Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 26 May 2020

SELAMAT HARI GURU...

Arkib : May 16, 2020 at11:08 a.m.


SELAMAT HARI GURU CHE'GU SHAARI!

Kelihatan Seniman Idris Hashim sedang tekun mendengar arahan pengarah. Walaupun beliau pelakon bangsawan senior, tetapi tidak kekok untuk diajar dan mengikut rentak gaya P.Ramlee dalam set MASAM MASAM MANIS (1965).

Pengambaran babak ini dilakukan bersama para pelajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Kelang. Hampir kesemuanya berasal dari Kg.Kemensah di belakang Studio Merdeka. Kata mereka di dalam kelas itu tak semua sama umur, ada kakak -adik, adik -abang semuanya dicampurkan sekali. Selain diberi peluang berlakon bersama P.Ramlee, mereka juga sempat belajar dan menyanyi bersama Seniman Agung ini.

"Saja suka-suka berlakon, takde bayaran pun, tapi P.Ramlee ajar kami bahasa Jepun!"

Malah salah seorang pelajar di dalam kelas ini bernama MURAD turut diangkat P.Ramlee untuk membawa watak sebagai adik Cikgu Norkiah yang datang dari kampung bersama ibunya. Begitulah cekap P.Ramlee memikat hati sebelum pengambaran, secara tidak lansung telah mewujudkan suasana santai dan selesa antara murid dan guru di dalam set .Ternyata ini memberi kenangan manis dan masih segar untuk diceritakan hingga kehari ini.

𝘋𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢
𝘛𝘪𝘢𝘱 𝘢𝘬𝘢𝘳 𝘪𝘭𝘮𝘶 𝘮𝘪𝘭𝘪𝘬𝘯𝘺𝘢
𝘗𝘦𝘭𝘪𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢
𝘜𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘥𝘦𝘸𝘢𝘴𝘢.

Dedikasi buat guru-guru yang pernah menabur jasa dan bakti mendidik kita semua. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan agar kalian semua sentiasa diberkati dan berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT .

Selamat Hari Hari Guru 2020.

Rujukan:
Sembang santai bersama penduduk Kg.Kemensah (Feb 2020)
Gelanggang Filem

#SelamatHariGuru
#BerguruDemiIlmu
#BinaGenerasiBaharu
#usmanawang
#chegushaari

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...