Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 19 July 2022

20 JULAI 1973

Hari ini 49 tahun yang lalu, Bruce Lee meninggal dunia di usia 32 tahun.

Lahir dengan nama Lee Jun-fan pada 27 November 1940 di San Francisco, Bruce Lee merupakan pelakon, pengarah penerbit & pengamal seni mempertahankan diri yang dianggap paling berpengaruh & ikon budaya pop abad ke-20.

Pengasas “Jeet Kune Do” itu memulakan karier lakonan sejak di usia kanak-kanak di Hong Kong & mula dikenali di A.S. apabila membintangi siri TV “The Green Hornet.” Filem “The Big Boss” & “Fist of Fury” meledakkan namanya di pentas antarabangsa.  

Selepas kejayaan filem pertama terbitannya, “The Way of The Dragon,” Lee menghasilkan & membintangi satu lagi filem pecah panggung, “Enter The Dragon” pada 1973. Namun 6 hari sebelum tayangannya di Hong Kong, Lee meninggal dunia dengan tragik.

Masalahnya bermula pada 10 Mei itu apabila Lee pengsan ketika sesi rakaman suara untuk filem “Enter The Dragon.” Beliau dikejarkan ke hospital & doktor mendapati Lee mengalami serebral edema, iaitu kondisi otak membengkak dek cecair berlebihan.

Selepas dirawat, Lee pulih & kembali menjalani rutin hariannya seperti biasa, namun sakit kepalanya kerap datang & pergi. Pada 20 Julai itu, Lee berada di Hong Kong & meluang sepanjang hari berbincang dengan penerbit Raymond Chow untuk filem “Game of Death.”

Kemudian Lee ke apartment temannya, pelakon Taiwan, Betty Ting. Sekitar jam 7.30pm, sebelum mereka keluar makan malam, Lee mengadu sakit kepala lalu Ting memberinya Equagesic, sejenis ubat penahan sakit, sebelum Lee baring untuk berehat.

Beberapa jam kemudian, Ting mendapati Lee tidak memberi sebarang respon. Ting menelefon Chow & doktor, masing-masing cuba menyedarkan Lee namun gagal. Lee kemudian dikejarkan ke hospital & di sana beliau disahkan sudah meninggal dunia.

Bedah siasat mendapati Lee mati disebabkan tindak balas alahan terhadap ubat penahan sakit yang diambil. Begitupun, muncul pelbagai teori konspirasi di sebalik pemergian sang jagoan itu.

Sumber: Britannica, All Thats Interesting

#PeristiwaHariIni #BruceLee

https://www.facebook.com/11726505964/posts/pfbid0367NrhpUs7YputTmPRPQ5HKLPr6SGzZNMJ6dnCupq1PTUbZW7PuXewRfL78HyHySRl/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

PERTAHANAN & MENYERANG - SENI KUNGFU WINGCHUN : (Seni Beladiri China)

 https://normanhafizi.blogspot.com/2021/12/pertahanan-menyerang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...