Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 4 December 2022

01 DISEMBER 1946 MAJLIS PELANTIKAN GABENOR JENERAL MALAYAN UNION

 

Pada hari ini dalam tahun 1946, majlis menandatangani dokumen pelantikan Sir Gerard Edward James Gent, Pesuruhjaya Tinggi British sebagai Gabenor Jeneral Malayan Union yang pertama diadakan di Town Hall, Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Mr. H.C. Willan, Ketua Hakim Malayan Union. Pelantikan beliau telah mendapat tentangan hebat daripada Raja-Raja dan para pembesar Melayu yang membawa kepada pemulauan majlis ini. YBhg. Dato’ Onn bin Jaafar, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) merupakan salah seorang yang kuat menentang terhadap tindakan tersebut.

 Dalam satu ucapan yang disampaikan oleh beliau lapan bulan sebelum majlis ini diadakan, beliau dengan tegas telah menasihati Raja-Raja Melayu agar memulaukan majlis tersebut seperti berikut :

Sekiranya Tuanku turut menghadiri upacara melantik Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengakui Tuanku sekalian sebagai raja lagi. Rakyat Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis melantik Gabenor Malayan Union itu samalah seperti turut serta mengusung jenazah bangsa Melayu sendiri."

Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

11 OKTOBER 1945 KETIBAAN UTUSAN KHAS KERAJAAN INGGERIS DI TANAH MELAYU


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...