Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 26 May 2020

Kempen Tak Boleh Balik Raya Dan...

Kempen Tak Boleh Balik Raya Dan Tiada Rumah Terbuka Tahun 2020


Gambar 1 : Tak Boleh Balik Raya


1. Kempen Tak Boleh Balik Raya 2020 😫👍🏼

Kes Covid lima hari sebelum PKP fasa pertama bermula pada 18 Mac 2020:

13 Mac: 39
14 Mac: 41
15 Mac: 190
16 Mac: 138
17 Mac: 107
Jumlah: 515

Ini pula lima hari terbaru (termasuk hari ini):

18 Mei: 47
19 Mei: 37
20 Mei: 31
21 Mei: 50
22 Mei: 78
Jumlah: 243

Jika jumlah kes Covid baru setiap hari naik sekali ganda je, kita mungkin masuk semula ke PKP fasa pertama.

Siapa nak?

Sebab itu kita elak balik kampung, elak terlebih kunjung-mengunjung masa Raya dan kita mesti terus amalkan SOP dan penjarakan diri.

Logiknya mudah:

Jika kes-kes Covid tertumpu kepada golongan atau lokasi tertentu, ianya masih boleh dikawal KKM.

Jika Covid merebak ke puluhan halaman kampung dan bandar seluruh negara, bagaimana KKM nak kawal?

Nanti terpaksa laksanakan PKP umum ke atas seluruh negara sekali lagi seperti PKP fasa 1 pulak.


2. Tiada Rumah Terbuka Di Aidilfitri Tahun 2020


Gambar 2 : Kes baharu naik kerana Hari Raya? 

Semalam 25 Mei, sebanyak 172 kes baharu COVID-19 telah dilaporkan, naik sekali ganda berbanding 60 kes pada 24 Mei. Sehari sebelum itu, hanya 48 kes baharu dilaporkan.

Kenaikan ini telah menimbulkan kebimbangan dan ada  mendakwa kebenaran merentas negeri bagi individu tertentu dengan alasan kerja dan kecemasan sebagai punca.

Ada juga menyalahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tidak mematuhi SOP.

Daripada 172 kes baharu yang dilaporkan semalam,  5 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 167 kes penularan tempatan.

Daripada 167 kes penularan tempatan ini, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia. Daripada 159 kes ini pula, 112 berlaku di tiga Depoh Tahanan Imigresen DTI). 

Maksudnya, sebahagian kes ini berlaku di DTI Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.  Rakyat asing atau Orang Kena Tahan (OKT) ini telah diasingkan lebih awal daripada masyarakat tempatan dan kes-kes baharu itu disebabkan jangkitan dalam kalangan tahanan dalam DTI. 

Bagi KKM, jangkitan ini 'lebih mudah dikawal' kerana berlaku dalam kawasan yang dikawal.  Strategi sasaran tertumpu yang digunakan KKM akan lebih berkesan untuk mengesan pesakit. 

Ia tiada kaitan dengan kelonggaran rentas negeri yang diberikan kepada individu tertentu dan sambutan Hari Raya.

Oleh kerana tempoh inkubasi adalah 14 hari, kesan rentas negeri dengan kebenaran atau tanpa kebenaran hanya dapat dilihat dalam tempoh 14 hari dari sekarang. 

Begitu juga dengan kebenaran ziarah hari raya. Jika ramai tidak mematuhi SOP,  kes boleh meningkat berkali ganda dan ini dapat dilihat tempoh 14 hari dari sekarang. 

KKM meramalkan  bilangan kes baharu terus bertambah dalam tempoh dua tiga hari ini dan sebahagian besar melibatkan warganegara asing di DTI.  

Ia berlaku kerana dua sebab iaitu:
  1. Pemeriksaan lebih menyeluruh oleh KKM di tiga DTI terlibat.
  2. Keputusan hasil ujian makmal yang sebelum ini 'pending'. 
Kebimbangan yang ditunjukkan orang ramai susulan pertambahan kes baharu ini adalah sesuatu yang positif. 

Apabila kita bimbang, secara langsung kita akan meningkatkan amalan-amalan pencegahan yang disarankan. 

Namun, kebimbangan tanpa sebab munasabah adalah juga satu kebimbangan kerana ia boleh mendorong orang untuk menyebarkan maklumat tidak benar dan menggelirukan. 

Admin-



PANDUAN AIDILFITRI 2020

6.30 pagi - Mandi Sunat Aidilfitri di bilik mandi.

7.00 pagi - Pakai pakaian baharu atau pakaian raya yang terbaharu.

7.15 pagi - Ambil gambar sekeluarga untuk hantar ke semua group nak bagitahu baju raya warna apa.

7:30 pagi - Berkumpul di bilik tamu untuk Solat Sunat Aidilfitri.

8.30 pagi - Selesai solat sunat bergerak beramai-ramai ke bilik dapur untuk menjamu selera.

8.45 pagi - Bermaafan semua ahli keluarga, kalau boleh menangis semua sebelum selesai 0-0 terutamanya bagi pasangan suami isteri.

9.00 pagi  - Buat panggilan video (video call) kepada keluarga untuk ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

9.15 pagi - Setelah kenyang beredar pula ke bilik keluarga untuk tengok televisyen. Kalau meluat tengok televisyen, boleh main permainan video di telefon. Aktiviti bebas.

11.00 pagi - Bila mata dah mula kuyu, bolehlah bergerak ke bilik masing-masing untuk tidur.

12.30 tengahari - Setelah bangun berkumpul kembali di bilik dapur untuk mengunyah biskut raya yang dibeli dalam talian.

1.00 petang - Bila dah kenyang boleh berpindah ke bilik keluarga untuk tonton televisyen atau main permainan video di telefon.

P/S : Note,

Ulang semula pergerakan antara bilik ini sehingga terbenam matahari 1 Syawal (ataupun sehingga tamat 30 Syawal 1441H) tahun 2020 ini. Demikian catatan raya tahun ini...Sekian.

StayAtHome

😭☺️🤣😅😋☺️🤔😰🤫😎😴😢

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...