Pada hari ini dalam tahun 2004, YB Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran merasmikan Menara Institut Aminuddin Baki di Sri Layang, Genting Highland, Pahang. Bangunan yang dibina bagi menempatkan semua elemen yang diperlukan dalam mencapai matlamat untuk membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya. Institut Aminuddin Baki ditubuhkan selaras dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979.
Institut Aminuddin Baki ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama asalnya Malaysia Educational Staff Training Institute (MESTI). Institut Aminuddin Baki tetap terus komited melaksanakan fungsi dan tugasnya dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 seperti yang ditetapkan bagi memantapkan setiap pendidik agar mereka dapat menghadapi cabaran dan dugaan dunia pendidikan di hari yang akan datang.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
31 OKTOBER 1962 PENYATA KELEMAHAN PELAJARAN MELAYU AMINUDDIN BAKI
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/11/31-oktober-1962-penyata-kelemahan.html
No comments:
Post a Comment