Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 4 December 2022

01 DISEMBER 1974 PENUBUHAN BANK SIMPANAN NASIONAL

Pada hari ini dalam tahun 1974, Bank Simpanan Nasional telah ditubuhkan sebagai badan berkanun di bawah Akta Bank Simpanan Nasional. Mulai daripada tarikh tersebut, Bank Simpanan Nasional telah mengambil alih tugas-tugas dan tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat Pos yang mengendalikan urusan penyimpanan dan pengeluaran wang simpanan. Walau bagaimanapun, Bank Simpanan Nasional masih lagi menggunakan pejabat-pejabat pos di seluruh negara untuk menjalankan semua urusannya. Semasa ditubuhkan, Bank Simpanan Nasional telah menawarkan enam jenis akaun iaitu :-
  1. Akaun Diri Sendiri, 
  2. Akaun Rendah Umur, 
  3. Akaun Bersama, 
  4. Akaun Amanah, 
  5. Akaun Am dan 
  6. Akaun Bersekutu.
Selain daripada itu, terdapat tiga skim simpanan yang telah diperkenalkan iaitu :-
  1. Skim Simpanan Murid-murid Sekolah, 
  2. Skim Simpanan Ahli-ahli Tentera dan 
  3. Skim Simpanan Kumpulan.
Semua jenis akaun dan skim yang disediakan adalah untuk menggalakkan penyimpan menyimpan secara tetap dan mudah. Sesungguhnya, penubuhan Bank Simpanan Nasional ini telah dapat menggalakkan lagi peluang-peluang penyimpanan oleh penduduk bandar dan luar bandar. Secara tidak langsung, ianya membantu ke arah memperkukuhkan kedudukan ekonomi bukan sahaja rakyat tetapi juga membantu Kerajaan dalam pembangunan negara.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

22 NOVEMBER 1969 PELANCARAN SECARA RASMI BANK PERTANIAN


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...