Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 15 May 2020

Doa Akhir Jumaat Ramadan

Doa Hari Jumaat Pada 10 Hari Ramadan Yang Terakhir

Salam kasih sayang buat semua...jom kita berdoa di Subuh seperti ini...

"Ya Allah ya Tuhan kami. Ampunkan semua dosa-dosa kami yang telah kami lakukan secara sengaja atau tidak secara sengaja. Yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Kami adalah hamba-hamba-Mu yang lemah dan dhaif yang sentiasa melakukan kesalahan dan dosa, sentiasa melangar peraturan dan suruhan -Mu, yang selalu leka dan lalai untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan terhadap-Mu. Jika kami bersalah ampunkanlah kami, maafkanlah kami sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Pemaaf.

Ya Allah ampunkan dosa kedua ibu bapa kami, kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil, ampunkan juga dosa isteri dan akan-anak kami, kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat-sahabat kami.

Ya Allah, di bulan Ramadan yang penuh berkat ini rahmat dan pengampunan-Mu amat luas sekali kepada hamba-hamba-Mu yang berpuasa. Ya Allah terimalah ibadah puasa kami, amal ibadah kami, sedekah kami dan jihad kami. Berikanlah kami rahmat-Mu, pengampunan-Mu dan bebaskanlah kami daripada seksaan api neraka.

Ya Allah pilihlah kami semua untuk memasuki syurga-Mu melalui pintu Ar-Rayyan khusus untuk orang-orang berpuasa. Pintu Ar-Rayyan hanya Kau peruntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. Sesungguhnya bila Kau telah pilih kami memasuki syurga sebenarnya kami telah berjaya. Tunaikan hajat dan permohonan kami ini ya Allah.

Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan kami tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia dan berjaya di hari akhirat, maka tetaplah kami di dalam keadaan itu. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan kami di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan-Mu.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau berilah sihat sejahtera kepada kami, jauhkan kami daripada mala petaka bencana dan penyakit. Jauhkan kami daripada seksaan api neraka Jahanam, seksa kubur, fitnah hidup ada mati, pilihlah kami dapat menyebut kalimah syahadah di akhir hayat kami dan mendapat husnul khatimah, jadikanlah lubang-lubang kubur kami adalah daripada taman-taman syurga.

Ya Allah bersihkan akidah kami daripada syirik kepada-Mu, sucikan hati-hati kami daripada sifat hasad dengki, riak, sombong, bongkak, takbur, iri hati dan sifat-sifat keji yang Kau benci, dan tanamkan di dalam hati-hati kami sifat iman, takwa, sabar, syukur, lemah lembut dan jadikan hati-hati kami memiliki sifat mahmudah.

Ya Allah pertemukanlah kepada kami dengan lailatul qadar, malam kemuliaan yang lebih baik daripada 1000 bulan, temukanlah kami di malam al-qadar dengan malaikat-Mu yang mulia Jibril a.s yang membawa rahmat dan rezeki pada malam itu dan berikanlah kepada kami tanda-tandanya. kerana kami yakin dengan sabda Rasul-Mu Nabi Muhammad SAW. "Sesiapa menghidupkan malam kemuliaan (Lailatul Qadr) kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Ya Allah izinkanlah kami bertemu Ramadan yang akan datang dan jadikanlah hati-hati kami sentiasa mengingati-Mu  samaada ketika kami berseorangan atau dengan orang lain. Jadikan kami sentiasa berbaik sangka dengan qadak dan qadar-Mu dan sentiasa reda dengan takdir yang telah Kau tetapkan.

Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksaan Neraka."

Amminn ya Rabb

Sila layari pautan artikel yang berkaitan di sini :-

MALAM KE-21 Dan Memburu Lailatul Qadar Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...