Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 21 July 2022

21 JULAI 1875

Mesyuarat Antara Sultan Abdullah & Pembesar-pembesar Perak berkenaan dengan Sistem Residen


J.W.W. Birch

21 Julai 1875 – Pada tahun 1875, satu mesyuarat pembesar-pembesar Perak telah dilangsungkan di Durian Sebatang, Perak bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan campur tangan Inggeris khususnya pengenalan sistem Residen yang telah menghakis kuasa Raja dan pembesar-pembesar Melayu.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh oleh pembesar negeri Perak seperti Datuk Maharajalela, Datuk Laksamana dan Datuk Sagor. Sultan Abdullah yang baru menaiki takhta kerajaan Perak dengan bantuan Inggeris juga turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Dalam mesyuarat itu beberapa syor telah dikemukakan tentang cara-cara untuk membunuh J.W.W. Birch, Residen Inggeris di Perak. Pelbagai cara telah dicadangkan dan bentuk bertindak membunuh J.W.W. Birch.

Walaubagaimanapun akhirnya, syor Datuk Maharajalela dipersetujui dan beliau telah diberi tugas untuk melaksanakannya. Dengan itu Datuk Maharajalela telah mengarahkan anak-anak buahnya Pandak Endut, Kulup Ali, Siputum, Ngah Jabar dan Setuah untuk menjalankan tugas membunuh Birch.

Akhirnya pada 2 November 1875 J.W.W. Birch, Residen Inggeris di Perak telah berjaya dibunuh di Pasir Salak Kampung Gajah ketika beliau sedang mandi. Dengan kejayaan pembunuhan Birch itu telah menaikkan lagi semangat orang-orang Melayu Perak untuk menentang Inggeris yang menceroboh tanah air mereka dan membawa kepada tercetusnya peperangan yang besar di antara kedua pihak.


------------------------------------------------------------

Kisah Datuk Maharajalela : Orang Besar Melayu Perak

Hampir 145 tahun berlalu baru harini diberitahu Maharajalela Pasir Salak itu adalah seorang Mufti Negeri Perak.

Dari rekod sejarah, tidak ada kenyataan menyebut Maharajalela seorg ulamak apatah lagi sebagai Mufti yang amat mulia kedudukannya!

Semasa dibicarakan di Taiping pada 1876 atas jenayah membunuh Resident Birch, Mahkamah tidak memetiknya sebagai Mufti melainkan sebagai Orang Besar Melayu yang menjaga Pasir Salak sahaja.

Malah sebelum dibicarakan di Taiping, Istana Johor tidak menyatakan Maharajalela itu seorang Mufti. Barang diingat, Maharajalela telah dibawa ke Johor dibawah custody Sultan Johor selepas dia menyerah diri dari persembunyian. Sultan Johor memberi jaminan Maharajalela tidak ditahan Inggeris & diberi layanan adil malah dibicarakan dengan adil di Mahkamah.

Jika Inggeris tahu Maharajalela itu seorang Mufti mungkin elemen ini diambil kira sebagai mitigasi dalam menjatuhkan hukuman kerana kedudukan jawatan ini amat dihormati di mata rakyat Perak.

Selanjutnya Maharajalela digantung & sehingga kini tidak diketahui di mana pusaranya. Malah keluarga & warisnya mengalami syndrome bisu iaitu ditegah bercakap mengenai nasibnya berakhir di tali gantung.

Implikasinya warisnya tidak mahu mengambiltahu tentangnya.

Warisnya & Istana tidak memohon agar jenazahnya diuruskan sejajar kedudukan sebagai seorg Mufti.

Jadi kesimpulannya jika Maharajalela sebenar-benar seorang Mufti mungkin rakaman sejarah mengenainya berbeza.

Setelah hampir 150 tahun berlalu terdapat percubaan menyediakan narratif baru sejarah bagi menjustifikasikan pembunuhan Birch itu adalah wajar! Saya juga terbaca narratif baru yang Birch telah memperkosa hamba-hamba wanita yang memohon perlindungannya setelah mereka tahu Perjanjian Pangkor 1874 bertujuan antaranya menghapuskan amalan hamba sedangkan penguatkuasaannya hanya dibuat setelah lima bulan Birch mati ! (Tamat)

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Perjanjian Pangkor



20 Januari 1874 : Memperingati 145 Tahun Perjanjian Pangkor



25 Februari 1872 Perang Larut Ketiga


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...