Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 14 May 2020

Pada 10 Terakhir Ramadhan, Carilah...

Pada 10 Terakhir Ramadhan, Carilah Lailatul Qadar


Tarikh Dari 13 Mei 2020 sehingga 23 Mei 2020

Antara ayat-ayat Al-Quran dan Hadis berkaitan dengan Malam Lailatul Qadr : 
  • Firman Allah s.w.t. : "Malam Al Qadr Lebih Baik Dari Seribu Bulan" (Al-Qadr :3)
  • Sabda Rasulullah s.a.w : "Carilah Lailatul Qadr Pada Malam Yang Ganjil Dalam 10 Malam Terakhir Dari Ramadhan (Hadis Riwayat Bukhari)

Carilah Lailatul Qadar..

Imam Masjidil Haram memberi nasihat yang sungguh praktikal. Beliau mengatakan, untuk 10 hari terakhir Ramadhan :

1. Sedekahlah paling minima RM1 setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 tahun.

2. Paling sedikit solatlah 2 rakaat setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam, jika jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh Al Quran setiap hari selama 84 tahun.

4.Berusahalah buat semua amalan sholeh walau sedikit kerana jika ia jatuh pada malam Lailatul Qadar maka kita Allah akan memberi fadhilat yang sangat besar.

In shaa Allah...

Berikut adalah Senarai Pertubuhan dan Badan Kebajikan yang Tuan-tuan/Puan-puan boleh infakkan Sedekah Jariah untuk 10 Malam Terakhir Bulan Ramadhan dan hari-hari yang seterusnya...
  1. PERTUBUHAN KASIH UMAT MALAYSIA CIMB. No. Akaun : 8603 546376 - Ustaz Ebit Lew
  2. TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA Bank Muamalat No. Akaun : 16010001138714
  3. Tabung Musa'adah Covid19 JAKIM Bank Islam No. Akaun : 1602-70100-015 28 - Tabung Bencana Alam
  4. Yayasan Raja Shamri The 3rd Force. Bank Islam. No. Akaun : 0309-00100-66340. Emel : rshamri@hotmail.com
  5. Zon Kuliah. Maybank. No. Akaun : 5572 5005 4584 - Produksi Zonkita (Satu Badan yang menghasilkan video-video ceramah agama oleh ustaz-ustaz terkenal di Malaysia)
  6. The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered. Maybank No. Akaun : 5622 0962 4421 - Hidayah Centre Foundation
  7. Muslim Care Malaysia Maybank No. Akaun : 5644 9041 3882
  8. Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor. Maybank No. Akaun : 5648 1052 0353 - Bro@FirdausWong.
  9. Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin Bank Rakyat No. Akaun : 1108 0100 1568
  10. Dakwah Unlimited. Maybank No. Akaun : 563028615736
  11. Tabung Pembinaan Darul Quran, Kota Tinggi Maybank No. Akaun : 551070419043
  12. #Malam29Ramadan | Kempen Wakaf 1000 Bulan untuk Telaga Air Syria

    ‼️ JUMAAT TERAKHIR MALAM AL-QADAR

    • Malam ini malam Jumaat terakhir di Ramadan tahun ini
    • Malam ini juga malam ganjil terakhir Ramadan untuk kita mencari Lailatulqadr
    • Mari semua, kita berjaga & hidupkan malam ini.. Laksanakan ibadah terbaik kita kerana ini mungkin RAMADAN TERAKHIR KITA!!

    ============================

    • WAKAF TELAGA AIR SYRIA
    • Kutipan semasa Telaga Syria : RM111,000/RM300,000 (37% dari sasaran)

    ‼️ Hanya 378 LOT WAKAF yang tinggal. Rebut peluang sempena Jumaat Terakhir Malam al-Qadar ini untuk berwakaf.

    ‼️ Berapa ramai saudara kita di sana yang kehausan😭. Ayuh saudaraku jadilah orang yang menghilangkan kehausan lebih 470 keluarga pelarian Syria di Jarablus ini.

    • Ya Allah, semoga para pewakaf ini dihilangkan kehausan mereka di padang mahsyar asbab pertolongan mereka membina telaga ini
    • Ya Rabb, berilah para pewakaf ini minuman dari Telaga al-Kautsar, minuman terbaik di syurga kelak

    ‼️ Kami memerlukan 18900 orang untuk memberikan wakaf RM10 bagi mencapai tujuan ini. Mari semua kita sebarkan sebanyak-banyaknya agar kita juga mendapat pahala berwakaf mereka.

    ============================

    ‼️ Inginkah anda memperoleh pahala berwakaf selama 1000 bulan dalam masa semalam sahaja?

       Sertai KEMPEN WAKAF TELAGA AIR SYRIA melalui pakej berikut :

    • LOT WAKAF RM500
    • Sijil Wakaf RM50
    • RM10 atau seikhlas hati

    ‼️ CARANYA?? 3 LANGKAH MUDAH 👇

    1. Salurkan WAKAF anda ke akaun Aman Palestin Berhad :

    • Bank Islam: 12029010047880
    • Maybank: 562263010787
    • CIMB: 8600460353


    2. SMS/Whatsapp slip transaksi anda ke : Ustaz Zainizam (+60194991610)

    3. Sertakan maklumat berikut :

    Nama :
    Emel :
    Sumbangan : WakafTelagaSyria

    #AmanPalestin #Malam29Ramadan #WakafTelagaSyria
Jom Kita Berinfaq... Mudah-mudahan Kita Bertemu Malam Lailatul Qadar pada tahun ini.

P/s: Pakat-pakat kongsikan yea... Supaya lebih ramai lagi dapat berinfaq dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini. Aamiiiin.

Tazkirah 10 Terakhir Ramadhan

Pantas masa beredar ! Malam ini Inshaa Allah, kita sampai 10 terakhir Ramadhan 1441.

Saudaraku yang mulia.

Asbab Coronavirus Penguasa menghadkan penggunaan masjid jadi berdasarkan ilmu usul fiqh kita boleh jer iktikaf di rumah mudahan Allah memberi ganjaran yang sama terlebih lagi kita masih buat gerakerja dakhwah meskipun hanya media media sosial.di mana ganjaran semua amal soleh di jalan Allah digandakan 70000 kali.

Saudaraku yang mulia.

Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan ini sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda wafat.

Iktikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’. Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Dan janganlah dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf di dalam masjid.” (Al-Baqarah: 187)

Iktikaf ini sunnah muakkad.

Daripada Aishah RA: “Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian diteruskan isteri-isteri baginda.” (Muttafaqun alaih)

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...