Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Friday 25 February 2022

25 FEBRUARI 1872

Peristiwa Pada 25 Februari 1872 Perang Larut Ketiga

Hari ini 150 tahun yang lalu, Menteri Larut, Ngah Ibrahim meminta bantuan British untuk menamatkan Perang Larut ke-3. 

Larut menjadi lubuk bijih timah sejak ia mula-mula ditemukan oleh Long Jaafar pada 1848. Lombong yang dibukanya bertambah luas apabila permintaan daripada British meningkat & semakin ramai pekerja Cina datang bekerja & menetap di situ. 

Bersama mereka di bawa pengaruh persatuan kongsi gelap & antara mereka mula bersaing merebut kuasa. Maka pada 1861, berlaku konflik antara kumpulan Ghee Hin dengan Hai San tentang laluan air ke lombong yang mencetuskan Perang Larut yang pertama. 

Bisnes British di PulauPinang terjejas, lalu mereka menuntut ganti rugi daripada Sultan Perak yang tidak mampu dibayarnya lalu diminta bantuan daripada Ngah Ibrahim, anak Long Jaafar. Atas jasa kepada Sultan itu, beliau dianugerahkan gelaran Orang Kaya Menteri Larut. 

Ketegangan reda namun tak lama. Pada 1865, Ghee Hin & Hai San berperang lagi apabila meletus pergaduhan di kedai judi. Pertumpahan darah menular hingga ke Pulau Pinang lalu British mendenda kedua-dua persatuan itu serta pemimpin mereka dibuang negeri. 

Menjelang 1870 sudah ada sekitar 40,000 pekerja lombong Cina di Larut. Kawasan perlombongan kedua-dua persatuan itu berdekatan satu sama lain, menjadi punca kepada meletusnya kembali peperangan antara kedua-duanya buat kali ketiga pada 1872.

Ghee Hin mengupah 4,000 tentera dari China & buat kali pertama, Hai San diusir keluar dari Larut & lari ke Pulau Pinang. Huru-hara & perubahan penguasaan lombong di Larut telah sekali lagi menjejaskan bisnes bijih timah ke tahap yang lebih teruk.

Tidak berupaya mengawal keadaan, ketika inilah, dipercayai pada 25 Februari 1872, Ngah Ibrahim meminta bantuan British. Lalu dihantar Kapten Tristram Speedy bersama askar Sipahinya membantu Hai San kembali mendapatkan semula lombong mereka di Larut. 

Konflik ini kemudian menjadi perang proksi perebutan kuasa antara pewaris takhta Perak, yang berakhir apabila Raja Abdullah menjemput campur tangan serius British dalam pentadbiran Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 1874. 

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Orang Perak

#PeristiwaHariIni


--------------------------------------------------------------

 

25 Februari 1872 – Pada tahun 1872, Menteri Larut Ngah Ibrahim meminta bantuan Inggeris iaitu Leftenan Gabenor Inggeris di Pulau Pinang untuk membantu beliau dalam usahanya menyelesaikan pergaduhan di antara puak-puak pelombong Cina yang bermusuhan antara satu dengan lain di Larut.

Daerah Larut telah beberapa lamanya diperintah oleh seorang wakil baginda Sultan Perak. Dengan terjumpanya bijih timah dalam tahun 1848 maka berubahlah aliran sejarah negeri itu. Long Jaafar (bapa kepada Ngah Ibrahim), wakil Sultan di daerah itu telah menguruskan atas perbelanjaannya sendiri, usaha membuka lombong bijih di Kelian Pauh dengan mengupah 20 orang Cina puak Chen Seng Hakka (dari daerah Kwantung).

Perusahaan melombong di tempat itu bertambah maju sehingga ramailah pelombong-pelombong Cina bersama-sama kongsi gelap mereka dari Pulau Pinang datang untuk bekerja di situ. Terdapat beberapa buah kumpulan kongsi gelap yang bermusuhan di Larut yang bergabung dalam dua kumpulan yang besar iaitu kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin. Permusuhan itu telah menjadikan Larut sebagai “sebuah gelanggang besar di mana pembunuhan, kekerasan dan rompak samun berlaku terus-terusan”.

Pada tahun 1871, dianggarkan bahawa jumlah pelombong-pelombong Cina ialah 40,000 itu orang. Nilai bijih timah yang dihantar ke Pulau Pinang pada tahun itu ialah 1,276,518 ringgit dan kebanyakannya daripada Larut.

Pada 24 Februari, 1872, telah berlaku satu pergaduhan besar antara puak-puak Ghee Hin dan Hai San. Api pergaduhan ini telah bermula sejak awal bulan Februari lagi apabila seorang gadis puak Chen Seng (puak kumpulan Hai San) yang menyintai seorang pemuda puak San Neng (puak kumpulan Ghee Hin) dicederakan dengan teruk oleh orang-orang kumpulan Ghee Hin sebagai satu amaran kepada kumpulan Hai San.

Akibat kejadian itu rasa permusuhan di antara kedua-dua kumpulan itu begitu memuncak dan akhirnya Perang Larut ke 3 (24 Februari, 1872) telah berlaku yang hanya disebabkan oleh pergaduhan kecil mengenai perjudian. Dalam pergaduhan ini pihak Ghee Hin telah menang dan seramai 10,000 orang-orang Hai San terpaksa meninggalkan Larut dan lari ke Pulau Pinang. Ngah Ibrahim yang sentiasa berubah-ubah sokongannya terhadap kedua-dua kumpulan itu tidak dapat mengawal keadaan. Pergaduhan itu telah menjejaskan perusahaan lombong bijih timah di Larut.

Akhirnya, pada hari ini dalam tahun 1872 beliau terpaksa meminta bantuan daripada Leftenan Gabenor Inggeris di Pulau Pinang untuk menghadapi keadaan itu. Kerana bimbang kekacauan itu akan merebak ke Pulau Pinang, Gabenor telah mengarahkan supaya diadakan sekatan senjata dan menghantarkan satu pasukan tentera laut untuk mengawal kemasukan senjata ke Larut.

Dalam tahun 1873 Kerajaan di Pulau Pinang telah membenarkan Ngah Ibrahim mengimport senjata dan membenarkan Capt. Speedy membantu beliau menubuhkan tenteranya sendiri (dari India) untuk menghadapi kekacauan di kawasannya (Larut).

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


------------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...