MALAM KE-21, Mencari Dan Memburu Lailatul Qadar Pada 10 Malam Terakhir Ramadan
TAZKIRAH - REZEKI YANG DIUSAHAKAN SENDIRI
Firman Allah s.w.t.
وَاَنۡ لَّيۡسَ لِلۡاِنۡسَانِ اِلَّا مَا سَعٰىۙ
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
(Surah An-Najm : ayat 39)
امين³ يا رب العالمين
TAZKIRAH - REZEKI YANG DIUSAHAKAN SENDIRI
Firman Allah s.w.t.
وَاَنۡ لَّيۡسَ لِلۡاِنۡسَانِ اِلَّا مَا سَعٰىۙ
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
(Surah An-Najm : ayat 39)
امين³ يا رب العالمين
1. MALAM KE-21
Jumhur ulama mengatakan bahawa malam yang lebih diharapkan berlakunya Lailatul Qadr ialah malam ke-27, namun di sisi Imam kita, Imam al-Syafi'i, malam yang lebih diharapkan ialah malam ke-21 atau ke-23. Pastinya Imam al-Syafi'i tidak mengeluarkan pendapat berdasarkan akal semata-mata, lebih-lebih lagi apabila dilihat menyalahi jumhur dalam masalah ini. Antara dalil sahih yang menyokong pendapat yang memilih malam ke-21 ialah sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Sa'id al-Khudri رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda:
مَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعِي فَلْيَعْتَكِفْ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ وَقَدْ أُرِيتُ هَذِهِ اللَّيْلَةَ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا وَقَدْ رَأَيْتُنِي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ مِنْ صَبِيحَتِهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَالْتَمِسُوهَا فِي كُلِّ وِتْرٍ
"Sesiapa yang beriktikaf denganku maka hendaklah dia beriktikaf pada sepuluh malam yang terakhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan akan malam Lailatul Qadr kemudian aku dijadikan lupa akannya. Aku telah melihat diriku (pada malam Lailatul Qadr) bersujud pada air dan lumpur pada paginya. Maka (oleh itu) carilah Lailatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir dan carilah Lailatul Qadar pada setiap malam yang ganjil".
Kemudian kata Abu Said al-Khudri lagi:
فَمَطَرَتْ السَّمَاءُ تِلْكَ اللَّيْلَةَ وَكَانَ الْمَسْجِدُ عَلَى عَرِيشٍ فَوَكَفَ الْمَسْجِدُ فَبَصُرَتْ عَيْنَايَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى جَبْهَتِهِ أَثَرُ الْمَاءِ وَالطِّينِ مِنْ صُبْحِ إِحْدَى وَعِشْرِينَ
"Maka pada malam tersebut hujan telah turun dan adalah bumbung masjid (pada ketika itu) diperbuat daripada pelepah tamar dan dedaun. Lalu menitislah air daripada (bumbung) masjid. Maka aku melihat dengan dua biji mataku bahawa pada dahi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم terdapat kesan air dan lumpur pada pagi hari ke-21".
Berkata Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya: "Imam al-Shafi'i berkata: Hadis ini ialah riwayat yang paling sahih (tentang Lailatul Qadr)"
Malam ni malam ke-21. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan doa. Jika sahabat-sahabat pembaca teringatkan hamba, maka sertakanlah hamba yang berdosa ini dalam doa kalian.
Yang mengharapkan maghfirah,
Abdul Rahman Bin Harman Shah Raniri al-Azhari
Bacaan Tambahan Yang Lain :
2. MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
2. MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JUMAAT - PENGHULU SEGALA HARI 15 Ramadhan 1441H / 8 May 2020
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ* *ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hadis Rasullullah s.a.w.
Daripada Aishah RA katanya, Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadat dalam bulan Ramadhan, maka dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.
Baginda juga akan menambahkan amal ibadatnya lebih daripada biasa apabila sampai sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan, sedangkan di hari-hari yang sebelumnya Baginda tidak berbuat demikian.
Islam menuntut seseorang yang berpuasa pada bulan Ramadhan memperbanyakkan amal ibadat pada siang hari dan malamnya, lebih-lebih lagi sepuluh malam yang terakhir.
Seseorang lelaki disunatkan pergi beriktikaf di masjid pada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
Seseorang lelaki digalakkan pergi beribadat di masjid atau di surau sekalipun meninggalkan isteri atau anaknya, dengan tujuan berbuat kebaikan dan beramal soleh. (Hadis Riwayat: Muslim)
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
3. Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Daripada Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.
2. Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)
"Malam kemuliaan (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3).
3. Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
4. Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.
5. Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.
6. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).
7. Marilah kita berazam bersungguh-sungguh untuk bertemu Lailatul Qadar. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar pada tahun akan datang.
Catatan pada : 14hb Mei 2020 / 21hb Ramadan 1441H
Sila layari pautan artikel yang berkaitan di sini :-
Doa Hari Jumaat Pada 10 Hari Ramadan Yang Terakhir
https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/doa-akhir-jumaat-ramadan.html
Sila layari pautan artikel yang berkaitan di sini :-
Doa Hari Jumaat Pada 10 Hari Ramadan Yang Terakhir
https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/doa-akhir-jumaat-ramadan.html
No comments:
Post a Comment