Gambar : Buku Terbitan Yang Bertajuk Hong Kong Comics
Manhua : Kisah sejarah yang panjang
Satu realiti manhua aksi dengan gaya realisme di pasaran Hong Kong kini kian merosot. Satu persatu siri panjang yang hits dan popular telah ditamatkan. Sebelum berakhirnya era ini dan ramai-ramai move on, dikongsikan sedikit tentang sejarah awal dunia manhua
Ringkasnya, manhua boleh dikategorikan kepada 4 genre dengan sejarah penerbitan yang berbeza iaitu :
- Manhua satira politik bermula 1867
- Manhua humor bermula 1929
- Manhua kepahlawanan bermula 1920
- Manhua kanak-kanak bermula 1923
Sekiranya bercerita tentang sejarah seni lukis ke arah genre kartun, ia akan melibatkan sejarah lebih panjang, lukisan-lukisan yang ditemui sebelum abad masihi, brush drawing ketika Dinasti Qing, cetakan nian hua ketika Dinasti Ming, litografi kaedah cetakan pengaruh barat, dan lianhuantu/lianhuahua, kartun/komik bersiri yang mempunyai penceritaan bersaiz tapak tangan. Genre ini mula rapat dengan pembaca di Hong Kong apabila mendapat bekalan daripada shanhai sekitar 1920an.
Dunia manhua kita pastilah tentang Manhua Kepahlawanan. Era pengetahuan kita rata-rata dengan karya little rascal 1970 yang dihasilkan oleh Wong Yuk Lung. Hakikatnya manhua aksi bermula jauh lebih awal tetapi dengan penceritaan agak berbeza kerana pengaruh luar yang lebih kuat. Contohnya Uncle Choi pada 1958, Boy Scout pada 1960 dan Flying Black Batman 1962.
Di era 1980an, manhua aksi semakin berkembang pesat dengan pelbagai jalan penceritaan dan kemunculan pelukis-pelukis yang kita kenali hingga hari ini.
Namun kita sedia maklum, tidak ada apa yang kekal statik di dunia ini, Manhua juga mengalami revolusinya sendiri kesan pengaruh luar dan ledakan dunia digital.
Digoreng semula daripada bacaan buku bertajuk Hong Kong Comic; A History Of Manhua. Penulis buku merupakan seorang pembantu profesor universiti di New York dan bahan kajian ini dihasilkan untuk rujukan pembaca di Hong Kong dengan dibiayai oleh Hong Kong Art Developmet Council ketika itu.
Ada beberapa buku lagi yang lebih mengkhususkan tentang manhua kepahlawanan, tapi sayang tiada dalam versi terjemahan untuk dibaca.
-Selamat hari raya, maaf zahir dan batin-
No comments:
Post a Comment