menghadapi Jepun, demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah terakhir. Apakah perjuangan dan pengorbanan Lt Adnan menggadaikan nyawanya dalam usia 27 berbaloi? Masih adakah anak bangsa pada hari ini, mahu mengikut jejak langkahnya. Pastinya, jika Lt Adnan dapat melihat Malaysia hari ini, Allahyarham pasti tidak menyesal mempertahankan negara dengan darahnya. Keberanian Leftenan Adnan turut diakui General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya ketika itu yang mana beliau sendiri mengatakan jika terdapat 10 orang seperti Lt Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun malah Jepun memerlukan 10 batalion lagi untuk menawan Tanah Melayu.
Iktibar dan pengajaran boleh peroleh dari kisah keberanian beliau adalah semangat cintakan negara hendaklah dengan sepenuh hati. Jika seluruh perajurit negara dan rakyat Malaysia mempunyai semangat seperti beliau, pastinya negara ini tidak mudah dijajah atau ditewaskan musuh. Rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab dan tidak sesekali menggadaikan maruah demi kepentingan diri sendiri dan tidak akan sanggup memperjudikan nasib negara untuk perjuangan yang tidak jelas dan merugikan. Rakyat Malaysia khususnya generasi muda, mereka perlu didedahkan dengan kekuatan sejarah agar tidak sesekali alpa dengan kemakmuran yang dikecap dan harus menjadikan semangat Leftenan Adnan sebagai pemangkin kepada perpaduan dan cintakan negara.
Perang Pasir Panjang penuh getir : Leftenan Adnan enggan undur walaupun kehabisan peluru
42 Askar Melayu vs 13,000 askar Jepun
13,000 Askar Berani Jepun (18th divisyen) diketuai Retaguchi Renya bertempur dengan 42 anak Melayu dari batallion Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (7th Platoon, C Company) diketuai oleh Leftenan Adnan di “Opium Hill” atau Bukit Chandu.
Meskipun 42 Anak Melayu ini hanya tinggal bayonet dibandingkan dengan Askar Jepun lengkap dengan kereta kebal, pesawat tempur dan mortar. Mereka tetap menggila dan “stronghold”.
“Jika ada 10 tentera seperti dia (Leftenan Adnan), mungkin tentera Jepun perlukan 10 lagi divisyen atau tidak mampu menakluk Malaya”
-Jeneral Tomoyuki Yamashita
Portugis? Belanda? Inggeris? Sepanyol? Jepun? Komunis? Thai? Semua kita cantas, lawan habis-habisan, kita bayar darah bukan percuma.
Kredit: Amiruddin Spelony
"Hari ini (14 Februari) adalah tarikh keramat yang tidak akan kita lupa bahawa gugurnya Pahlawan Negara, LEFTENAN DATUK ADNAN SAIDI anak kelahiran Kampung Sungai Ramal Luar Kajang, Selangor bagi mempertahankan Tanah Air tercinta di Bukit Chandu, Singapura... AL-FATIHAH
Siapakah Tujuh Wira Melayu Tragedi 15 Februari 1942
Bacaan sepenuhnya di sini :-
14 FEBRUARI
HARI MEMPERINGATI ALLAHYARHAM LEFTENAN ADNAN SAIDI
Bersama 42 Anggota Platun 7, Kompeni C.
Rejimen Askar Melayu Yang Gugur Dalam Pertempuran Buki Chandu
Menentang Tentera Jepun 14 Februari 1942
Jangan Lupa hari ni hari apa.
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Surah Al Imran Ayat 169
Syukur kehadrat Allah dan Terima Kasih Tidak Terhingga Kami Ucapkan kerana telah dibangkitkan dari kalangan kami Pejuang-pejuang yang gagah berani.
Semoga menjadi contoh dan penguat semangat kepada kami pada satu ketika kelak.
Al fatihah kepada semua yang telah Gugur
#info #facebook #sejarah #pejuang
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
14 Februari 1942
No comments:
Post a Comment