Usah jadikan tongkat khutbah bahan jenaka
Pengenalan
Gambar : Contoh sebenar dalam berkhutbah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut. Amalan ini telah sedia ada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu hayat baginda dalam menyampaikan setiap khutbah sama ada pada Hari Jumaat, Hari Raya Aidilfitri mahupun pada Hari Raya Aidiladha
Pengenalan
Tongkat khutbah bukan benda mainan yang boleh digantikan dengan barang-barang lain seperti batang-batang pancing, penyodok atau batang penyapu. Janganlah tanpa kita di luar kesedaran telah menghina agama kita sendiri. Ambillah ia sebagai pengajaran dan ilmu untuk kita semua selepas ini.
Antara perkara yang disunatkan semasa khutbah adalah memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah. Jika tiada, maka janganlah guna yang lain-lain. Tongkat tidak wajib digunakan semasa menyampaikan khutbah. Semoga mereka yang telah melakukan kesalahan ini (yang tiada niat untuk merpersendakan agama) bertaubatlah segera. Ini adalah kerana supaya kita sentiasa dapat pelihara iman sehingga ke akhir hayat kita. Semoga taubat kita semua yang telah melakukan kesilapan ini diterima oleh Allah s.w.t. Bersama-samalah kita menjaga kesucian agama Islam ini sampai bila-bila. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
Rujukan menteri hal ehwal agama :
Saya melihat segelintir netizen berkongsi gambar khatib memegang tongkat semasa khutbah. Ada gambar khatib yang menggunakan joran pancing, tripod, batang penyapu, pedang Star Wars, senapang, kayu snooker, payung dan sebagainya.
Ada juga menulis status agar mengundi gambar khatib yang paling lucu edisi ketawa pecah perut. Gambar-gambar khatib memegang tongkat ini menjadi bahan lawak jenaka. Menurut mereka ia sebagai gurau santai pada hari raya.
Ulasan saya dalam perkara ini seperti berikut:
1. Perkara begini sepatutnya tidak dijadikan lawak jenaka. Apatah lagi sampai mahu ketawa pecah perut. Memegang tongkat adalah amalan Nabi SAW semasa berkhutbah yang memegang tongkat atau busur panah. Hadith diriwayatkan oleh Sa'd Al-Qarazh RA bahawa beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَانَ إِذَا خَطَبَ فِي الْحَرْبِ خَطَبَ عَلَى قَوْسٍ وَإِذَا خَطَبَ فِي الْجُمُعَةِ خَطَبَ عَلَى عَصًا
"Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda berkhutbah di medan perang, baginda akan menyampaikan khutbah dengan bersandar pada busur. Dan apabila baginda berkhutbah pada hari Jumaat, baginda akan menyampaikannya dengan bersandar kepada tongkat." (Riwayat Ibnu Majah)
2. Memegang tongkat bukan rukun khutbah Hari Raya tetapi ia sunat mengikut mazhab Syafie. Khatib tidak wajib memegang tongkat dengan tangan kiri tetapi kebiasaannya khatib memegangnya dengan tangan kiri. Jika tiada tongkat atau busur panah maka tangan kanan diletakkan atas tangan kiri atau dilepaskan ke bawah sahaja.
3. Khatib tidak digalakkan menggerakkan tangan kiri dan kanan semasa menyampaikan khutbah. Ini supaya khatib dan jemaah fokus kepada penyampaian khutbah. Khutbah berbeza dengan ceramah atau kuliah. Perkara ini perlu difahami dengan baik.
4. Jika khatib tiada tongkat maka dia boleh menggunakan kayu dan sebagainya. Namun jangan direndahkan nilai tongkat itu sehingga apabila orang memperhatikannya maka akan bergelak ketawa. Ini bukan program Maharaja Lawak Mega.
5. Sebab itu saya tidak beberapa gemar menggunakan batang penyapu atau batang penyapu sarang labah-labah sebagai ganti tongkat kerana hilang kehebatan khatib di situ. Namun ia masih tidak salah menggunakannya.
6. Pada masa akan datang, jika tiada tongkat atau kayu yang sesuai maka lepaskan tangan sahaja ke bawah. Mungkin perkara ini kurang dimaklumi oleh khatib-khatib baru dalam fasa PKP. Pada hemat saya, ini cara yang lebih baik bagi menjaga kehebatan khatib dan khutbah.
7. Saya berasakan tidak perlu juga kita berkongsi gambar-gambar aneh khatib hanya untuk gelak ketawa sampai pecah perut. Ia bagaikan merendah-rendahkan kemuliaan agama kita sendiri.
Gelak ketawa ada batasannya juga. Jangan sampai orang lain memandang rendah agama kita. Kita jaga agama kita.
Wallahu A'lam.
Dr. Abdél Rahmanov
25 Mei 2020
Artikel yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan daripada sumber asal :
No comments:
Post a Comment